Pernah tak anda merasa dikhianati kawan sendiri tetapi sebenarnya itu adalah perasaan yang anda sendiri yang ciptakan.
Kawan ni ada banyak jenis, banyak ragam dan banyak rupa. Ada kawan baik, ada sahabat sejati ada kawan biasa. Walau apapun jenis kawan ni, ada yang pelik lagi...Iaitu, kawan milik sendiri! Bahaya tu... Sebab ada juga individu yang menganggap kawannya itu adalah milik dirinya sahaja. Kawannya tidak boleh berkawan dengan orang lain. Setiap masa perlu bersama. Baju mesti sama. Apa yang dibuat mesti dilaporkan...Pendek kata setiap tingkah dan rahsia mesti dikongsi brsama.
Orang sebegini, selalunya merasa 'insecure', rendah diri walau kadang-kadang bongkak, dan suka mendapat perhatian lebih daripada orang lain. Mereka percaya bahawa diri mereka amat disayangi lebih berbanding orang lain dan mesti mendapat apa yang dimahukan. Apabila sahabatnya mula bosan dengan sikapnya dan mempunyai sahabat lain, mulalah dirinya tidak keruan. Deppression tanpa sebarang sebab. Tidak mahu menegur kawannya dan mula menyendiri. Kerana menyangkakan sahabatnya sudah tidak mahu berkawan dengan nya lagi.
DAn lebih parah menyimpan iri dan sakit hati serta menuduh sahabatnya mengkhianati dirinya.
Apabila kita mengenali dengan lebih dekat individu yang mempunyai sikap sebegini, kita perlu lebih banyak bersabar. Menjauhkan diri daripadanya boleh merosakkan lagi keadaan. Jadi, langkah pertama adalah kita memperkenalkan golongan ini dengan persekitaran yang baru dan mula berkenalan dengan lebih ramai orang. Banyakkan berbicara dengannya sekiranya dia mula mendiamkan diri dan seolah-olah merajuk kerana boleh mengalih perhatiannya daripada terus diburu rasa dikhianati.
Individu tersebut pada asasnya adalah golongan yang sering menyendiri dan merasakan bahawa orang lain tidak penting dalam hidupnya dan amat tidak sukakan perubahan. Kalau boleh, semua perkara tidak ada yang boleh berubah. Individu ini seorang yang sangat manja. Dia suka mengongkong orang lain dan amat sukakan belaian daripada sahabatnya(jangan salah faham. Bukan songsang,k). Golongan ini juga kadang-kadang seorang mudah terasa hati dan mudah untuk meinta maaf walaupun bukan salahnya. Paranoid dengan kemungkinan yang pelik seperti tidak disukai ramai orang sedangkan ramai yang menyukainya.
Dalam merawat masalah ini, samaada si pelaku mahupun orang di sekelilingkedua-duanya haruslah memahami punca sebenar. Bagi si pelaku, dia harus memahami kehendak diri sendiri terlebih dahulu. Kaji selidik apa yang diinginkan sebenarnya dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya perasaan cemburu datang, cepat-cepat bersabar dan bertenang. Jangan sesekali berprasangka buruk terhadap orang lain. Jangan mementingkan diri sendiri. Bertenang dan fikir tentang perasaan orang lain sekiranya perkara yang sama menimpanya.
Bagi orang lain, mereka harus memahami golongan sebegini kerana mereka lain daripada yang lain. Tetapi jangan sesekali terlalu manjakan mereka. Tegur mereka, jangan marah mereka. Jiwa yang sensitif boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan kerana selain sifat-sifat yang dinyatakan, si pelaku adalah seorang yang pemendam dan pendendam.
Kepada anda yang mempunyai sifat-sifat seperti si pelaku, cuba minta nasihat dan bermohon kepada Allah agar hati sentiasa bersih dan baik. Tetapi sekiranya gagal...Anda mungkin mengalami masalah Obsesi. Jaga-jaga kerana jika tidak dibendung anda mungkin parah dan boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain.
~Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, Jiwa akan menjadi tenang~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan