Ibubapa mertua ku berkeras supaya aku tinggal bersama-sama dengan Mamduh. Kata mereka, tak usah aku membazirkan duit untuk membayar sewa bulanan dan api air untuk rumah sewa yang aku duduki. Namun, aku tetap juga dengan pendirianku dengan alasan mudah untuk aku berulang alik ke kampus. Dan mereka akhirnya akur dengan keputusanku. Manakala Mamduh ku lihat tidak memberi sebarang kata-kata dengan keputusan ku. Biarlah!
Apabila duduk bersendirian, aku tertanya-tanya, kenapa emak dan abah beria-ria menerima lamaran daripada keluarga Mamduh?
''Emak dan abah taklah risau sangat Mar di sana kalau dah kahwin dengan Mamduh nanti. Dia lelaki yang baik dan mampu untuk menyara kau nanti. Lagipun, emak dan abah berkenan sungguh dengan anak Haji Latif tu," itulah kata emak apabila aku menyoalnya beberapa bulan yang lepas sebelum aku bernikah.
Tetapi sampai sekarang aku masih tercari-cari jawapan yang sebenar akan sebab pernikahan ku ini harus berlaku. Ada juga aku terfikir yang emak dan abah sengaja membenarkan aku bernikah supaya tanggung jawab mereka terhadapku terlepas. Yalah, aku ni kan anak angkat mereka sahaja. Namun, tidak baik untuk aku berburuk sangka.
Setelah dua bulan kami menjadi suami isteri, kuliah ku bermula seperti biasa. Sepanjang dua bulan tersebut, kami tidak langsung berbual-bual. Seboleh-boleh kami melarikan diri masing-masing. Dan hanya berjumpa dan bertentang mata ketika malam berlabuh. Hendak tidur di bilik berasingan, apa pula kata orang tua. Nak tidur di bawah, takut dia marah pula. Pernah sekali dia menegurku apabila melihat aku masuk ke bilik tidur lewat. Aku sengaja masuk ke bilik lewat agar dia tidur lebih awal.
"Dah lewat ni. Tak nak tidur ke? Jangan takut, aku takkan apa-apakan kau.. Tidur je macam biasa. Lagipun tak ingin aku nak sentuh kau," katanya yang ku kira menyakitkan hati.
Aku mengambil keputusan untuk memberitahu status ku kepada teman serumah dan sekelas agar tidak menimbulkan kejadian yang tidak diingini nanti. Itupun setelah Aisyah, teman sebilikku menegur cincin dan inai di jariku. Setelah didesak, aku berterus terang akan pernikahan ku sewaktu cuti semester yang lepas.
Tahu jelah mulut becok Aisyah. Dia tidak berpuas hati kerana aku tdak memberitahunya terlebih dahulu dan merajuk dengan tindakanku seolah-olah membelakangkan kawan sendiri. Ku pujuk Aisyah dengan menyatakan yang aku juga 'tidak'bersedia dengan pernikahan. Bertambah pelik Aisyah mendengar alasan ku.
"Mar nak minta maaf anyak-banyak. Terus terang Mar katakan, kami kahwin atas pilihan keluarga,"aku rasa kata-kataku cukup menjelaskan maksudku sebentar tadi kepada Aisyah.
Bulan ogos menjelma lagi. Kali ini kampusku akan cuti selama empat hari sempena kemerdekaan memandangkan Hari Merdeka jatuh pada hari Isnin. Kebetulan kelas ku pada hari Jumaat dibatalkan kerana bahan untuk makmal belum disediakan lagi. Jadi, petang Khamis, Mamduh akan datang menjemputku.
Cuti kali ini, kami tidak lagi bermalam di rumah keluarga Mamduh. Mamduh membawaku ke rumahnya sendiri. Pertama kali aku menjejaki ke rumah tersebut, aku kagum. Susun atur dan kebersihan rumahnya sangat menenagkan sesiapa yang bertandang.
"Mulai saat ini, setiap kali awak cuti, kita akan tinggal di sini," tiada perasaan. Aku menganggukkan sahaja. Mamduh mengangkat begku ke sebuah bilik dan aku hanya mengikut dari belakang.
Sebuah katil King Sized. Bilik bewarna patel dan cadar bewarna krim. Di sebelah tepi kiri dan kanan terdapat meja kecil dan di atasnya terdapat lampu tidur yang cantik. Aku hanya memerhati sekeliling bilik. Beg aku, Mamduh letak di hadapan sebuah bilik kecil, ku kira itu sebuah almari, closet. Belum sempat aku bertanya bilik ini siapa yang punya, Mamduh sudah membuka bajunya dan mencampakkan ke lantai.
"Basuhkan baju ni. By the way, ni bilik kita. Dan aku mahu kau kemaskan baju kau ke dalam closet sebelum masak. Aku dah lapar,"Sepantas itu dia menukar bahasanya daripada 'saya' kepada 'aku'.
Jam sudah pukul enam petang. Penat aku belum hilang selepas selesai masak apabila Mamduh menyuruhku menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Dia ni saje je nak kenakan aku! Dan aku hanya mampu membebel dalam hati.
Habis menyiram pokok bunga, aku menuju ke kamar mandi. Melekit sungguh badan ku. Ketika aku sedang mandi, pintu bilik mandi terbuka. Aku terperanjat dan spontan terjerit kecil. Mamduh dengan muka selamba mengambil sabun yang sedang aku pegang dan terus membasahkan badannya menggunakan shower yang aku guna.
"Kenapa? Tak pernah tengok orang mandi ke?" Memang aku tak pernah tengok orang mandi macam ni lebih-lebih lagi lelaki. Aku biarkan sahaja. Dia berlagak selamba, aku pun buat selamba jugalah. Aku mengambil syampu dan terus mencuci rambutku. Cool, Maryam! Rileks lah! Betapa Tuhan sahaja yang tahu betapa aku tidak selesa mandi bersama lelaki hatta Mamduh suamiku!
"Lagi satu aku nak beritahu kau. Pukul 6 adalah masa aku mandi. Pagi dan petang. Jadi, kalau kau nak mandi waktu ni, kau boleh guna bilik mandi kat luar tu. Aku tak nak kau ambil masa mandi aku, faham!"Kata Mamduh tanpa memandang wajah ku.
Ada lagi perkara baru yang aku tahu mengenai Mamduh sepanjang 6 jam aku duduk di rumah ini iaitu suka mengarah!
Sabtu, 20 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan