Sakitnya kepala hari ini. Abah kata hari ini ada tetamu istemewa yang akan bertandang ke rumah. Jadi, aku tidak dibenarkan ke mana-mana. Katanya lagi, tetamu itu adalah tetamu ku. Apabila aku bertanya kembali, katanya nantilah aku akan tahu juga.
"Mar, ini Haji Latif dan isterinya, Hajah Naimah. Hari tu abah ada cakap yang kami pertama kali berjumpa sewaktu kami pergi haji dulu," aku menggangguk sahaja. Malas nak menambah kata-kata abah. Lagipun aku tak tahu nak cakap apa. Setelah bersalam dengan tetamu, aku menuju ke ruang dapur untuk menyediakan hidangan.
"Maryam sekarang buat apa?"Tanya Hajah Naimah ketika aku sedang menghidang juadah buat mereka.
Dengan sopannya aku menjawab, "Saya masih belajar lagi Mak Cik. Baru tahun pertama di UiTM dalam bidang kimia," kemudian aku menuju ke dapur lagi. Sengaja melarikan diri. Aku berasa tidak selesa berada bersama-sama mereka. Lagipun aku tidak tahu hendak berbual apa-apa dengan tetamu. Emak pun selalu mengingatkan aku untuk tidak sekali-kali menyampuk ketika orang tua sedang bercakap.
Kira-kira lima minit aku duduk di dapur, emak memanggil ku keluar. Katanya abah mahu membicarakan hal penting.
"Kita tanya dulu empunya badan. Saya tak berani nak memberi keputusan sendiri dalam hal ini. Maryam, apa pendapat kau nak tentang lamaran daripada keluarga Haji Latif," tanya abah sendiri setelah Haji Latif dan Hajah Naimah menerangkan tujuan kedatangan mereka.
Mamduh merupakan anak bongsu kepada Haji Latif dan Hajah Naimah. Dia baru sahaja menamatkan pelajarannya beberapa bulan yang lepas dan baru bekerja di Syarikat Hijau Green, sebuah syarikat yang memproses bahan buangan organik kepada tenaga alternatif. Syarikat ini adalah hasil titik peluh Haji Latif yang merupakan salah seorang saintis. Walaupun bergelaran doktor dan mendapat pengiktirafan sebagai profesor, ternyata Haji Latif sekeluarga orang yang rendah hati. Tidak hairan abah dapat berkawan rapat dengan Haji Latif sementelah abah merupakan salah seorang pekerjanya.
Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal. Jawapan apakah yang harus aku berikan kepada mereka? Ku pandang wajah abah, ada sinar pengharapan untuk aku menerima lamaran. Ku tatap ke mata emak, ada cahaya yang memberitahu agar aku juga menrimanya. Aku buntu. Tetapi pada masa yang sama aku tidak mampu untuk menggelapkan sinar dan cahaya dari kedua-dua pasang mata abah dan emak.
Aku tuduk, lama. Sehinggalah ada suara menegur ku. Ake mengangkat muka dan ku kumpulkan tenaga. Namun hanya senyum yang terukir di bibir. Hati ku menjerit, 'Mar tak nak!'
Namun, yang terkeluar di mulutku menjerat diriku sendiri. ÄPa-apa yang emak dan abah fikirkan baik, maka baik jugalah buat Mar. Mar ikut segala keputusan Emak dan abah," Hendak gugur dan luruh jantungku selepas menuturkan kata-kata ku sendiri. Manakan tidak, hatiku beria-ia memberontak kerana ternyata abah dan emak bersetuju dengan lamaran itu.
"Kalau begitu, kita adakan majlis pertunangan bulan jun dan nikahnya bulan ogos tahun ni. Setuju?" Cadang Hajah Naimah. Aku masih seperti tadi. Masih senyum, tak terkutik dengan bualan mereka. Yang aku tahu, emak dan abah bersetuju dengan ujaran keluarga Mamduh.
Malamnya aku tidak dapat tidur lena. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Selepas sahaja Haji Latif dan Hajah Naimah balik, emak dan abah berbicara denganku. Kata abah, dia gembira dengan keputusanku. Katanya lagi, hidupku akan lebih sempurna andai aku bernikah dengan Mamduh dan mempunyai emak dan bapa mertua seperti Haji Latif dan Hajah Naimah. Dan aku, masih tersenyum. Biarlah kedua-dua mereka gembira tentang hal ini.
Khamis, 18 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan