Mana kau pergi? Sudah puas ku mencari. Kini ku menunngu. Tetapi kau tetap tidak muncul kembali. Apakah kau sudah lupa atau kau sengaja mahu menguji aku, wahai cinta. Tidakkah kau tahu setiap malam ku ratapi kehilanganmu. Setiap pagi ku mengharap kemunculanmu. Tatkala senja berlabuh, ku terus menanti di tirai hati, apakah kau akan muncul kembali?
Oh, cinta. Tahukah kau betapa aku mendambakan nikmatmu. Tanpamu aku buntu. Tanpamu ku kaku. Tanpamu ku mati. Tapi aku masih belum mahu mati, cinta. Ku mahu cinta mu. Dulu, kala cintamu hadir dalam sanubariku, dunia ceria. Hatiku tenang. Namun, ini juga salahku. Mensia-siakan cintamu. Itu dosaku. Apakah akan kau akan kembali lagi setelah aku merayu padamu? Apakah kau akan hadir lagi setelah aku bersumpah untuk tidak melupakanmu lagi?
Ya, cinta. Aku sedar, betapa aku ini sememangnya tidak layak untuk memiliki mu lagi. Tetapi aku tidak akan putus mengharap dan terus merayu akan kehadiranmu.
Cinta, jangan pernah kau pudar setelah aku tewas pada cinta yang lain. Cinta, jangan kau pergi dari sini. Ku merinduimu. Ku mengharap padamu. Hanya kau, cintaku.
Ya cinta. Ku mahu menemuimu di kala diriku suci. Tetapi aku aku kotor, cinta. Sudikah kau menerima ku lagi,cinta? Ku takut marahmu. Ku takut murkamu. Ku agung hebatmu...kerana Kaulah cintaku. Kaulah cinta sejati...
CINTA, hanya Kau yang dambakan. Biar hidupku, matiku, amalku, solatku, hanya padaMu, CINTA!
Kerana ku tahu bahawa Kau cinta agung. Kaulah Allah. Benar, Kaulah Allah, cintaku!
Jumaat, 12 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan