Kali tok biarlah kata ganti nama diubah sebagai 'aku' supaya penghayatan cerita dapat bertambah.
Beberapa bulan yang lepas, aku mendapati tekak ku sering saja sakit. Mungkin aku kurang minum air. Lantaran itu, aku mula batuk-batuk kecil. Namun, tidak ku hiraukan. Lagipun sakitnya hanya sementara. Tidak memakan masa sampai berminggu-minggu.
Namun, dua minggu yang lepas sakit tekak ku datang lagi. Ditambah pula dengan benjolan kecil yang ku sedari kira-kira dua bulan yang lepas kian membesar. Namun aku masih mengambil cara mudah-membiarkan benjolan begitu sahaja.
Aku sebebnarnya tidak pelik dengan benjolan tersebut. Mengikut ilmu pengajian ku yang cetek ini, benjolan kecil di bahagian antara dagu dan tekak adalah merupakan Lymph Nodes(Nodus limfa). LN ini akan membengkak sekiranya berlaku serangan virus, bakteria atau mikrob (patogen) yang masuk ke dalam badan. Sistem limfa yang terdiri daripada LYMPHOCYTES akan bertindak memerangkap patogen, seterusnya untuk membunuhnya.
Dan hal ini adalah sangat biasa berlaku. Sering kali terjadi kepada anak-anak kecil dan orang yang demam/ batuk/ selesema dan jangkitan lain.
Akan tetapi, gelisah hatiku kian membiaskan riaknya. Benjolan yang kuanggap biasa mula mengeras dan statik di tempat yang sama. Cumanya, bergerak sedikit apabila ditekan. Ditambah pula dengan benjolan kedua yang kurasa kira-kira sebesar syiling sepuluh sen dan berada bersebelahan dengan benjolan pertama yang agak tersorok dan berukuran kira-kira sebesar biji kacang hijau.
Setelah benar-benar yakin akan keganjilan pada benjolan tersebut, aku lantas menemui doktor di Pusat Kesihatan yang disediakan oleh pihak universiti, tempat di mana aku belajar sekarang. Doktor hanya menyentuh sedikit dan memberi sedikit penerangan mengenai sebab benjolan tersebut. Seperti yang telah kunyatakan tadi, begitulah penjelasan yang diberikan doktor. Beliau hanya memberi pil antibiotik yang dimakan selama lima hari. Katanya, sekiranya benjolan tersebut masih ada lagi, maka aku perlu berjumpa dengan doktor lain untuk lima hari akan datang.
Setelah lima hari berlalu, tiada tanda-tanda akan pengecutan benjolan tersebut. Namun ditambah pula dengan benjolan ketika yang baru ku sedari kewujudannya dan agak lebih besar berbanding benjolan kedua. Dan benjolan tersebut berada betul-betul di bahagian tekak ku. Dan kini, tekak ku mula merasa perit setiap kali aku makan, minum dan bercakap.
Aku berjumpa lagi dengan doktor di Pusat Kesihatan. Kali ini, doktor pula yang memeriksaku. Aku terus memberitahu akan sebab kedatanganku. Beliau merujuk kembali pada 'history' ku di dalam komputer nya. Alangkah terperanjatnya aku apabila beliau menyatakan kes aku harus dirujuk ke hospital. Aku benar-benar terkejut kerana tidak menyangka begitu serius sekali akan benjolan ku. Namun, doktor tersebut menyatakan ada alternatif lain. Beliau seterusnya memberi antibiotik lain kepada ku. Kali ini dos nya lebih tinggi dan kuat. Dan antibiotik yang ku ambil kali ini adlaah salah satu peniccillin. Hal ini kerana, kami percaya bahawa, LN aku sedang membengkak kerana ada kemungkinan aku sedang diserang patogen. Dan Barisan Kedua Pertahan BAdanku sedang menjalankan tugasnya. Dan syukurlah, aku tiada alahan pada ubat-ubatan yang diberikan melainkan makanan laut.
Sekarang ini, aku sedang dalam pemerhatian dan mengambil antibiotik yang diberikan untuk seminggu. Sudah separuh antibiotik yang ku makan. Namun, aku masih belum boleh untuk menarik nafas lega kerana baru-baru ini ada benjolan baru sebelah kiri leherku. Dan aku juga mengalami masalah untuk menelan kerana perit di tekak semakin menjadi-jadi dan sentiasa merasakan bahawa seperti ada makanan yang terlekat di kerongkong ku.
Aku berharap dan berdoa episod misteri benjolan di sekitar leher dan tengkuk ku akan berakhir dan akhirnya biarlah yang baik-baik sahaja. Aku sudah tidak sanggup untuk menghadapi suntikan demi suntikan yang menyucuk ke kulit ku. Dan biarlah benjolan ini tidak memberi sebarang mudarat pada kesihatan ku.
Sabtu, 6 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan