Rabu, 28 April 2010

Semakin Lupa

Baru-baru ini, ketika kebosanan saya telah melawat laman web YouTube untuk melihat video-video yang mungkin dapat menghilangkan kebosanan di hati saya. Ketika itu, saya terfikir tentang ilmu silat yang pernah saya pelajari dahulu ketika berusia 18 tahun sehingga 21 tahun. Tempoh selama 3  tahun mempelajari ilmu silat membuatkan diri saya menjadi seorang yang berdisiplin serta peka tentang keadaan sekeliling saya. Terutamanya ketika mengelak sesuatu.

Namun, itu dua tahun yang lepas. Sakit-sakit pada bahagian belakang sehingga ke bahagian kaki menukarkan saya untuk bergerak bebas dan tangkas seperti dahulu. Lantaran itu, saya berjumpa dengan doktor. Namun, saban hari kesakitan tidak juga berkuranngan. Setelah berjumpa dengan ramai doktor, akhirnya seorang doktor menemui jawapan untuk penyakit saya.

Menurut doktor tersebut, penyakit saya tidaklah bahaya cumanya akan akan menderitainya untuk sepannjang hayat saya. Tetapi, saya percaya dan yakin bahawa semua penyakit ada penawarnya. Hanya kepada Allah saya mengadu dan memohon keampunan. Moga-moga penyakit saya ini sembuh seperti sediakala. Barangkali, sakit yang ditimpakan kepada saya ini merupakan peringatan dan tanda kasih sayang Allah kepada saya, hambaNya.

Menurut doktor tersebut, saya mengalami radang saraf di bahagian belakang iaitu Sciatica. Begitu janggal seklai saya mendengar nama penyakit tersebut. Setelah membuat pelbagai pencarian, saya menemui bahawa penyakit yang saya deritai ini adalah perkara biasa bagi kebanyakan penduduk di seluruh dunia. Tanda-tandanya adalah sakit pada bahagian belakang bemula bawah punggung sehingga ke tapak kaki. Tetapi hanya membabitkan sebelah bahagian sahaja. Bagi mengelakkan kesakitan saya bertambah teruk dan membuatkan saraf saya bertambah teruk, doktor telah menyarakan agar sebarang aktiviti lasak saya tinggalkan. Termasuk silat. Lebih memburukkan keadaan,  tulang belakang saya didapati tidak sesempurna orang lain membataskan ketangkasan pergerakan saya.

Selamat Tinggal DUnia Persilatan. Itulah ungkapan yang saya ucapkan kepada diri saya sendiri. Sedih dan pedih hati ini mengenangkan saat-saat berlatih. Dan yang lebih menyedihkan adalah saya mesti melupakan hasrat saya untuk mendalami ilmu silat dan seterusnya melupakan cta-cita saya untuk bergelar Pesilat Negara.

Begitu banyak buah-buah kunci, serangan serta jurus yang telah saya lupakan sementela tiga tahun meninggalkan dunia persilatan. Hanya bengkung (tali pinggang), dan baju silat yang saya simpan sehingga sekarang.

Bagi mengingati dan mengubat rindu saya terhadap Dunia Persilatan, saya sering dan akan pastikan agar diri saya selalu menonton silat melalui YouTube.

Terdetik di hati saya agar saya segera kembali sembuh seperti sediakala dan seterusnya dapat mempraktikkan ilmu silat yang pernah saya pelajari dahulu.

Khamis, 22 April 2010

Rogol: Sampai Bila Kita Nak Bersabar?

Baru-baru ni saya telah membaca berita tentang seorang gadis berusia 14 tahun telah dirogol di dalam kelas oleh lelaki sekelas dengannya sendiri. Perkara ni membuatkan saya mengucap panjang. Apa nak jadi dengan anak-anak zaman sekarang. Dah tak tahan lagi dengan nafsu syahwatnya. DI mana yang silap?

Dan baru tadi saya membaca lagi berita mengenai gadis malang tersebut. Setelah dirogol, gadis yang juga penghuni rumah kebajikan didapati cedera di bahagian kemaluan apabila pensel sepanjang 4 sentimeter berada di situ.

Nak kata binatang budak lelaki tu, binatang pun tak pernah buat begitu. Binatang pun tahu had umur untuk mengawan. Binatang tak pernah nak kacau "binatang bawah umur' apatah lagi yang masih 'kanak-kanak'. Apa nak jadi? Tu kita sendiri yang mesti jawab.

Bukankah bagus kalau perogol tu dihukum bunuh. Teringat lagi saya beberapa tahun yang lepas berkenaan cadangan agar perogol dikenakan hukuman bunuh. Namun, terdapat segelintir orang dan ada di kalangan mereka merupakan ahli politik bersuara lantang agar hukuman tersebut tidak dijalankan. Terlintas di benak fikiran saya pada ketika itu (masih bersekolah menengah), bahawa barangkali orang-orang yang bersuara lantang menentang hukuman ini mungkin perogol ataupun melindungi perogol. Kenapa harus mereka menentang cadangan ini?

Bayangkan mangsa dirogol, apakah nasib mereka? Memanglah semua itu ada hikmah di sebaliknya, namun pada usia yang masih mentah diri mereka kehilangan diri mereka sendiri. Trauma yang dialami tidak mungkin dilupakan begitu sahaja.

Bukankah bagus kalau Hukum Hudud turut dilaksakan. Bagi yang belum berkahwin, sebat dan dah berkahwin rejam sampai mati. Bukankah indah hukuman tersebut kalau kita bukan perogol!

Ahad, 18 April 2010

Harapan Tidak Buta

AlarmMe
Lirik Harapan Tidak Buta

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

Perihal Gelodak Aku

Mentari serasa panas membahang. Air mengalir bukan lesu tapi segarnya menyentap sehingga bergetar setiap nadi dan lesunya jiwa dapat ditukas. Barangkali aku akan malar merasai dua perkara yang sama akan panas yang pasti membahang dan alir air segar ke jiwa ku.

Saat-saat lama kian berbalam dalam pupuk ingatan. Lantas memeras otak untuk terus aku panggilkan dan kejapkan ke ruangan minda kenangan. Namun bukan mudah untuk aku kumpulkan sisa-sisa kenangan kerana aku tahu ada pahit terselit pada setiap noktah langkah ingatan itu.

Barangkali aku sememangnya sengaja untuk membiarkan barang kenangan dibuang tanpa harga. Atau mungkin aku sengaja tidak rela mahu menyimpannya lantaran jiwa terasa sakit dan hati kian membengkak mengingati peristiwa lama. Tapi siapa harus aku tudingkan kesalahan kenangan sakit ini? Pada teman dan taulan jauh sekali kerana sayangku tinggi menggunung buat mereka. Pada diri sendiri juga payah aku menuduhnya atas kesalahan tak bertulis dan tidak terucap kerana aku tahu aku sengaja membuatkannya tampak begitu.

Buntu dalam kenangan dan sinar mendatang kian berbalam. Bilakah harus aku menongkah arus untuk menidakkan kesakitan yang bermaharajalela di hati? Aku tahu hati aku seperti manusia lain, ada masanya bunga-bunga wangi menghiasi dan ada kalanya duri busuk menusuk terperangkap di celah-celah hati.

Jadi aku usulkan agar aku kembali kepada aku sendiri. Usah aku pertanyakan lagi akan sebab dan musabab setiap perihal. Jadi aku mesti menerima segalanya dengan hati terbuka agar duri terus terlepas tidak lagi mencengkam dan membenarkan wangian bunga masuk terkumpul ke ruangan sanubari.

Atas peluang ini, kenangan lama akan aku simpan tidak lagi bersawang, dan harapan akan ku suluh agar balamnya cahaya tiada lagi. Biar kaki melangkah melawan arus agar tidak hanyut lagi dan terus berlari meninggalkan yang tak pasti.

Kita Tak Tahu

Baru je tengok iklan Jangan Tidur Lagi kat TV3 tentang Achik Spin dan Nana malam tadi. Siap bagi komen tentang lagu-lagu meletup mereka. Pastu terus tukar siaran ke TV1. Tengok berita kemalangan...Rupa-rupanya Achik Spin yang kemalangan. Arwah meninggal di tempat kejadian. Terdiam, Tersentap, Terpana, Terkejut...Semua bersatu dalam satu perasaan, bahawa kita tak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan mati.

Arwah bersama isteri


Teringat saya tentang satu perkara yang jarang kita ketahui dan ingati. Bahawa malaikat maut sentiasa melawat kita. Malaikat Maut turun melihat setiap manusia 70 kali sehari. Dan setiap kali itu barangkali kita sedang ketawa, atau mungkin ada yang sedang berhibur lupakan dunia? Atau menangiskah kita dan meratapi tentang dosa-dosa yang pernah kita lakukan?

Setiap yang hidup, pasti akan mati.
Dan setiap perkara ada makna yang tersirat.

Setiap tindakan ada penyebab.
Tiap kepayahan ada kemanisan
Tiap Kesenangan ada cubaan
Umpama mendung di balik awan, ada mentari gagah menyinari

AlFatihah buat semua arwah

Khamis, 8 April 2010

Terpisahnya ibu dan anak

Ibu ayam dikejar musang (kiok, kiok)
Anak ayam cari iunya (ciak, ciak)

Ibu ayam berlari, terus lari dan ditangkap musang
Anak ayam mencari terus cari, dan ibunya hilang

Oh kasihan, oh kasihan
Aduh kasihan...

Coba bayangkan kita berada di tempak emak ngan anak manok ya. Jaik sik ati kitak orang? Sedeh owh?
Yala, walaupun mungkin perkara tok sik kan berlaku ngan kita, tapi kita harus ingat, sik semua nak kita piker akan terjadi.

Macam kesah emak manok nang dikepong oleh musang. Sik ada nya nyangkak akan diterkam oleh musang. tedahnya. Seari-ari nya ngais-ngais, ncuit-cuit tanah ke ncarik makan ke nya ngan anaknya. ujung2 musang juak nak kenyang.

Apa moral nak kita dapat daripada cerita/ lagu tok?
Moralnya, kita tok lemah. Sik mampu nak melawan nak kuat mun kita sorang-sorang. Kedak kes emak manok ya. Nya sikok2 jak dikepong. Sik da nak mantuk nya. Ujung2 kenak ngap juak

Untuk anak manok ya. Puasa nya nunggah2, tapi sik juak nemu. Maksudnya, kita tok iboh mulut jak berbunyi tapi sik da usaha. Nang sik dapatla apa nak dimaok.

adapun usaha nya encari maknya, tapi sik cukup. sebab nya nggak sikok, kecik juak agik. Kedak kita juak. belaja2 juak. Tapi bila keja, mun keputusan sik bagus, ditambah gik sik ada urang dalam ngan pengalaman, nang susah mok dapat keja. Betol sik...

Apa2 pon. Pande2la kita mike nak ne bagus nak ne sik bagus...ya jakala...sik ada idea juak masa tok
gik gago ngan tes, keja rumah diberik pensyarah...