Peperiksaan akhir semester berakhir sudah. Lega dan aku bersyukur kerana kertas terakhir dapat aku jawab. Walaupun aku tidak seberapa yakin, tetapi cukuplah sudah berakhir. Esoknya aku akan balik ke rumah. Kali ini aku tidak balik bersendirian. Mamduh akan datang menjemputku pagi esok dan menghantarku ke lapangan terbang.
Memikirkan perihal Mamduh, hatiku terasa bengkak. Termasuk esok hari, baru dua kali aku bersua dengannya. Pertama sekali ketika memilih cincin pertunangan ditemani Hajah Naimah. Pada mulanya aku enggan untuk keluar dengannya. Namun setelah didesak emak aku bersetuju. Itu pun setelah aku meletakkan syarat agar Hajah Naimah ada bersama menemani kami.
Jadi, pertemuan pertama kami tiada apa-apa. Masing-masing berdiam diri. Hanya bersuara apabila Hajah Naimah sendiri yang bertanya. Apa yang aku kenal mengenai Mamduh ialah dia seorang yang serius. Lebih tinggi daripada Haji Latif. Aku agak ketinggian seperti Adam. Dan aku hanya separas dada dengannya. Berkulit agak gelap, boleh ku katakan hitam manis. Lebih mewarisi Haji Latif berbanding Hajah Naimah. Dari segi umur, aku dapat tahu umurnya tua tiga tahun dariku. Dan pendiam. Wajahnya pula, aku tak pasti kerana sepanjang kami keluar bersama aku jarang sekali melihat mukanya. Seboleh-bolehnya aku tunduk sahaja. Paling kurang, aku menatap wajah Hajah Naimah ketika bercakap dengannya.
Jam 9.30 pagi Mamduh datang menjemputku di rumah sewa. Seperti biasa kami hanya diam di dalam kereta. Hanya kedengaran DJ radio yang berceloteh. Sesekali ada juga dia bertanya kepada ku tentang pelajaran dan khabar. Seperti biasa sepatah yang ditanya, sepatah juga yang aku jawab. Selepas itu kami senyap seperti sedia kala.
Kami singgah di kedai makan terlebih dahulu. Aku pelik, bukankah sepatutnya kami terlebih dahulu pergi ke rumah Haji Latif untuk makan sebelum bertolak ke lapangan terbang memandangkan penerbanganku ke Kuching pada jam 5.15 petang nanti. Namun aku berdiam sahaja. Mungkin ada sesuatu yang uungun dibicarakannya sebelum kami sampai ke rumah ibu bapanya.
"Kenapa awak setuju untuk menerima lamaran daripada pihak ibu bapa saya?" Mula Mamduh. Satu permulaan bicara yang aku kira kurang baik. Senyap. Tak tahu nak jawab soalan Mamduh.
"Awak ada lagi dua tahun untuk habis belajar,kan? Sepatutnya awak menolak sahaja pinangan itu," tutur Mamduh tanpa memandang wajah aku.
"Kenapa abang tanya soalan tu?" Aku jawab soalannya dengan soalan juga. Dan aku juga memanggilnya abang memandangkan dia lebih tua daripada ku.
"Sebab...Terus terang saya katakan, saya belum sedia nak kahwin lebih-lebih lagi dengan awak. Kita masih muda dan..." dia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila pelayan kedai makan datang bertanyakan menu makanan.
"Nasi ayam steamed, dua. Air milo ais, dua," tanpa bertanya aku terlebih dahulu apa yang aku mahu makan, dia sudah memesan makanan untuk kami berdua. Aku malas untuk membalas katanya.
"Maryam, kita masih muda. Saya baru 23 tahun dan awak 21 tahun. Saya belum bersedia lagi untuk bergelar suami. Lagipun saya sudah ada kekasih. Dia berada dalam tahun akhir sekarang ni," panjang lebar kata Mamduh membuatkan aku terkejut. Kenapa dia tidak berterus terang sahaja dengan ibu bapanya? Kanapa sekarang?
"Jadi, abang nak saya buat apa?" Tanyaku, berani.
"Saya nak kita batalkan sahaja pertunangan dan pernikahan kita. Dan untuk itu, saya memohon supaya awak yang membatalkannya," bertambah terkejut aku dibuatnya. Dia yang nak batal, aku pulak yang kena batalkan.
"Kenapa bukan abang sendiri yang batalkan?" Tanyaku lagi.
"Saya tak sanggup,"pendek sahaja jawapannya.
"Saya pun tak sanggup, bang. Saya...
"Kalau begitu, awak sendiri yang akan menanggungnya,"pintas Mamduh, kasar.
Khamis, 18 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan