Jumaat, 26 Februari 2010

Liku Hari ku(8)

Baru pukul 10 malam, mata aku pun dah kelat sangat. Mungkin penat sangat tadi. Dari petang tadi, balik-balik terus buat kerja. Mamduh memang tak faham yang aku ni penat. Kelas dari pagi tadi, lepas tu terus balik rumah. Tapi bagus juga penat-penat begini. Awal tidur, jadi taklah dia nak kacau aku tidur.

Terkejut aku dari tidur. Apabila aku melihat jam, rupanya baru lima belas minit aku melelapkan mata. Ini bermakna sekarang baru pukul 10.15malam apabila bunyi pintu bilik dihempas kuat. Apalagi Mamduh ni nak?

Apabila Mamduh melihat aku terjaga dari tidur, dia terus meluru ke arah katil dan duduk di sebelah ku. Aku hanya membiarkan sahaja kerana kantuk ku lebih berbisa daripada pandangan Mamduh. Biarlah dia begitu. Baik aku tidur daripada layan Mamduh ni. Bisik hatiku. Namun belum lagi menutup mata, tangan Mamduh melingkar di pinggang ku. Mamduh mencumbui ku. Kasar!


Alarm jam mengejutkan aku dari tidur. Ku toleh Mamduh di sebelahku. Tidurnya tak tergerak dek bunyi alarm dari handphone. Sememangnya aku sengaja mengunci jam pukul 5.45 pagi aku boleh bangun solat malam. Namun apa yang telah terjadi malam tadi membuatkan badanku rasa sakit sekali. Pukul 6.15 barulah aku bangkit dari katil. Ku capai kain batik dan terus menuju ke bilik air. Ketika mandi, ada darah yang mengalir bersama-sama air. Mandi kali ini berbeza dan amat menyakitkan aku.

Usai mandi, aku terus menyarung baju dan telekung. Tanpa mempedulikan Mamduh yang masih tidur, aku terus menunaikan solat subuh seorang diri. Air mataku menitik tatkala aku menadah tangan berdoa kepada Allah dan mengadu akan segala perkara yang menimpa diriku sehingga ke saat ini. Aku tidak pasti kalau aku tabah untuk mengharungi hidup dalam berumahtangga bersama Mamdyh setelah apa yang terjadi semalam. Sakitnya masih terasa.

Sarapan disediakan ala kadar sahaja. Baru sahaja aku duduk menyenduk mi goreng ke dalam pinggan, Mamduh melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelahku. Mi goreng kuberikan kepada Mamduh. Aku bergerak untuk mengambil pinggan lain. Belum sempat aku menyenduk mi goreng ke dalam pingganku sendiri, Mamduh terlebih dahulu mengarahku untuk mengambil mi goreng untuk dirinya. Dan aku, masih menurut.

Jam di dinding menunjukkan jam 12.30 tengah hari. Sebelum Mamduh bersuara, aku terlebih dahulu menyiapkan hidangan makan tengah hari. Katanya pukul 1 dia akan pergi ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Jadi dia mahu makan tengah hari pada pukul 12.30. Seperti biasa, senyap menemani kami ktika makan. Aku tidak berani untuk bertentang mata dengannya.

Drama di televisyen tidak menarik aku untuk menontonnya. Dengan malas aku menuju ke bilik tidur. Tiba-tiba mataku mengantuk. Tetapi sebelum hendak tidur, aku menuju ke bilik air untuk berwudhu. Takut-takut aku terlajak tidur tanpa terlebih dahulu solat zuhur.

Ku lihat katil yang kutinggalkan pagi tadi. Ku akui Mamduh memang seorang yang sukakan kekemasan. Mungkin sebelum turun sarapan pagi tadi, dia mengemas katil kami. Aku menuju ke katil dan menyelak selimut. Langkah ku terhenti apabila melihat darah di atas cadar. Sepintas itu, aku menangis. Aku menjadi takut untuk mengingati peristiwa malam tadi. Mamduh begitu kasar terhadapku. Tanpa bicara romantis, tanpa salam sayang, dia terus memaksaku melayaninya. Namun aku tak berdaya untuk melawan.

Dengan langkah longlai, aku menggantikan cadar yang baru. Jam sudah ke angka 3 dan Mamduh belum kembali lagi. Biarkanlah dia. Aku lebih tenang tanpa Mamduh di sini. Aku berkira-kira mahu bangun dari tidur sebelum asar nanti. Badan yang penat harus beristirehat terlebih dahulu. Tidurku ditemani air mata yang semakin laju menuruni pipiku. Sabarlah wahai hati.

Tiada ulasan: