Rabu, 5 Ogos 2009

HUBUNGAN ANTARA INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP) MENGIKUT WILAYAH DI MALAYSIA

Article from : http://freefinancejournal.blogspot.com/2008/10/hubungan-antara-indeks-harga-pengguna.html

Jurnal Ekonomi Pembangunan
Vol. 7, No. 2, Desember 2006, hal.185 – 202
Artikel ini merupakan bagian dari hasil penelitian yang bertajuk “Variabiliti Harga Relatif dan Inflasi di Malaysia” yang dibiayai oleh Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM Malaysia

Zulkefly Abdul Karim & Norain Mod Asri, M. Farid Wajdi, Antoni
Fakultas Ekonomi dan Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Fakultas Ekonomi Universitas Muhammadiyah Surakarta
Fakultas Ekonomi Bung Hatta Padang

ABSTRACT
Di Malaysia, isu serakan dalam perletakan harga boleh diteliti antara wilayah Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) dengan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Dari segi sejarah, kedua-dua wilayah tersebut memang terpisah dari segi politik dan ekonomi sehingga tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memeriksa hubungan antara Indeks Harga Pengguna (IHP) di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan Indeks Harga Pengguna (IHP) di wilayah manakah yang menjadi peneraju atau pengikut. Jangka masa kajian bermula dari bulan Januari tahun 1970 hingga bulan Mac tahun 2005 yang melibatkan cerapan sebanyak 423 bulan. Kaedah ekonometrik siri masa telah diaplikasikan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan hubungan jangka panjang (kointegrasi) antara Indeks Harga Pengguna (IHP) mengikut wilayah di Malaysia. Dalam jangka panjang, didapati IHP di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) merupakan indeks harga peneraju, manakala IHP di Semenanjung Malaysia adalah indeks harga pengikut. Walau bagaimanapun, dalam jangka pendek didapati kewujudan hubungan sebab-menyebab dua hala di kalangan IHP mengikut wilayah (kecuali bagi kes Sabah dan Sarawak). Keputusan ujian penguraian varians pula menjelaskan bahawa IHP di Semenanjung Malaysia memberikan pengaruh yang besar dalam menerangkan variasi perubahan terhadap IHP di Sabah dan Sarawak. Hasil kajian ini telah memberikan beberapa implikasi kepada dasar kawalan harga yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengawal kestabilan harga.

Rujukan: http://freefinancejournal.blogspot.com/2008/10/hubungan-antara-indeks-harga-pengguna.html

Racist: Bukan di Sarawak!


KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Apabila seorang menteri kabinet Sarawak berkata bahawa negeri itu tidak perlu kepada sebarang undang-undang berhubung hubungan kaum, rakyat Malaysia yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung mungkin berpendapat bahawa menteri itu hanya bergurau.

Tetapi bagi mereka yang tahu mengenai Sarawak dan juga Sabah, sama ada pernah bekerja dan tinggal di sana untuk tempoh tertentu boleh menjamin bahawa Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memberi penilaian yang jujur mengenai hubungan kaum di kedua-dua negeri itu.

"Ini kerana wujud sikap tolak ansur antara kaum di kalangan penduduk sejak sekian lama.

"Selain orang Melayu, Cina dan India, Sarawak mempunyai 33 kumpulan etnik dan mereka telah tinggal bersama dalam suasana aman malah sebelum merdeka.

Saya berpendapat tidak ada gunanya mempunyai undang-undang sedemikian dan kita tidak memerlukannya," kata Awang Tengah pada Jumaat.

Beliau mengulas pengumuman awal minggu lepas bahawa kerajaan akan mewujudkan Akta Hubungan Kaum yang bertujuan bagi mengukuhkan hubungan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Malaysia perlu menangani masalah perkauman walaupun selepas mencapai kemerdekaan 51 tahun lalu.

Sama ada akta yang dicadangkan itu benar-benar satu keperluan atau tidak, masih diperdebat tetapi kenyataannya ia dirangka sebaik sahaja kenyataan berbaur perkauman yang didakwa dibuat oleh seorang pemimpin UMNO bahagian di Pulau Pinang.

Ini membawa kepada hubungan tegang di antara UMNO dengan sebahagian parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional.

Datuk Ahmad Ismail telah menimbulkan keadaan tegang dalam hubungan kaum selama beberapa hari apabila berkata bahawa orang Cina adalah penumpang dan tidak layak mendapat hak yang sama.

Sekarang ini mengapa hubungan kaum masih menjadi isu di Semenanjung Malaysia dan seperti apa yang dikatakan Awang Tengah, bukan di Sarawak?.

Untuk memulakannya, malahan tiada ahli politik di Sarawak dan Sabah akan berfikir untuk membangkitkan perkara seperti yang Ahmad lakukan.

Ia bukan sahaja tiada dalam perbendaharaan kata malah dalam mendidik penduduk di kedua-dua negeri bagi membangkitkan perkelahian atau isu dengan orang lain berhubung kaum tertentu.

Dalam satu forum baru-baru ini, ahli sejarah Tan Sri Dr Khoo Kay Kim menyalahkan ahli politik kerana menyebabkan hubungan kaum di negara ini menjadi bertambah buruk.

"Banyak parti politik kita yang terus hidup dengan memperjaungkan kepentingan salah satu daripada kumpulan etnik.

"Dalam proses itu, mereka berbalah kerana apa yang dikehendaki oleh satu kumpulan bertentangan dengan kumpulan yang lain.

Ini antara sebab kenapa ketegangan itu berlaku," kata Khoo dalam satu temubual dengan The New Straits Times yang diterbitkan hari ini.

Rakyat Malaysia dari Semenanjung yang pernah tinggal di Sabah dan Sarawak sentiasa tertarik dengan hubungan kaum di sana dan mengakui bahawa keadaan itu adalah jauh berbeza dengan negeri mereka masing-masing.

Dan mereka sentiasa merujuk kepada kenyataan bahawa tiada ketegangan kaum di kedua-dua negeri itu.

Oleh sebab itu, ketegangan kaum tidak pernah kedengaran. Ahli politik seperti Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera yang digantung selama tiga tahun kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi itu sudah tentu tidak akan mendapat sokongan di Sarawak, kata seorang Anggota Parlimen dari negeri itu.

Alexander Nanta Linggi, Anggota Parlimen Barisan Nasional bagi kawasan Kapit, berkata tidak seperti di Semenanjung, tidak pernah ada garisan yang membatasi di antara satu kaum dengan yang lain di Sarawak.

"Ini antara sebab kenapa hubungan kaum kita sentiasa baik dan terkawal dan ini juga termasuk ahli politik yang tidak memainkan isu perkauman," katanya kepada Bernama.

Alexander berkata: tidak seperti sesetengah ahli politik di Semenanjung, ahli politik kita tidak pernah suka-suka untuk melukakan perasaan orang lain terutama berhubung soal perkauman".

Beliau menambah: Kita tidak mengembar-gemburkan kepentingan kaum kita berbanding dengan kaum-kaum lain". Dalam menyokong pandangan Awang Tengah bahawa Sarawak tidak memerlukan undang-undang mengenai hubungan kaum, Anggota Parlimen itu bagaimanapun, berkata jika akta itu dikuatkuasa ia sudah pasti akan meliputi seluruh negara.

"Ini adalah soal sikap. Kita mesti mempunyai sikap yang betul untuk memElihara hubungan kaum.

Alexander mencadangkan supaya rakyat Malaysia di luar Sabah dan Sarawak agar belajar dari kedua-dua buah negeri itu mengenai cara untuk hidup secara harmoni di kalangan berbilang kaum.

-- BERNAMA

Setelah membaca artikel tersebut, terlalu banyak benarnya. Melihat senario politik Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia, terdapat jurang antara kaum.

Tetapi saya tidak mahu mengulas perkara berkaitan politik, cuma menyuarakan pendapat sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai rakyat negeri Sarawak, saya sering tertanya-tanya setiap kali selepas menonton berita di TV, Kenapa perlu dipersoal kaum keturunan seandainya sememangnya kita mahu hidup rukun dan damai. Dan kerana perkara sebeginilah, wujudnya masalah perkauman.

Lihat sahaja di SArawak, kami tidak mempersoal bangsa seseorang kerana sememangnya kami bangsa Sarawak. Kami bergaul, berkawan dan beramah mesra. Saya melayu, dan guru saya berbangsa Cina. Rakan sekelas Iban, dan rakan sebilik adalah bidayuh. Jiran berbangsa melanau...Di mana-mana sahaja kita dapat melihat orang berlainan bangsa bergaul mesra. Bagi kami, kami adalah SATU...