Selasa, 23 Februari 2010

HIV pembunuh

HIV adalah singkatan bagi Human Immunodeficiency Virus.

HIV mula dikenali pada tahun 1981. Sekumpulan lelaki homoseksual yang mempunyai beberapa variasi penyakit yang sama iaitu Pneumocystis jiroveci (pneumonia yang bukan lazim), dan Kaposi's sarcomas (Kanser kulit yang amat jarang berlaku) telah mendapatkan rawatan di hospital di Amerika Syarikat. Berikutan daripada itu, kajian demi kajian dilakukan sehinggalah tahun 1983, HIV diberi nama.

Keunikan HIV ini adalah cara virus ini myerang tubuh badan manusia. Virus ini boleh disebarkan melalui beberapa cara iaitu:

  1. Seks
  • Cairan vagina
  • Air Mani
     2. Darah
  • Pemindahan darah sama ada secara perubatan mahupun melalui liang roma
  • Percampuran darah antara ibu dan anak semasa kelahiran
  • Jarum yang telah tercemar dengan virus
    3. Susu ibu
  • Susu ibu penghidap HIV positif kepada bayi
Walau bagaimanapun, kebanyakan HIV ini diperoleh akibat perbuatan seks.

Virus yang telah memasuki badan perumah (Host), akan pertama sekali menyerang sel CD4 T iaitu sistem imun paling utama dalam badan untuk melawan sebarang penyakit, virus dan bakteria.

Setelah virus ini melekat pada sel CD4 T, RNA daripada virus dalam dimasukkan ke dalam sel CD4 T. DNA sel CD4 T digunakan sebaiknya oleh HIV untuk mereplikasikan dirinya. Di akhir proses, sel CD4 T yang telah rosak teruk akan meledak dan sel-sel virus baru dengan DNA perumah akan merebak dan seterusnya menjalankan proses yang sama. Di sinilah sistem imun tidak akan dapat berdaya untuk melawan HIV tersebut kerana penghasilan sel CD4 T yang baru adalah sama dengan penghasilan CD4 T HIV yang baru. Lama kelamaan, sistem imun semakin lemah dengan jumlah sel CD4 T berada di bawah paras 500 (Normal 1500).

(bersambung...)

Tiada ulasan: