Memaparkan catatan dengan label Pergi Tak Kembali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pergi Tak Kembali. Papar semua catatan

Ahad, 7 Mac 2010

Panggilan Pagi

Dengan keadaan matahari yang masih malu-malu untuk menunjukkan dirinya sekaligus menjadikan alam masih kelam. Dan tatkala sejuk masih menguasai pagi, aku menerima satu berita yang kurang enak di pendengaranku.

Kematian bapa kepada salah seorang kawanku sewaktu sekolah dulu menjadikan aku terdiam sebentar. Kali ini adalh kali keempat untuk tahun ini aku menerima berita kematian orang yang aku kenali. Pertama sekali adalah emak saudaraku sendiri apabila allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam komanya. januari 2010 menjadi saksi kami sekeluarga terkejut dan bersedih atas kematiannya yang tidak disangka.

Mengikut jejak langkahnya apabila kira-kira dua  minggu kemudian, emak saudaraku sebelah emak pula yang pergi meninggalkan kami semua. Beliau merupakan sepupu emakku dan telah menghidap kanser.

Februari 2010 iaitu kira-kira seminggu selepas itu, sahabatku sendiri pergi mengadap ilahi. Beliau merupakan seorang lelaki yang baik hati dan aku senang sekalli berbual dengannya. Pemergiannya pada 12.20 pagi mengejutkan ramai pihak sementelah usianya yang masiih muda iaitu 21 tahun.

Dan aku masih dalam keadaan yang berdukacita memandangkan kematian demi kematian yang begitu dekat sekali jaraknya membuatkan aku tertanya-tanya bahawa bilakah waktu ku akan tiba? Adakah mungkin pada waktu yang terdekat ini atau mungkin lama lagi. Sedih dan takut bersatu. Dan aku terima takdir dengan hati terbuka. Atau mungkin juga aku sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan terjadi?

Khamis, 18 Februari 2010

Ku Cabut Nyawa Ini

Ku Cabut Nyawa Ini

Sering kita mendengar perihal artis baik dari asia mahupun dari barat yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Dan virus bunuh diri ini juga telah merebak ke negara kini. Walaupun sebenarnya ramai di negara kita yang mengambil jalan singkat dengan mengambil nyawanya sendiri, kes seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.

Paling menyedihkan apabila ramai anak-anak muda di kalangan penganut ajaran Islam turut membunuh diri. Sebab yang paling utama adalah putus cinta, desakan kewangan dan tekanan jiwa akibat pelajaran.

Sepatutnya kita tidak boleh sekali-kali berputus asa.

Ingatlah sebuah ceritayang disampaikan Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis;

Daripada Junub a-Bajli ra bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Ada seorang lelaki sebelum kamu yang menderita sakit, disebabkan ia tidak sabar menahan penyakitnya, kemudian ia memotong urat nadinya hingga mengalir darah terus-menerus yang tiada berhenti sehingga menyebabkan kematiannya.

Kemudian Allah berfirman: 'Hambaku mempercepat kematiannya, maka haram baginya masuk syurga.'"

(Rujukan: 101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran, al-hadis& hayatus sahabah oleh Telaga Biru)

Diingatkan lagi ya kawan-kawan, HARAM bagi orang yang mencabut nyawanya sendiri.

Buat apa kita susah-susah menyakitkan diri sendiri kerana masalah yang dihadapi. Ada orang sanggup terjun dari tingkat yang tinggi. Matinya bukannya automatik mati. Tetapi dia akan menggelupur kesakitan akibat hempasan kuat daripada momentum jasad dan lantai di bawah. Berkecailah tubuhnya di bawah sana. Semoga kita semua dipelihara daripadanya.

Ada orang sanggup menoreh tangannya sendiri. Jangankan mahu melukakan diri sendiri, terluka terkena pisau lagi sudah lita mengaduh sakit. Inikan pula luka yang dalam. Jangan sakitkan diri ya.

Ada banyak lagilah cara orang membunuh diri dari terjun bangunan, potong urat nadi, makan racun, bakar diri sendiri sampailah sanggup dihenyak kereta api.

Bukannya mendapat pujian pun daripada yang lain, malahan mendapat cercaan lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga si pelaku. Ksia makbapak, isteri suami, anak-anak. Lebih malang lagi kalau si pelaku meninggalkan banyak hutang.

Janganlah kerana masalah yang dihadapi kita mahu menyusahkan orang lain pula. Ingatlah kata Allah dan peganglah janjiNya bahawa Setiap ujian yang dikenakan kepada setiap hambanya bukanlah kesusahan melainkan mampu untuk hambaNYa lalui

*Cukupkah amal kita sebelum mati untuk dibuat bekalan ke dunia sana?
Bersediakah kita meninggalkan insan tersayang menjalani kehidupan tanpa kita?
Yakinkah kita bahawa kita benar-benar akan ke syurga setelah mati dan bukannya siksa neraka?


Sekadar renungan kita bersama

Selasa, 16 Februari 2010

Masih Terkenang

Puisi indah ini adalah hasil karya Allahyarham Khairul Azizie Sidek yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Februari 2010 (12.20-12.30 am). Semoga apa yang cuba disampaikan allahyarham dapat kita kongsikan bersama.

maafkan aku teman

tika mula
kita bersama
dalam menempuh hidup penuh cabaran

tika setia
mula terlakar
kita berjaya
dalam dunia, indah semuanya

namun pabila daku sendiri
engkau juga menyendiri
melakar titik kehidupan

maafkan aku teman
tikaku melukakan dirimu
berikan aku peluang

maafkan aku teman
tika semua bukan milikmu
ku yakini takdir illahi

antara darjat diri
mimpi dan realiti
kita terus mencari kehidupan

siapa yang bersalah tika detik ini
kau dan aku mencari jawapan...

Sabtu, 13 Februari 2010

Pergi Tak Kembali

Sesungguhnya setiap yang bermula pasti ada yang mengakhiri
Yang hidup akan mati
Yang muda akan tua
Tiada yang kekal abadi

Setiap kelahiran kita sambut dengan gembira. Majlis meriah diadakan. Doa dan harapan yang menggunung buat si kecil. Bisikan merdu dan lafaz yang lembut diiramakan ke telinga bayi. Namun tiada yang dapat melawan kesedihan andai seseorang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya.

Takziah diucapkan buat ahli keluarga Wa Itom yang telah pergi buat selamanya pada Januari 2010. Sesungguhnya pemergiannya amat dirasai lantaran allahyarham seorang yang ceria dan sihat.

Penghujung Januari 2010 menyaksikan janji Tuhan tidak dapat dihalang. Pada usia 50an, Mok telah pergi buat selamanya meninggalkan 7orang anak. Penyakit kanser yang dihidapinya ternyata dijadikan Allah sebab untuk diambil nyawanya. Semoga Allahyarham bersemadi dengan bahagia di sana.

Tarikh 11 Februari 1020 (12.20-1230 am) merupakan tarikh yang amat mendukacitakan buat diriku dan sahabat yang lain. Salah seorang teman sejurusan telah pergi buat selamanya. Allahyarham Khairul Azizie Sidek atau lebih dikenali sebagai Jiji telah mengadap Ilahi. Pemergiannya yang tidak disangka-sangka lantaran usianya yang masih muda belia. Arwah merupakan pendebat, penari dan sahabat yang ceria. Mengenali dan seterusnya menjalin hubungan persahabatan akan terus menjadi kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan buat warga SFROST.

AlFatihah buat kesemua allahyarham....Semoga allahyarham dicucuri rahmat, dilapangkan kubur mereka...