Emak melahirkan 5 orang adik untuk ku. Walaupun aku hanya sekadar anak angkat mereka, namun kasih yang mereka beri tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Adam muda dua tahun dari ku. Setelah abah dan emak mengambilku sebagai anak mereka, emak telah disahkan mengandung. Emak dan abah sudah lama berkahwin. Hanya setelah aku hadir dalam hidup mereka, barulah mereka dapat mendakap anak sendiri.
Adam seorang anak yang sangat baik, rajin dan bijak. Baik di rumah mahupun di sekolah, Adam sering kali mendapat pujian. Aku sebagai kakak sangat berbangga dengan Adam. Namun, Adam juga punyai kekurangan. Dilahirkan dengan masalah penglihatan membuatkan Adam kadang-kala merasa rendah diri. Akulah tempat dia meluahkan perasaan.
Farhana, adikku yang kini sudah berusia 16 tahun. Dia muda setahun dari Adam. Farhana seorang gadis yang ceria. Sesuai dengan namanya, Farhana lah yang sering menyakat adik-adik yang lain. Berbeza dengan Syafiq yang pendiam. Bezanya 3 tahun berbanding Farhana dan sering kali diambil oleh oleh Farhana. Walaupun begitu, Syafiq paling mesra dengan Farhana. Apa-apa sahaja yang dipinta kakaknya itu, pasti akan ditunaikannya.
Sufi, anak kandung emak dan abah yang ke empat. Paling nakal antara kami. Tapi kalah kalau diusik oleh Farhana. Baru dalam darjah 4 dan merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Tetapi kurang menyerlah dalam pelajaran. Hal ini menyebabkan aku terpaksa bertegas dengannya. Dalam banyak-banyak adikku, dengan Sufi sahaja aku garang. Dan Sufi paling takut dengan aku dan Farhana.
Manakala si bongsu kami baru berusia 5 tahun. Nabilah namanya. Manja dan pendiam. Mungkin serigkali dibuli oleh Sufi. Yalah, Sufi kalah dengan kakak dan abangnya. Jadi, dengan Nabilah sahaja tempat untuk dia berlagak hero.
Manakala aku, baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diploma dan sedang menanti kemasukan awal di universiti untuk peringkat ijazah. Bidang kimia memang sinonim buatku. Jadi, tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kimia gunaan, aku terima dengan syukur dan berbesar hati.
Isnin, 15 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan