Ahad, 3 Julai 2011

BERSIH: Ada Perlunya

Apakah Bersih yang sekarang ini sibuk diperkatakan oleh media mahupun pelepak di kedai kopi?
Kenapa ada yang menentang dan ada yang menyokong?

Saya tak nak mengulas banyak mengenai politik di sebalik Bersih kerana saya masih terikat dengan Undang-undang yang tertulis di dalam Akta Universiti 174 yang melarang mana-mana pelajar IPT Malaysia terlibat dalam politik negara.

BAiklah, apa yang ini saya nyatakan di sini bukanlah berniat untuk menyokong mana-mana parti politik. Menurut pemahaman dan logik akal saya, perhimpunan Bersiah yang bakal dijalankan pada Julai 2011 (tak pasti bila?) memang wajar diteruskan?

Kenapa? Kerana menurut pembacaan saya di laman http://en.wikipedia.org/wiki/Bersih Bersih hanya menuntut sesuatu yang sudah lama tiada dalam sistem politik negara kita. Sekiranya kita mahu maju melangkah ke hadapan, perkara seperti ini sememangnya ada. SAya suka untuk mengaitkan sejarah kemerdekaan negara kita dengan situasi sekarang. Sekiranya nenek moyang kita dahulu tidak bertindak menentang penjajah, masakan kita mampu merdeka sampai hari ini. Sekiranya Bersih tetap diteruskan, sistem politik negara yang kotor mampu dibersihkan.

Tuntutan Bersih tidak banyak. Dan saya hairan kenapa kerajaan tidak mahu mengadakan rundingan khas dengan penganjur dalam membatalkan penganjuran Bersih? Kenapa perlu kerajaan hanya menggunakan media dan kuasa meneraka dalam menyekat kebebasan rakyat dalam bersuara? Bagi saya, Bersih bukan hanya dianjurkan oleh pembangkang tetapi adalah daripada SUARA RAKYAT yang tidak berpuas hati dalam pemerintahan negara.

Malaysia bangga menggelar dirinya Negara Demokrasi, namun sayang praktikal demokrasi seolah-olah tidak wujud dalam sistem politik negara.

Dan sebagai warganegara Malaysia, saya berhak untuk menyatakan apa-apa yang saya rasa baik untuk negara kita.

Dan tolonglah wahai pemimpin kerajaan Malaysia-Dengarkan rintihan suara rakyat! Pembangkang juga rakyat. Mereka bukan pemberontak pemusnah negara!

Pusingan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014

Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah layak ke pusingan 2 menentang Singapura yang akan diadakan pada 23 Julai 2011 dan 28 Julai 2011.

Walau bagaimanapun, kebimbangan saya terhadap pasukan negara masih ada berdasarkan rentak permainan pasukan yang agak kucar kacir terutamanya di bahagian serangan. Malaysia masih perlu banyak latihan untuk menajamkan skil jaringan ol. Kerana menurut pemerhatian saya, pasukan negara telah banyak mensia-siakan peluang gol. Seperti contoh pada perlawanan kedua menentang Taiwan, Malaysia sebenarnya boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 5 gol.

Tahniah buat S. Kunanlan kerana kesungguhan beliau dalam melarikan bola dan sedikit menggugat benteng pasukan lawan. Buat ketua pasukan negara, Safiq Rahim, setinggi pengharapan diletakkan. Ketenangan beliau dalam mengetuai pasukan amat mengkagumkan. Aidil Zafuan begitu cemerlang terutamanya menjaringkan gol sangat dikagumi. AMirul Hadi sangat cemerlang bermain.

Berikut merupakan jadual Kelayakan Piala DUnia Brazil 2014 Zon Asia.

http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/44/46/14/2014fwc_drawprocedures_asia.pdf

Saya berharap pasukan Malaysia berjaya untuk pusingan seterusnya. InsyaAllah.

Isnin, 27 Jun 2011

Nurul AF2: Apa Nak Jadi?

Tanggal 26 Jun 2011, rancangan Melodi kendalian TV3 menyiarkan perihal salah seorang peserta Akademi Fantisia Musim Kedua iaitu Nurullah atau lebih dikenali sebagai Nurul.

Dia dan suaminya sudah menikah di Thailand. Dan yang amat memeranjatkan dia menyatakan bahawa bapa kandungnya tidak sudi menjadi wali kepada pernikahannya itu.

Namun, setelah 'diterjah' oleh wartawan Melodi, ternyata dakwaan daripada pihaknya meragui. Menurut keluarga kandungnya yang terdiri daripada orang baik-baik (pengamatan kaca mata, pertuturan mereka), pihak Nurul sendiri yang menidakkan kuasa wali keluarga kandungnya?

Jika benar dakwaan keluarganya, amatlah rugi sekali Nurul. AGaknya mungkinkah Nurul tidak berjaya sebagai penggiat senia sementelah perbuatannya yang seperti 'membuang' keluarga sendiri. Memang benar dia diberi kepada keluarga angkat, tetapi bukanlah sebab utama untuk menderhakai ibubapa kandung. Ke mana pun kita melangkah, berapa banyak pun amalan kita lakukan, tetap tidak akan mendapat berkat sekirang membelakangi ibubapa sendiri.

Saya berharap kisah Nurul ini dijadikan peringatan kepada kita semua. Syurga tetap di bawah telapak kaki ibu kandung walau sejuta tahun pun ibu angkat yang membela kita. Jangan kita menjadi anak derhaka kerana azabnya bukan sahaja di akhirat, tetapi akan Allah tunjukkan di dunia ini...

Dan saya turut berasa sedih melihat ibubapa kandung Nurul. JAik ati nangga. nang jaik menarlah Nurul ya mun mena kata keluarga mena nya. AMper juak madah gia. Mun dah mena sik suka, iboh dipadah ngan media yang bapak mena kau ya tek sik maok jadi wali. Kempang ati kau ow molah bapak kau gia. Umo nya ya dah 82. Bukan mudak agik. Dah tua. Kau sik tauk bila ajal kau, makbapak mena kau sampei. Iboh sampei kau menyesal nangis aek mata darah. masa ya dah terlambat. masa gitoklah kau berbait ngan daknya. DAknya dah tua bah. Sik ada nya nak mintak sejuta ringgit dari kau. Iboh merik malu bah. Sik piluk ati kau? Sik mlu kau ngan meadik kau? Sik malu kau ngn urang sarawak lain. Nunjuk bage kita tok nang jaik mena...

Semoga Nurul dan kita semua bertaubat.
Semoga ahli keluarga KAndung Nurul bersabar atas ujian yang Allah bagi. Sesungguhnya ujian itu mengukuhkan lagi kemanisan iman bagi orang yang bertaqwa...Insyaallah

Hentikan Penggunaan Perkataan Amah

Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera

Saya ingin meluahkan kekesalan saya terhadap Kerajaan Malaysia amnya dan Media Malaysia khususnya kerana menggunakan perkataan 'AMAH' Indonesia yang merujuk kepada Pembantu Rumah ataupun Orang Gaji di Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Saya terkilan kerana penggunaan perkataan 'AMAH' pada saya amat menghinakan sesuatu bangsa lebih-lebih lagi dalam keadaan hubungan Malaysia- Indonesia yang ada pasang surutnya. Penggunaan perkataan ini juga menggambarkan rakyat Malaysia begitu angkuh dan sombong kerana sudah berasa selesa dengan kekayaan sendiri sehingga sanggup merendahkan martabat bangsa dan warganegara orang lain.

Kenapa saya begitu marah dan terkilan dengan penggunaan perkataan ini? Saya kira masih ramai di kalangan rakyat Malysia yang tidak tahu maksud dan ada juga sebilangan besar yang sengaja mahu menggunakan perkataan tersebut. Sekiranya merujuk kepada asal usul perkataan ini, saya percaya bahawa perkataan ini berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud 'HAMBA'.

Dan saya juga percaya Kerajaan Malaysia, khususnya media Malaysia tahu akan makna AMAH. Jadi, apa bagusnya menggelar orang gaji/ pembantu rumah Indonesia sebagai hamba? Atau lebih tepat lagi sebagai hamba sahaya? Apakah kita orang Malaysia sudah cukup bagus sehingga memperhambakan orang lain lantaran sedikit kelebihan yang ALlah bagi kepada kita?

Di mana perginya golongan bijak pandai bahasa? Di mana perginya alim ulama? Di mana perginya pejuang hak asasi manusia? DI mana perginya sensitiviti diri kita sendiri?

Dalam isu ini, saya bercakap bukan kerana saya khianat negara, tapi kerana saya tidak mahu khianat agama. Bukankah Islam melarang umatnya memperhambakan orang lain. Dan lebih menyedihkan yang dikatakan 'amah' ini kebanyakannya orang Islam.

Saya sedih...kecewa...Terkilan.
Semoga kita semua sedar dari keangkuhan diri sendiri. Jangan kita menyombong diri dengan secupak lebih beras yang kita ada berbanding orang lain.

Insaflah Media Malaya, Insaflah Warganegara

Ahad, 5 Jun 2011

Pusak

Saya baruk tauk paduhal pusak ya datang dari perkataan pusa. Bahasa Tagalog. Yah, banyak juak sama bahasa melayu sarawak (sebutnya seghawakk) dengan bahasa tagalog. Contohnya manok, asuk...apa gik oh? entah. Buat masa tok yajak nak ditauk saya.

Berbalait ngan pusak, saya tok nang suka pusak. Kenak pusak? kenak sik asuk ka, kurak ka, burong ka, ikan ka...kenak mesti pusak? Ya kitakurang empun jawab la.. Masin-masin kita ada citarasa.

Saya sik ada gamba pusak sebab saya sik ada nginang pusak. Tapi saya akan nginang pusak. cukup duit, ada rumah empun, klak saya nginang pusak. Sebab mun kinek tok, saya gik gago belaja, Idup pun nyewa ngan kawan-kawan. Sapa maok ngiintu pusak saya kelak mun saya pegi kelas, balit serawak. Nak paling penting, seni saya nak ngoleh duit makei nyaga pusak saya kelak. Bukan murah maok ngintu pusak. Pasir pake nya berak kemeh, makan minum nya bukan boleh telo tiap-tiap ari. Enjeksen nya gik...banyak giklah.

Mun saya rah kampong, mak saya awal-awal udah madah sik maok nginang pusak. Susah katanya. Lagipun nya sik minat.

Sik apa, suatu ari kelak saya akan nginang pusak. Kelaklah, mun dah ada pusak dirik empun, kelak saya ngeso di sitok. Boleh jauk pake bedengah ngan urang nak nginang pusak nak lain. Hahaha...

Lagipun, pusak kan antara binatang kesayangan Nabi saw. Nya pun ada juak nginang pusak. Ada sigek sumber, saya pun sik berani nak madah nak nei tapi daripada sumber ya, nama pusak nabi Mueza..Kacak kali nama..Maok juak saya nunggah pusak saya kelak Mueza...Mudah-mudahan cita-cita saya maok nginang pusak dimakbulkan Allah. Saya sik ngarap urang laki pake teman idup saya sepanjang umo tok, cukuplah pusak pake saya...Tapi mun ada betemu jodoh, saya terimak (emo indah)...tapi pusak loklah...hoho

Beli Buku

ARi marek saya keluar ke SACC MALL ngan kawan saya (kawan sebilit). Nya neman saya saya meli barang. Sampe2 jak di SACC Mall ya rami urang. Maklum cuti sekolah. Banyak juak promosi. Tapi mesti mok pande mileh kedei. Walopun semua ngopa rega murah, tapi ttp bebeza. Ada nang murah, ada juak ngurang seposan duak enggak. Tapi ya bukan hal. Nok penting bajet mesti cukup.

Saya meli pel EPO rah Watson. Murah...sik ngesal meli nya. Mun maok dibandin ngan Guardian, jaoh lebih murah rah Watson. Bayangkan duak botol, masin-masin 60 igek dalam nya enggak RM42 pa sen ntah. Sik ingat. Malas mok ngingat. Jadi melilah nya tek. Jumlah pel ya adalah 120 igek. Boleh makan 4 bulan. Sik ke untong namanya? hehe. Dibandin ngan Guardian, benda nak sama, jenama sama, nya ngoper RM 50++..Yah..Mesti mok pande mileh!

Pa gik dibeli saya tek ow.. Aok, meli Milo sekilo sigek, Daia pewangi sigek, Modes (Oper murah)...Ya jaklah. SUma gik murah bah..

Aoklah meli buku rah MPH. Mula-mula tujuan asal maok meli nobel. Nobel urang berchan bah. Baruk remaja! Tapi yalah...sik ada pilehan. Ujong-ujong meli buku Riwayat Rasulullah ngan Misteri Tarikh Lahir. Suk juak maca Misteri Tarikh Lahir ya. Ada pekdah ngan manfaat. Walaupun kedak merapu tapi tetap ada juak ilmu diberiknya. Bukan niat saya maok madah menilit nasib dengan tarikh lahir, bukan! Tapi kita mesti tauk setiap kejadian yang Allah polah mesti ada sebab musabab ngan ilmu disebaliknya. Coma, kita tok pandei-pandeilah nak mileh nak ne bagus.

Pasal Misteri Tarikh Lahir tok, nya bukan sekadar make suk ke dirik jak. Tapi nolong kita milih masa depan kita. Sebab apa, kadang-kadang kita sik paham dengan dirik kita empun. Apa dimaok kita, apa diingin kita, kita pun sik tauk apa. Betol sik? Kita pun ada masanya nanyak kenak kita sik kedak urang lain. Tang senang jak dapat keja, jadi urang kaya. Walhal semua kita ada potensi yang sama. Coma, peluang jajk sik ada. Jadi ngan ilmu Tarikh Lahir tok, ada juak menjawab soklan-soklan tadik. Ne tauk ada manfaatnya...Apa-apa pun meli buku duak igek ya pun ada oper.. Murah!!!

Jadi tujuan saya madah adalah...Maok madah mesti maok pande mileh barang murah pada masa, tempat yang sesuai.

Khamis, 2 Jun 2011

Nikah Paksa?

Huh, banyak sudah novel yang saya baca berkisarkan kisah nikah yang dipaksa. Lelaki digambarkan sangat kacak, menawan, berharta dan kasar. Namun, sering dipertikaikan oleh watak utama perempuan. Perempuan pula dilakarkan seperti gadis malang lagi walang (tapi bukan jalang), bukan berharta, cantik, ayu dan manis. Tetapi kesemua ciri-ciri tersebut dipandang sepi oleh watak utama lelaki...

Kata orang puteh, 'kelisyer'. Saya juga berasa bosan dengan penceritaan watak yang sebegitu. Tapi, apakan daya...saya hanya pembaca. Dan ironinya...saya juga terhibur dengan novel yang bertemakan (omputeh kata 'genre') nikah paksa. Kenapa? Sebab...saya suka berangan! Konon-kononnya sayalah gadis suci yang malang itu. Mendapat kebahagian setelah dipaksa. Uiks!! Adakah begitu? Memang suka berangan...

Eh, tak baik berangan! Islam menegah umatnya berangan. Kerana dengan berangan, masa terbuang. Nanti datang pula fikiran jahat yang membawa bahaya... Boleh jadi khayal, lalu malas membuat kerja...

Apa-apapun, nikah paksa sudah tidak relevan lagi. Lagipun lelaki mahupun perempuan yang akan disatukan dalam pernikahan mestilah rela, bukan paksa...Sila rujuk kitab, pakar-pakar agama yang berkenaan mengenai Nikah Cerai...

Anak Ikan Vs Anak Ayam...

Terasa lucu pulak menyebut anak ikan... Kenapa ya?

Oh, ya..saya belum lagi memeriksa mana-mana kamus untuk mentafsirkan atau menterjemahkan maksud 'anak ikan'. Namun menurut bahasa seharian orang kita, anak- anak ikan ini dilazimkan untuk budak-budak lelaki yang..saya pun tak tahu nak kata bagaimana...bagaimana ya? Tolong 'google' sendiri..

kalau anak inkan untuk lelaki..anak ayam pula untuk perempuan..kenapa ikan dan ayam? oh, sungguh tidak patut! Saya suka makan ikan dan ayam...Adakah bermakna saya pedofil? oh, tidak! adakah saya lesR*%$*T$? oh, tidak!!!

Dan sekarang...setiap kali saya bercakap dengan orang lelaki yang muda daripada saya...saya akan kata..oh, anak ikan! Dan juga sekiranya saya bercakap dengan lelaki yang lebih tua daripada saya, saya akan kata..oh, akukah anak ayam itu? Oh, tidak!!! Pengaruh buruk daripada perlambakan bahasa-bahasa kasar dan tidak sopan sedang melanda...

Tujuan karangan saya adalah...buang masa. Sangatlah tidak baik membuang masa. Jadi, itu bukan tujuan saya. Tujuannya, marilah menggunakan bahasa yang swajarnya dan tolong jangan rosakkan bahasa dengan menggelar orang dengan gelaran tidak baik.

Bukankah Islam melarang kita memanggil seseorang dengan gelaran yang buruk dan tidak disukainya? Jawapannya, Ya... Islam melarang kita menggelar orang dengan gelarang yang tidak disukai dan bermaksud buruk...

Anak Ikan atau Anak Ayam...ANak manusialah yang sepatutnya..

Rabu, 6 April 2011

Saya Bukan Taksub

Lewat kebelakangan ini, saya sering tertarik untuk mengikuti kisah politik negara kita..Kenapa ya? Eh, bukan. Saya mahu tegaskan bahawa saya bukan peminat politik, lebih-lebih lagi bermain politik. Saya cuma ingin membicarakan perkara benar serta mengumpulkan kekarutan agar minda saya tidak bercelaru dengan yang fakta dan auta.

Sebagai warganegara yang prihatin saya tidak boleh memandang sebelah mata tentang apa-apa yang sedang terjadi di dalam negara saya. Waima saya seorang pelajar institusi tinggi negara, bukanlah menjadi alasan untuk saya terus-menerus membiarkan kebatilan bermaharaja lela. Allah telah mengurniakan mata untuk saya melihat, telinga untuk saya mendengar berita, akal untuk saya menganalisa data serta hati untuk saya jatuhkan hukum benar dan salahnya.

Ya, saya berhak membicarakan setiap perkara yang beredar di persekitaran saya kerana saya juga terlibat sama. Saya yang mendengar dan saya juga yang melihat. Undang-undang diadakan untuk kita patuhi bukan kuasai. Jadi, saya tidak gentar kalau ada siapa-siapa yang cuba merobohkan keberanian saya dan mencela bicara saya kalau ternyata benar. Kalau salah, saya terima dan perbaikinya.

Dan antara yang paling utama adalah saya rakyat Sarawak. Saya tertekan kerana negeri saya sering dipermainkan. Hanya kerana pilihanraya, barulah pemimpin sibuk mengambil tahu tentang negeri saya. Kalau bukan kerana pilihanraya, jangan haraplah batang hidung mereka nampak. Dan semasa kecil dahulu, saya tidak faham kenapa setiap kali pilihanraya, pasti ada beberapa orang lelaki mahupun wanita datang ke rumah menyerahkan sejumlah wang dan menasihati agar memangkah tanda *************. Dan paling menakutkan mereka ini pergi ke setiap rumah. Ingat lagi saya ketika itu, setiap rumah/ individu mereka bagi RM10. Bayagkan RM10 kira-kira 15tahun yang lepas. Betapa besar nilainya. Sekarang barulah saya faham, itulah yang dikatakan politik wang.

Makanya, dalam soal kecelaruan kebebasan politik, dan saya sebagai belia muda tonggak negara mestilah sentiasa peka dalam memilih pemimpin negara. Saya tidak mahu nasib anak-anak saya musnah pada masa hadapan. Cukuplah nasib saya dan seangkatan dengan saya sengsara dengan kebejatan politik negara. Sekarang ini, apabila saya sudah ada hak bahkan "dipaksa" untuk mengundi, mana-mana pihak mahupun kerajaan dan IPT tidak boleh melarang atau menghalang saya daripada memilih siapa-siapa sahaja yang saya mahu untuk menjadi pemimpin saya..

Siasat dahulu...

Panas...Panas...Panas...

Setelah berkali-kali menonton video yang didakwa sebagai video zina DSAI di laman youtube, akhirnya saya menemui satu rumusan..

BUKAN DSAI!

Kenapa?
1-Susuk badan: DSAI tidak seboroi itu. Kenapa saya begitu yakin? sbb setelah meneliti bentuk perut dan dada, saya melakar gambar tesebut dan menambah baju di luarnya lalu membandingkan susuk sebenar DSAI= Tidak Padan

2-Bentuk Muka: Tidak dinafikan video tersebut agak kabur. namun setelah menjalankan aktiviti "pause"dan "play" saya nampak bentuk muka lelaki tersebut di akhir video adalah lonjong dan bujur sedangkan DSAI sedikit petak dan tidak panjang

3-Janggut: Di akhir video, tiada janggut

4-Facebook: dikatakan tarikh 21 Februari 2011 adalah tarikh perlakuakan berjalan pada jam 10.40pm..sedangkan dalam lingkungan masa yang sama, DSAI sedang mengemaskini facebooknya...

5-Saksi: selidiki siapakah DAtuk T..apa yang saya faham tentang Datuk T adalah tiga individu bergelar datuk..Tiga Datuk/Trio Datuk=Datuk T di mana T adalah Trio/Tiga...Umum mengetahui mereka ini bukan sekutu DSAI, bahkan seteru DSAI. Apabila musuh melaungkan keburukan atau sesuatu cerita tentang musuhnya, secara lojiknya kita terus sahaja tahu ada udang di sebalik batu.

Sesungguhnya soal menuduh perlakuan zina adalah sangat berat. Bahkan saksi untuk perlakuan zina hendaklah empat orang lelaki, yang adil. yang fasik, hujahnya mesti diragui bahkan ditolak sama sekali kerana tiada integriti dalam kesaksian mereka...

Semoga kita semua selamat daripada fitnah.