Isnin, 29 Jun 2009

Tinggal kenangan

Setiap hari, setiap jam, setiap masa dan setiap detik menantikan kelahiran dan kematian. Kelahiran adalah berita gembira dalam menyambut nyawa baru ke dunia. Manakal kematian adalah kesedihan dan perkabungan dalam mengucapkan selamat tinggal kepada nyawa yang telah tiada di dunia ini, meninggalkan dunia buat selamanya.

25 Jun 2009 mencatatkan sejarah dunia apabila lagenda bintang pop atau lebih dikenali sebagai Raja Pop dunia iaitu Michael Jackson telah kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau amatlah ditangisi oleh peminatnya seluruh dunia. Bahkan pelbagai rancangan di televisyen sengaja diadakan demi untuk memperingati kehebatan beliau di atas pentas. Dan sekelip mata, jutaan pujian diberikan kepadanya. Bagi yang mencaci terus terdiam dan membisu setelah menerima berita tragis ini.

Michael Jackson bermula sebagai penyanyi bersama-sama dengan saudaranya di dalam kumpulan yang amat dikenali iaitu Jackson 5. Namun, beliau lebih gemar bergiat sebagai artis solo. Kemunculan album THRILLER merupakan album yang telah terjual lebih 50 juta menjadikan album tersebut sebagai album terlaris sepanjang zaman di mana belum ada lagi album yang pernah terjual sebanyak itu...

Namun, perjalanan sebagai artis tidak cukup untuk membahagiakannya. Dengan kekayaan pada usia muda ternyata beliau masih belum merasa cukup. Dilahirkan sebagai bangsa berkulit hitam sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya terutama bergelar warga Amerika Syarikat yang lebih gemarkan orang berkulit putih. Setelah menjalani pelbagai pembedahan plastik termasuk "bleaching", akhirnya beliau menjadi apa yang dihajatinya. Dan mungkin rentetan tersebut album Black and White dilahirkan.

Namun sekali lagi, perkara tersebut masih belum mampu membahagiakan hatinya. Dengan populariti yang dirasai semenjak pada usia kecil telah membuatkan beliau tidak puas untuk merasai zaman kanak-kanak. Tidak hairanlah Peter Pan merupakan watak kartun yang amay digemarinya seolah-olah beliau adalah Peter Pan. Neverland merupakan rumah agamnya yang telah banyak menimbulkan kontroversi termasuk tuduhan kes mencabul kanak-kanak lelaki. Tetapi setelah dibicarakan ternyata beliau bebas daripada tuduhan tersebut.

Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya, ternyata Michael Jackson adalah seorang pejuang. Pejuang yang telah banyak mengorbankan segala-galanya dalam mancari makna kebahagian hakiki. Pembedahan demi pembehan dilakukan adalah untuk membahagiakan dirinya disamping dianggap sebagai diterima masyarakat setelah dirinya merubah rupa kepada yang lebih 'digemari'. Setelah jatuh muflis, beliau tidak terus berdiam diri. Sebaliknya berusaha membina keyakinan dan kehidupan baru. Akhirnya kalimah syahadah terdengar terluah dari bibirnya. Dengan itu Michael Jackson menjadi Mikaeel, seorang lelaki yang akhirnya berjaya menemui jalan yang sebenar dalam menjalani kehidupan di dunia disamping mencapai kebahagian yang dicarinya selama ini...

Michael Jackson, nama yang tidak mungkin dilupakan orang sebagai pejuang!

Tiada ulasan: