Setelah mengambil antibiotik yang telah diberikan doktor tempoh hari, aku mendapati suatu perubahan berlaku ke atas diriku. Tekak ku semakin sihat, benjolan semakin kecil. Dan yang paling membuatkan aku teruja ialah, jerwatku semakin berkurang.
Setelah banyak menggunakan banyak produk penjagaan kulit, akhirnya inilah ubat yang Allah janjikan sebagai penawar bagiku.
Teringat puula aku tentang kisah seorang nabi Allah. Kisahnya begini. Nabi tersebut mengalami sakit perut. Lantaran kesakitan yang dialaminya, maka nabi as tersebut menadah doa, memohon agar Allah menghilangkan kesakitan yang dialami.
Usai berdoa, ALlah memakbulkan permintaan nabi yang maksum itu dengan mengarahkan nabi as tersebut menjadi sebatang pohon yang begini begitu sifatnya. Maka berusahalah nabi as itu mencari pohon yang dinyatakan mampu menjadi penawar sakit perut itu. Setelah berjumpa dengan pohon yang dikatakan, lantas nabi as itu mendapatkan daun dan memakan daun tersebut.Alhamdulillah, selepas makan daun pohon tersebut, maka hilanglah sakit perut yang dideritainya berkat daripada Allah swt.
Selang beberapa lama kemudian, nabi as yang tadinya sekian lama tidak menderitai sakit perut sekali lagi diuji Allah akan sakit perut lagi. Tanpa berlengah-lengah, nabi as tadi mencari pohon yang sama dengan tujuan untuk makan daun ubat tersebut. Alangkah hairannya apabila sakit perut itu tidak juga kebah.
Justeru itu, dengan rasa rendah hati nabi as tersebut bertanya kepada Tuhannya.
"Ya, Allah! Kenapakah perut ku ini masih lagi sakit sedangkan aku sudah makan ubat yang sebelum ini berkesan untuk mengubati sakit perutku? Apakah sudah tidak mujarab lagi daun ini?"
Setelah itu, Allah pun berkata, "Bukalah ubat itu yang tidak berkesan. Akan tetapi bukan kehendakKu yang membenarkan perkara tersebut terjadi,"
Maka sedarlah nabi as itu bahawa, bukan ubat itu yang menyembuhkan, tetapi Allah jualah yang membenarkan.
Moral yang dapat kita ceduk daripada kisah ini adalah, apa-apa yang terjadi semuanya datang daripada Allah.
Janganlah kita percaya ubat itu sendiri yang akan menyembuhkan penyakit. Akan tetapi Allah yang menyembuhkannya. Ubat sekadar jalan usaha yang Allah sediakan bagi kita untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketqwaan kita kepada.
InsyaAllah daripada kida itu, marilah kita bersama-sama berusaha disamping berdoa memohon keberkatan usaha kita agar beroleh kejayaan yang kita inginkan. Dan juga agar kita semua terhindar daripada hasutan syaitan nirrajim dan nafsu sendiri untuk melupakan Allah.
Kerana sesungguhnya cukuplah Allah bagi diriku dan juga dirimu.
InsyaAllah
Wallahualam
Selasa, 16 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan