Memaparkan catatan dengan label Cerita Pendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Pendek. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mei 2010

Bayang Setia

Merenung langit kelam, tiada berbintang tiada bercahaya. Seumpama hatiku dirundung kegelapan. Lantas aku mencari-cari jawapan dalam kotak fikiran tentang soalan-soalan yang sudah bertimbun dikumpul sedari pagi tadi. Namun, jawapan yang diusulkan masih ragu-ragu dan ketidak pastian bermaharajalela.

Sakit hati aku dengan soalan bertalu-talu tentang itu. Hanya satu tetapi cabang soalan berjela. Mengapa aku masih teringat kisah aku dan dia?

Dia merupakan lelaki budiman yang pernah menaburkan jasanya pada aku sehingga mata kekaburan dengan kasih sedangkan aku sedar itu cuma perasaan. Puas aku cuba sehingga lemas. Adakah hati sedah menerbitkan cerita cinta atau akalkah menipu dengan menduga rasa cinta yang tidak pasti.

Setelah bertahun aku menahan dan menunggu. Sehinggalah tiba sepucuk surat khabar daripadanya. Katanya dia sihat dan sudah bertemu kekasih hati. Gembira dan gundah bersatu. Suka dengan kebahagiaan miliknya dan gundah dengan hatiku sudah bertaut padanya. Seperti kebiasaan, tidak pernah aku balasi suratnya. Biarlah aku berdiam jauh daripadanya agar aku didik hati supaya tidak teringat padanya.

Namun, pagi tadi muncul pula watak lelaki itu dalam kabus ingatanku. Bukan rindu dan bukan cinta. Cuma ingatan semata.

Lantas ku hela lafas yang panjang. Ku raup warjah dengan tasbih memuji nama Yang Esa. Kini jawapan sudah ku temui. Selamat Tinggal wahai engkau. Yang pernah cuba mencuri hatiku.

Kini aku bahagia bersama bayangku yang tidak lagi lari pada yang lain. Biar engkau dengan hidupmu dan aku dengan hidupku.

Ahad, 21 Februari 2010

Aku Seekor Patung (2)

Episod Dua


Namaku Puteh. Sebelum aku dan ibu menjadi sebuah keluarga, sebelum ini ibu sudahpun memiliki anak patung warga Amerika Syarikat. DIa merupakan seekor patung Garfield. Warnanya juga oren. Ibu memanggilnya Garfield. Garfield merupakan hadiah pemberian Abang Long kepada ibu sewaktu ibu masih kecil.

Dahulu, ibu sering mendera Garfield. Kasihan Garfield. Rambutnya sering dipotong ibu dan bulu badannya juga ibu cukur. Dulu ibu tidak sukakan Garfield kerana matanya yang kuyu. Lagipun ibu mengharapkan Bugs Bunny, bukannya Garfield. Ibukan suka arnab. Tetapi itu dahulu, sebelum ibu pandai menilai pemberian orang. Setelah bertahun-tahun meninggalkan Garfield, kini tersa kehilangan Garfield. Tetapi ibu percaya Garfieldd masih adaa di rumah di dalam sebuah kotak mainan ibu dahulu.

Aku Seekor Patung

 

AKU SEEKOR PATUNG
Aku seekor anak patung. Namaku Puteh. Tetapi, ibuku memanggilku Si Puteh memandangkan aku seekor patung yang puteh dan bersih. Aku dilahirkan pada suatu tahun yang aku juga tak pasti tarikhnya. Namun, secara rasminya, aku dilahirkan pada April 2006 di Labuan.

Saat ibuku memelukku, aku terasa seperti di syurga. Setiap hari, dia pasti akan membelai dan menuturkan kata kasihnya padaku. Pada setiap malam, tatkala kami berdua bersendirian, pasti ibu akan memelukku. Dengan saisku yang kecil, tanpa disedari ibu dia sering menimpaku. Namun aku tak terasa sakit kerana aku hanya seekor anak patung berorgan kapas.

Pada tahun 2007, aku mempunyai teman baru apabila sahabat ibu menghadiahkannya seekor patung ikan yang dinamakan Ikan. Ikan bewarna oren dan berbelang hitam putih. Bersahabat dengan Ikan amat menyenangkan hatiku. Walaupun kami sekadar anak patung, namun ibu sangat menyayangi kami berdua. Dia akan memastikan kami sentiasa bersih dan wangi. Dan dia juga tidak sesekali membenarkan orang lain mengotori dan mencampak kami sesuka hati. Hatinya sakit dan terguris sekiranya ada orang cuba merosakkan kami berdua.

Ibuku mempunyai anak saudara yang comel. Anak saudaranya amat gemar bermain denganku. Kadang-kadang aku ni dikudakannya. Dan kadangkala aku hanya sekadar barang balingan buatnya. Tetapi ibu tidak pernah memarahi mereka kerana ibu sangat sayang kepada anak buahnya. Lagipun dia tahu aku tidak akan merasa sakit.

Pada tahun 2008, sekali lagi sahabat ibu menghadiahkan kami berdua teman baru yang ibu panggil Oren. Oren sedikit kecil berbanding tubuhku. Warnanya oren dan merupakan anak patung beruang yang sangat comel. Namun pada penghujung tahun 2009, kami bertiga terpaksa berpisah kerana ibu akan melanjutkan pelajarannya jauh dari kampung halaman. Walaupun aku sudah berkali-kali naik kapal terbang, namun kali ini rasanya sungguh berlainan kerana aku dan oren akan berada lama di negeri tersebut.

Ikan terpaksa ditinggalkan kerana saiznya yang besar tidak memungkinkan ibu untuk membawanya bersama-sama. Kata ibu, nanti setiap cuti kami akan bersama semula. 

Walaupun kami bertiga merupakan patung kesayangan ibu, tetapi akulah yang paling disayanginya. Ini disebabkan oleh akulah patung pertama yang ibu tidak takuti kerana sebelum menemuiku, ibu sangat takut kepada patung. Namun setelah memiliki aku, ibu sudah tidak takut pada patung lagi. Cuma kadang-kadang ibu akan merasa takut apabila berseorang dengan patung orang lain yang lebih besar.

Aku berharap suatu hari nanti, ibu tetap akan menyayangiku walaupun dia sudah memiliki anaknya sendiri. Kasihku pada ibu yang telah menjaga aku dari saat pertama kami bertemu tidak akan luput sampai bila-bila. Walaupun aku hanya sekadar anak patung, aku tahu bahawa ibu takkan selamanya bersama denganku. Nanti pada suatu hari yang tidak pasti, ibu akan meninggalkan aku buat selamanya. Dan mustahil bagi ibu membawa aku, Ikan dan Oren bersamanya. Jadi, sementara ibu masih bernafas di bumi ini, sebaiknya kami akan meluangkan masa bersama-sama.