Setelah menelan beberapa biji ubat yang diberikan doktor, ternyata benjolan itu tetap utuh di situ. Aku terus berjumpa doktor setelah tiada perubahan yang berlaku. Ditambah pula dengan tekak ku yang semakin sakit dan pedih.
Dokotor menyatakan benjolan itu bejolan biasa. Bahkan menyatakan aku kemungkinan mengalami allergi pada sesuatu. Yang pastinya aku tidak dijangkiti virus Tuberculosis iaitu virus penyebab penyakit tibi.
Namun, doktor mendapati tonsilku bengkak. Jadi, kesimpulan benjolan itu bukanlah benjolan misteri lagi kerana benjolan itu terjadi atas sebab sistem imun badan ku sedang bekerja keras bagi menyingkirkan dan membunuh bakteria atau virus yang sedang meyerang tubuhku...
*Semoga abang Hamdan kembali sembuh daripada denggi
Sabtu, 13 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan