Khamis, 18 Februari 2010

Ku Cabut Nyawa Ini

Ku Cabut Nyawa Ini

Sering kita mendengar perihal artis baik dari asia mahupun dari barat yang mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Dan virus bunuh diri ini juga telah merebak ke negara kini. Walaupun sebenarnya ramai di negara kita yang mengambil jalan singkat dengan mengambil nyawanya sendiri, kes seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.

Paling menyedihkan apabila ramai anak-anak muda di kalangan penganut ajaran Islam turut membunuh diri. Sebab yang paling utama adalah putus cinta, desakan kewangan dan tekanan jiwa akibat pelajaran.

Sepatutnya kita tidak boleh sekali-kali berputus asa.

Ingatlah sebuah ceritayang disampaikan Nabi Muhammad saw dalam sebuah hadis;

Daripada Junub a-Bajli ra bahawa Rasulullah saw bersabda;
"Ada seorang lelaki sebelum kamu yang menderita sakit, disebabkan ia tidak sabar menahan penyakitnya, kemudian ia memotong urat nadinya hingga mengalir darah terus-menerus yang tiada berhenti sehingga menyebabkan kematiannya.

Kemudian Allah berfirman: 'Hambaku mempercepat kematiannya, maka haram baginya masuk syurga.'"

(Rujukan: 101 Kisah & Pengajaran daripada al-Quran, al-hadis& hayatus sahabah oleh Telaga Biru)

Diingatkan lagi ya kawan-kawan, HARAM bagi orang yang mencabut nyawanya sendiri.

Buat apa kita susah-susah menyakitkan diri sendiri kerana masalah yang dihadapi. Ada orang sanggup terjun dari tingkat yang tinggi. Matinya bukannya automatik mati. Tetapi dia akan menggelupur kesakitan akibat hempasan kuat daripada momentum jasad dan lantai di bawah. Berkecailah tubuhnya di bawah sana. Semoga kita semua dipelihara daripadanya.

Ada orang sanggup menoreh tangannya sendiri. Jangankan mahu melukakan diri sendiri, terluka terkena pisau lagi sudah lita mengaduh sakit. Inikan pula luka yang dalam. Jangan sakitkan diri ya.

Ada banyak lagilah cara orang membunuh diri dari terjun bangunan, potong urat nadi, makan racun, bakar diri sendiri sampailah sanggup dihenyak kereta api.

Bukannya mendapat pujian pun daripada yang lain, malahan mendapat cercaan lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga si pelaku. Ksia makbapak, isteri suami, anak-anak. Lebih malang lagi kalau si pelaku meninggalkan banyak hutang.

Janganlah kerana masalah yang dihadapi kita mahu menyusahkan orang lain pula. Ingatlah kata Allah dan peganglah janjiNya bahawa Setiap ujian yang dikenakan kepada setiap hambanya bukanlah kesusahan melainkan mampu untuk hambaNYa lalui

*Cukupkah amal kita sebelum mati untuk dibuat bekalan ke dunia sana?
Bersediakah kita meninggalkan insan tersayang menjalani kehidupan tanpa kita?
Yakinkah kita bahawa kita benar-benar akan ke syurga setelah mati dan bukannya siksa neraka?


Sekadar renungan kita bersama

Tiada ulasan: