Isnin, 29 Jun 2009

Tinggal kenangan

Setiap hari, setiap jam, setiap masa dan setiap detik menantikan kelahiran dan kematian. Kelahiran adalah berita gembira dalam menyambut nyawa baru ke dunia. Manakal kematian adalah kesedihan dan perkabungan dalam mengucapkan selamat tinggal kepada nyawa yang telah tiada di dunia ini, meninggalkan dunia buat selamanya.

25 Jun 2009 mencatatkan sejarah dunia apabila lagenda bintang pop atau lebih dikenali sebagai Raja Pop dunia iaitu Michael Jackson telah kembali ke rahmatullah. Pemergian beliau amatlah ditangisi oleh peminatnya seluruh dunia. Bahkan pelbagai rancangan di televisyen sengaja diadakan demi untuk memperingati kehebatan beliau di atas pentas. Dan sekelip mata, jutaan pujian diberikan kepadanya. Bagi yang mencaci terus terdiam dan membisu setelah menerima berita tragis ini.

Michael Jackson bermula sebagai penyanyi bersama-sama dengan saudaranya di dalam kumpulan yang amat dikenali iaitu Jackson 5. Namun, beliau lebih gemar bergiat sebagai artis solo. Kemunculan album THRILLER merupakan album yang telah terjual lebih 50 juta menjadikan album tersebut sebagai album terlaris sepanjang zaman di mana belum ada lagi album yang pernah terjual sebanyak itu...

Namun, perjalanan sebagai artis tidak cukup untuk membahagiakannya. Dengan kekayaan pada usia muda ternyata beliau masih belum merasa cukup. Dilahirkan sebagai bangsa berkulit hitam sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya terutama bergelar warga Amerika Syarikat yang lebih gemarkan orang berkulit putih. Setelah menjalani pelbagai pembedahan plastik termasuk "bleaching", akhirnya beliau menjadi apa yang dihajatinya. Dan mungkin rentetan tersebut album Black and White dilahirkan.

Namun sekali lagi, perkara tersebut masih belum mampu membahagiakan hatinya. Dengan populariti yang dirasai semenjak pada usia kecil telah membuatkan beliau tidak puas untuk merasai zaman kanak-kanak. Tidak hairanlah Peter Pan merupakan watak kartun yang amay digemarinya seolah-olah beliau adalah Peter Pan. Neverland merupakan rumah agamnya yang telah banyak menimbulkan kontroversi termasuk tuduhan kes mencabul kanak-kanak lelaki. Tetapi setelah dibicarakan ternyata beliau bebas daripada tuduhan tersebut.

Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupannya, ternyata Michael Jackson adalah seorang pejuang. Pejuang yang telah banyak mengorbankan segala-galanya dalam mancari makna kebahagian hakiki. Pembedahan demi pembehan dilakukan adalah untuk membahagiakan dirinya disamping dianggap sebagai diterima masyarakat setelah dirinya merubah rupa kepada yang lebih 'digemari'. Setelah jatuh muflis, beliau tidak terus berdiam diri. Sebaliknya berusaha membina keyakinan dan kehidupan baru. Akhirnya kalimah syahadah terdengar terluah dari bibirnya. Dengan itu Michael Jackson menjadi Mikaeel, seorang lelaki yang akhirnya berjaya menemui jalan yang sebenar dalam menjalani kehidupan di dunia disamping mencapai kebahagian yang dicarinya selama ini...

Michael Jackson, nama yang tidak mungkin dilupakan orang sebagai pejuang!

Jumaat, 19 Jun 2009

Persahabatan: Perempuan Tak Boleh Kawan Dengan Lelaki...?

Persahabatan: Perempuan Tak Boleh Kawan Dengan Lelaki...?

Persahabatan berputik dari kepercayaan daripada seorang teman kepada teman yang lain. Persahabatan boleh dibina dengan satu perkataan iaitu CINTA dan juga boleh dimusnahkan dengan satu perkataan yang juga CINTA.

Cinta sesama sahabat lain maknanya dengan cinta antara kekasih. Alangkah indahnya persahabatan kita andai kita ikhlas untuk berkawan dengannya dan bukan ada niat yang lain. Dengan kalimat cinta yang membawa niat lain mampu memusnahkan persahabatan yang kita bina. Sebab itu ramai yang menyatakan:

~Friendship can never be a lover, But Lover can be a friendship~
Dalam bersahabat antara lelaki dengan perempuan, kita perlu menjaga mata, hati, tutur kata dan perlakuan. Kerana fitrahnya lelaki akan tertarik dengan wanita dan wanita juga pasti tertarik dengan lelaki. Bukan perkara yang ajaib sekiranya kawan lelaki akan jatuh cinta dengan kawan wanitanya. Dan ternyata perkara ini pasti melukakan hati wanita tersebut. Melainkan mereka sama-sama menjalinkan hubungan persahabatan atas dasar untuk mengenali diri masing-masing dan seterusnya menuju perigkat yang lain lagi.
Hormat, Ikhlas...Dua perkara penting dalam bersahabat antara lelaki dan wanita. Tidak salah untuk berkawan berlainan jantina. Cuma janganlah sampai timbul niat-niat nakal. Daripada niat-niat terpesong ini bermulalah dengan permainan perasaan. Kedua mereka akan bermula dengan permainan kata dengan SMS. Dari biasa menjadi luar biasa.
Bercinta pada asasnya tidak salah. Yang membuatkan salah apabila kedua-dua pihak menjurus kepada perlakuan sumbang samaada yang terlihat mahupun yang tersembunyi. Adalah lebih baik mengambil langkah yang lebih selamat iaitu menjaga mata dan hati daripada fitnah ini.
Andai kedua-dua sudah suka sama suka, makanya kahwin sahaja. Jika belum mampu dan ibubapa masih tak izinkan, makanya tak usah bercinta. Tahan-tahan saja ya. Minta pada Allah agar hati kita ini dijaga, tidak diberi fitnah itu.
Semoga kita semua selamat daripada fitnah persahabatan dan dijaga dari fitnah percintaan yang belum tentu masa depannya.
~Maaf ya, kalau ada yang tersilap. Saya ini manusia biasa~

Rabu, 17 Jun 2009

Persahabatan: Dikhianati/Perasaan Sendiri

Persahabatan: Dikhianati/Perasaan Sendiri
Pernah tak anda merasa dikhianati kawan sendiri tetapi sebenarnya itu adalah perasaan yang anda sendiri yang ciptakan.

Kawan ni ada banyak jenis, banyak ragam dan banyak rupa. Ada kawan baik, ada sahabat sejati ada kawan biasa. Walau apapun jenis kawan ni, ada yang pelik lagi...Iaitu, kawan milik sendiri! Bahaya tu... Sebab ada juga individu yang menganggap kawannya itu adalah milik dirinya sahaja. Kawannya tidak boleh berkawan dengan orang lain. Setiap masa perlu bersama. Baju mesti sama. Apa yang dibuat mesti dilaporkan...Pendek kata setiap tingkah dan rahsia mesti dikongsi brsama.

Orang sebegini, selalunya merasa 'insecure', rendah diri walau kadang-kadang bongkak, dan suka mendapat perhatian lebih daripada orang lain. Mereka percaya bahawa diri mereka amat disayangi lebih berbanding orang lain dan mesti mendapat apa yang dimahukan. Apabila sahabatnya mula bosan dengan sikapnya dan mempunyai sahabat lain, mulalah dirinya tidak keruan. Deppression tanpa sebarang sebab. Tidak mahu menegur kawannya dan mula menyendiri. Kerana menyangkakan sahabatnya sudah tidak mahu berkawan dengan nya lagi.

DAn lebih parah menyimpan iri dan sakit hati serta menuduh sahabatnya mengkhianati dirinya.
Apabila kita mengenali dengan lebih dekat individu yang mempunyai sikap sebegini, kita perlu lebih banyak bersabar. Menjauhkan diri daripadanya boleh merosakkan lagi keadaan. Jadi, langkah pertama adalah kita memperkenalkan golongan ini dengan persekitaran yang baru dan mula berkenalan dengan lebih ramai orang. Banyakkan berbicara dengannya sekiranya dia mula mendiamkan diri dan seolah-olah merajuk kerana boleh mengalih perhatiannya daripada terus diburu rasa dikhianati.

Individu tersebut pada asasnya adalah golongan yang sering menyendiri dan merasakan bahawa orang lain tidak penting dalam hidupnya dan amat tidak sukakan perubahan. Kalau boleh, semua perkara tidak ada yang boleh berubah. Individu ini seorang yang sangat manja. Dia suka mengongkong orang lain dan amat sukakan belaian daripada sahabatnya(jangan salah faham. Bukan songsang,k). Golongan ini juga kadang-kadang seorang mudah terasa hati dan mudah untuk meinta maaf walaupun bukan salahnya. Paranoid dengan kemungkinan yang pelik seperti tidak disukai ramai orang sedangkan ramai yang menyukainya.

Dalam merawat masalah ini, samaada si pelaku mahupun orang di sekelilingkedua-duanya haruslah memahami punca sebenar. Bagi si pelaku, dia harus memahami kehendak diri sendiri terlebih dahulu. Kaji selidik apa yang diinginkan sebenarnya dalam sesebuah perhubungan. Sekiranya perasaan cemburu datang, cepat-cepat bersabar dan bertenang. Jangan sesekali berprasangka buruk terhadap orang lain. Jangan mementingkan diri sendiri. Bertenang dan fikir tentang perasaan orang lain sekiranya perkara yang sama menimpanya.

Bagi orang lain, mereka harus memahami golongan sebegini kerana mereka lain daripada yang lain. Tetapi jangan sesekali terlalu manjakan mereka. Tegur mereka, jangan marah mereka. Jiwa yang sensitif boleh membawa kepada pergaduhan dan permusuhan kerana selain sifat-sifat yang dinyatakan, si pelaku adalah seorang yang pemendam dan pendendam.

Kepada anda yang mempunyai sifat-sifat seperti si pelaku, cuba minta nasihat dan bermohon kepada Allah agar hati sentiasa bersih dan baik. Tetapi sekiranya gagal...Anda mungkin mengalami masalah Obsesi. Jaga-jaga kerana jika tidak dibendung anda mungkin parah dan boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain.

~Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, Jiwa akan menjadi tenang~

Lagu: Masih Jelas

Lagu: Masih Jelas

Lagu tok nang lagu peberet kamek. Masih Jelas. Sesuai ngan tajuknya, nang masih jelas gik masa Hafiz ngembak lagu tok waktu konsert akhir AF7 ria. Sebenarnya yalah kali pertama kamek nangga AF7, yapun dah konsert ahe...Sik pa, ahe pun ahe la. Asal ada nangga. Sik la dikata sikalak nangga padah urang kelak owh. Hehe... Jom, layan!!!!


Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi
Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasihYang dilanda, y
ang dilanda
Kehilangan..
Chorus:
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku
Ratib sendu..
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan
(ulang chorus)
Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku
(ulang verse 1)

Haha...nang bes sora apis(Hafiz). Lagu tok nang bes, p lawak juak mun dengar. Lebih-lebih gik part chorus. Macam berkedut jak orang nak dipadahnya. Ampe juak ingat garisan halus, lekuk-lekuk (kedutlah ya nak. haha). Tapi nak, sik paham lah pa nak dipadahnya dalam rangkap 2. Penjara, simpati, kekasih, kehilangan. Nok po yo? Nintauk eh!..em...papa jaklah...

Isnin, 15 Jun 2009

SARAWAK: Ibu Pertiwiku

SARAWAK: Ibu Pertiwiku

Mala jak kamek tok kelaka hal kahwin lah, persahabatanlah...k kali tok kamek mok konsi topik LAGU. K pemulaan tok, kita stat lok ngan lagu negri kita-SARAWAK IBU PERTIWIKU. Iboh padah kitak orang sik tauk lagu tok. Nang bulak mena. Lainlah kitak urang tok dah bukan urang negri Sarawak. Mun Ingat-ingat lupak, juh kamek ngingat balit sarikata lagu ya...

Sarawak tanah airku
Negeri ku tanah air ku
Sarawak...
Engkaulah tanah pusaka ku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku

Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damaimu hiba sentiasa
Bersatu, berusaha, berbakti
Untuk SARAWAK ku cintai

Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah SARAWAK bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya, Berdaulat...

GAH! BANGGA! TERHARU!
Tiada kata yang mampu diucapkan selain perasaan kasih dan cinta terhadap negeri setelah menyanyikan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku.

Tak kira di mana jua rakyat Sarawak berada, kami tetap menjunjung lagu ini sebagai lagu terbaik kami. Kami semat, kami tanamkan dalam jiwa kami bahawa Sarawak adalah tumpah darah yang tidak mungkin kami lupakan sampai bila-bila.

Mengenai bait-bait lagu ini, dapat digambarkan bahawa setiap rakyat negeri Sarawak amat mencintai dan menghargai negeri bumi kenyalang ini. Dalam rangkap pertama lagu, Rakyat Sarawak berkali-kali menekankan bahawa SArawaklah negeri yang dicintai, dan hanya hak milik mereka. Pernyataan bahawa Sarawak tanah air, tanah pusaka dan tanah tumpah darah menggambarkan rakyat Sarawak akan berjuang untuk mempertahankan negeri ini walau apa-apa pun yang akana terjadi.

Dalam rangkap kedua lagu, rakyat Sarawak digambarkan sebagai rakyat yang hidup aman rukun dan damai. Perhubungan sesama rakyata terjamin makmur dan memahami antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Kesatuan yang ditunjukkan sesama rakyat juga membentuk masyarakat yang sentiasa berusaha bagi memastikan negeri tercinta maju selain berbakti kepadanya. Dan semua itu adalah untuk menggambarkan betapa semua rakyat Negeri Sarawak amat mencintai dan menyayangi negeri ini dengan sepenuh hati. Dan atas nama kemerdekaan yang telah Sarawak kecapi, kami sebagai rakyat Sarawak akan terus berjuang membangunkan negeri dan mempertahankan kedaulatannya tanpa da yang mampu mengganggu gugat kesejahteraan negeri tercintai ini.


Dalam rangkap ketiga, barulah dinyatakan SArawak merupakan salah satu negeri di dalam Malaysia. Bukan tidak mengutamakan Negara sendiri, akan tetapi asal-usul perjuangan dan sejarah telah membuatkan rakyat Sarawak lebih mencintai negeri ini. Rakyat Sarawak amat berterima kasih di atas kesudian Tanah Melayu untuk bergabung dengan Sarawak untuk membentuk sebuah negara Malaysia pada 13 September 1963 seterusnya memberikan kemerdekaan negeri ini selama beratus tahun di bawah jajahan Inggerus atas pimpipinan Brooke yang amat nyata mengeksploitasi kekayaan negeri ini. Dan atas nama kemerdekaan yang telah Sarawak kecapi, kami sebagai rakyat Sarawak akan terus berjuang membangunkan negeri dan mempertahankan kedaulatannya tanpa da yang mampu mengganggu gugat kesejahteraan negeri tercintai ini. Kedaulatan Sarawak adalah teras perjuangan rakyat SArawak!

KERANA KAMI ANAK SARAWAK!

Oi, kitak urang semua! Iboh sekali-kali kita tok nak lupak negri kita. Walau seney-seney pun kita ngaji, kereja, diam, tok negri Sarawak akan tetap nunggah kita untok bersama dengannya.
Iboh kita lupak bahasa kita. Iboh kita lupak adat budaya kita. Iboh kita lupak kesopanan kita. Iboh kita nak merik malu ngan negri kita.

MELAYU MELANO IBAN BIDAYUH KENYAH KELABIT PENAN PUNAN LAHANAN LUNBAWANG VISAYA BISAYA KEDAYAN ORANG ULU CINA INDIA

Sik ngira bansa, kita tetap anak SARAWAK. Laungkan semangat cintakan tanah air.

Sabtu, 13 Jun 2009

Kahwin: Jangan Pandang Sebelah Mata

Kahwin: Jangan Pandang Sebelah Mata

Wah, kacaknya dia!
Dia kaya. Aku mahukannya.
Bergayanya dia. Pasti untung sesiapa yang memilikinya.

Eww, tak naklah dia tu! Dahlah tak handsome, miskin pulak tu.
Aw, nerd nya. Siapalah yang malang yang akan jadi pasangannya?

Alahai, memilih sangatlah. Tak kira lelaki mahupun wanita menyukai sesuatu dengan hanya melihat sahaja. Yang cantik dan kacak pasti menjadi pilihan. Yang kurang manis letak ke tepi. Yang kaya dipandang tinggi. Kalau setakat cukup-cukup makan, lupakan saja!

Aik, janganlah macam tu. Tak semua sempurna.

~Dari 'Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah saw bersabda: "Wanita, rumah dan kuda, ada segi-seginya yang tidak baik."

See!Tak semua sempurna...Mari kita renung-renungkan hadis di bawah...

Dari Sahl r.a., katanya: Ada seorang laki-laki lewat di depan Rasulullahsaw. Rasulullah saw bertanya kepada para sahabat baginda: "Bagaimana pendapatmu tentang laki-laki ini?" Mereka menjawab: "Orang ini, kalau ia meminang, pinangannya hendaklah diterima. Kalau ia minta tolong, harus ditolong. Kalau ia berbicara, harus didengar." Rasul diam saja mendengar jawapan itu. Setelah itu lewat pula seorang laki-laki Islam yang miskin. Rasul bertanya lagi: "Bagaimana pendapatmu tentang orang ini?" Merek menjawab: "Orang ini kalau meminang jangan diterima, kalau ia minta tolong jangan ditolong, kalau ia bericara jangan didengar." Lalu Rasulullah saw berkata: "Orang ini lebih baik dari sepenuh bumi orang seperti tadi".
~Sahih Bukhari~

Makanya, kita tidak boleh menilai baik dan buruk seseorang itu hanya kerana luarannya sahaja. Yang cantik jangan dipuja. Yang jelik jangan dihina. Yang kaya jangan dipandang mulia, yang miskin janganlah dicerca...Sama-sama ada lebih, adalah yang kurang. Kita mesti terima seadanya.

Kahwin: Wanita Sebagai Rumah

Kahwin: Wanita sebagai Rumah

Pada tahun 2007, waktu itu saya sedang menuntut di UiTM di semester 3. Kami diminta untuk menyiapkan dan membentangkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah untuk matapelajaran Kekeluargaan Islam. Kumpulan saya diberi tajuk Pasangan Pilihan:Cara Mencari Jodoh. Dan saya pada waktu itu ditugaskan untuk membuat bagaimana lelaki mencari jodoh. Pada waktu itulah timbulnya idea dan teori wanita sebagai rumah. DAn syukur, pensyarah amat tertarik dengan penyampaian dan teori yang sya bentangkan. Dan saya sangat gembira untuk berkongsi dengan anda semua. Moga-moga pemahaman kita dalam mencari jodoh masing-masing dapat dipertingkatkan seterusnya sebagai panduan untuk kita.

Dari Abu Hurairah r.a.; Rasulullah saw bersabda: "Wanita dikahwini kerana empat hal: kerana harta bendanya, kerana status sosialnya, kerana keindahan wajahnya, dan kerana ketaatannya kepada agama. Pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan bahagia." ~Sahih Bukhari~

Kerana harta bendanya. Dalam zaman dunia yang menuntutkan wang ringgit dalam seharian, ramai juga yang meletakkan kekayaan sebagai ciri utama dalam memilih pasangan hidup. Sebahagian lelaki percaya, apabila wanita yang mahu dikahwininya stabil dalam soal kewangannya, maka adalah mudah bagi mereka melayari bahtera perkahwinan. Di sini, saya mahu membawa anda semua untuk memahami makna anatara harta benda dan rumah.
Harta benda dapat kita umpamankan sebagai wang dalam sesebuah rumah atau keluarga. Dengan wang yang banyak, kita dapat menghias rumah dengan membeli pelbagai perkakasan yang cantik, mahal dan berkualiti tinggi. Kita mampu untuk membuat rumah yang lebih besar dengan dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta dengan taman-taman. Pastinya kita seronok dan bangga dengan rumah yang kita miliki itu.

Kerana status sosialnya. Status sosial ialah kedudukan wanita itu dalam masyarakat dan keturunannya. Hari ini, kita sering mendengar bagaimana sebahagian ibubapa meletakkan keturunan sebagai pilihan utama dalam memilih jodoh anak masing-masing. Sebagai contoh, Syed mestilah kahwin dengan Sharifah, Awang dengan dayang, Tengku pasti dengan Tengku, anak dato' mesti dipadankan dengan anak dato' yang lain, dan sebagainya. Bagi mereka, dengan nama yang mereka junjung itu kelak akan melahirkan anak yang dipandang tinggi dan dihormati lanataran kerana keturunan bangsawan yang mereka warisi. Kita kaitkan pula keturunan dengan pembinaan rumah. Dengan reputasi arkitek, kontraktor dan kepakaran para jurutera dalam pembinaan sesebuah rumah, pasti semua kita mahukan yang berkualiti tinggi. Kerana dengan reputasi tersebut, rumah akan terjamin selamat, selesa dan menenangkan.

Kerana keindahan wajahnya. Semua manusia sukakan kecantikan. Itu fitrah kita semua. Sang pemuda pastinya sukakan gadis yang cantik dan rupawan. Sekiranya mereka berjaya menawan hati gadis yang menjadi kegilaan ramai, pasti lelaki itu berasa bangga apatah lagi berjaya memilikinya sebagai isteri. Begitu juga dengan rumah yang kita bina. Pastinya kita semua mahukan rumah kita itu diserikan dengan hiasan yang cantik, dicat dengan warna yang menarik, dilengkapi dengan keindahan taman bunga yang indah. Hiasan dalaman yang menarik pasti merehatkan si pemilik.

Kerana ketaatan agamanya. Agama yang dimaksudkan semestinya Islam. Ketaan agama dapatlah diandaikan sebagai tapak rumah tersebut. Tak kira di mana-mana pun rumah yang kita bina, kita memerlukan tapak yang kukuh. Di tebing sungai, di atas lautan, di atas dataran tanah yang lapang... Semua itu memerlukan tapak asas yang kukuh bagi menjamin keselamatan rumah yang ingin kita bina dan miliki. Walau bagaimana cantik pun rumah itu, andai mudah roboh, tiada gunanya. Pakar macam manapun orang yang membuat rumah, kalau tapak binaan tidak selamat, tiada siapa yang berani mendiaminya. Walau mahal sekalipun perhiasan rumah kita, andai tapak rumah yang kita diami mudah runtuh, siapapun tidak mahu memiliki rumah tersebut. Begitulah wanita. Dengan asas dan penghayatan agama yang cemerlang dan dilengkapi dengan akhlak yang mulia, siapapun akan selamat bersama dengannya.

Ingatlah, kekayaan tidak berkekalan selamanya.Keturunan tidak menjamin baka yang mulia. Kecantikan akan pudar dengan sendirinya. Hanya iman dan amalan yang soleh akan kita bawa ketika mati. Dengan iman, wanita dapat mendidik anak-anak menjadi soleh solehah. Dengan iman, kecantikan wanita akan terserlah dengan sendirinya. Denagn iman, wanita akan sentiasa merasa cukup dan kaya dengan sendirinya...

Semoga kita semua mendapat pasangan yang baik untuk diri masing-masing.

Kahwin: Tak Nak?

Perkahwinan merupakan perkara yang sangat dinanti-nantikan dalam kehidupan seorang manusia yang inginkan ketenangan dan kebahagian. Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan yang haram, tetapi merupakan tuntutan kerohanian yang amat dikehendaki oleh agama. Sehinggakan ada yang menyatakan melaksanakan perkahwinan umpama telah melengkapkan sebahagian iman itu sendiri.

Namun, dalam senario masa kini ramai yang berpendapat berkahwin bukanlah pilihan utama dalam kehidupan. Bagi yang tidak mengenal akan akhlak yang baik, mereka tegar untuk melakukan zina kerana bagi mereka itu hanya untuk memenuhi tuntutan fizikal, kehendak biologi masing-masing. Tidak kurang pula ada yang menyatakn perkahwinan hanyalah ritual atau adat yang hanya membebankan sesiapa yang berkahwin kerana menyekat kebebasan mereka dalam berhubungan antara lelaki dan wanita.

Selain itu, ada juga sebahagian kita menolak institusi perkahwinan atas alasan mengganggu ibadah seharian setelah berkahwin. Dalam hal ini, adalah baik untuk kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Mengimbas kembali yang ada dinyatakan di dalam hadis Sahih Bukhari yang bermaksud:

Dari Anas bin Malik r.a., katanya:
Ada tiga orang lelaki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi s.a.w. bertanya tentang ibadat baginda. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan apa yang dilakukan Nabi saw itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa baginda yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang daripada mereka barkata : "Untuk saya, saya akan selalu sembhyang sepanjang malam selama-lamanya". Orang kedua berkata: " Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: " Saya tidak akan pernah mendekati wanita. SAya tidak akan kahwin selama-lamnya."
Setelah itu Rasulullahsaw datang. Baginda bersabda:" Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! SAya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya sembahyang dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mau mengikuti sunnahku, tidak termasuk ke dalam golonganku."

Nah, di sini kita dapat simpulkan bahawa sesiapa yang menolak perkahwinan bukanlah tergolong dalam golongan umat Nabi saw. Janganlah kerana kita terlalu mengejar ukhrawi, sehingga kita lupa akan dunia yang kita duduki. Untuk mendapat kebahagian akhirat, terlebih dahulu kita bersiap sedia dengan bekalan, iaitu dengan mengejarkan pekerjaan yang baik yang diredha Allah dan itu adalah di atas muka bumi ini sebelum kita mati.

Akan tetapi tibul pula persoalan akan kesanggupan seseorang itu berkahwin dan kemudaratan yang bakal dibawa oleh seseorang itu kepada orang yang dikahwini. Dalam persoalan ini, adalah baik untuk kita menghayati apa yang telah dinyatak oleh Nabi saw.

Daripada 'Abdullah r.a., katanya:
"Di zaman Rasulullah, kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah saw berkata kepada kami: "Hai para pemuda! Siapa yang mampu berumahtangga, kahwinlah! Perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi sesiapa yang tidak sanggup kahwin, berpusalah, kerana puasa itu benteng baginya."

Adapun mampu yang dimaksudkan adalah dari pelbagai sudut. Bukan dari sudut fizikal semata-mata. Kesediaan mental untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami bagi seorang lelaki dan tanggungjawab seorang isteri bagi seorang wanita adalah yang paling dituntut. Lelaki hendaklah tahu mendidik isteri dengan sebaiknya agar dapat menjaga kerohanian rumahtangga selain tiada sangsi antara suami terhadap isterinya. Isteri pula, hendaklah pandai menjaga kerukunan rumahtangga dan mendidik anak-anak agar menjadi soleh dan solehah seterusnya membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi di masa akan datang.

Jumaat, 12 Jun 2009

A Little About Me

I am a little person. That is a little about me! haha. Just kidding. Talking about kidding, now i remember something. It happened years ago when I was in Secondary school, Sekolah Menengah Sains Kuching(Love the school). I had a classmate. We were chatting when suddenly a friend of us was coming to us. He just playing around. Then I was joking about something to my friend. And he was listening and asked about what I said...Then I said-nothing.Just kidding- Well, if you were there, I'm sure you can see his face turned red. Then, I felt a world just stopped. Then I realized, oh...kidding is his father's name. By the way, in Sarawak, the fathers' names are very sensitive. We are not allowed to speak out others' fathers' names unpurposely...

My former schools are Sekolah Rendah Kerajaan Matang, Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Mohammed. Sekolah Menengah Kerajaan Agama SHOAW for only six month. But still, means alot to me. Sekolah Menengah Sains Kuching, Where I spent Many years at that school. A lot space in memory I used to keep them when I was there. Hohoho...

My college year, I failed to continue at the university as an undergraduate student. Then, I applied at UiTM( Diploma in Science). Alhamdulillah, I managed to. Now, I just finish my study as a Diploma student...I am waiting for the result of Undergraduate admission this 19th...

My love story...I can say-none! I do have a close relationship with a guy...But then I declared as my best-friend. We never do the love-stuff. Just friend. Shared our thoughts...I always hoping that he will be my best friend and find another girl that suits him. For the future...I am thinking about married. But with whom? That is mystery! Having a good husband, nice kids...what else could I ask for? But, now is not the time. Wait and see. I won't let myself to 'bergerek' before i get married. That is my mission(cheh!)

I love reading. Did i say reading? Yeah...reading!!!I love to read...When i read, i was just enter a new world. Just me and the characters. And of course I am the hero.Haha...Not just that. By reading I can get more and more informattion about something. Hey, sometime I can become the genius among the friends because I read a lot. But I never be a top student. Ever! Haha... Well, I think that is a gift. Alhamdulillah...
Playing computer games. Yeah...Can I say it be my part time job as well? So far, I have more than 10 collections of games-counter strike, the sims(1,2,3, city), silent hill, resident evil, need for speed(more than 6), command and conquer, world cup football, tycoon city,CSI,rise of nation...many more.
I also have collections of anime-one piece(my fav), bleach, full metal alchemy,GTO...the rest i dont really recall them.so many...
Collections of books. I can have a mini library. the genre-love stories(more than 15), hadith(more than 2), tafsir, quran, motivation(more than 3),education(countless.haha),health(more than 5),politic,sport...aiyo,much more...

I love green, red, white(most),black...I eat almost anything but not the harem, curry(allergy), tempe(no way!)...I love all the fruits but not apple. people say, an apple keeps the doctors away. I guess that's why I have to see the doctor many times.hoho...
Gardening... Cooking is not my hobby. But It is my job at home. So far I can make sambal, curry, soups, masak merah, gulai ikan, masak kicap, nasi lemak...all the basic of sarawaks' malay cuisines...

My friends...Geng Kanak-kanak riang with pjot,sarina, yani, akma, flori, dilah, taliah, an, nono, ezza, nadya, nani, yatiLen, yatiZul...Geng santubong-Syirah,Khai,Elly, Awza,Ain,AFasha(haha),Mizan(also my xrumie)...Not to forget jihah(teman sepanjang masa), daie(ulat komik bersama)...Siti Salbiah(besfren time kecik.hehe...sori Siti...)...All girls...haha.I am the shy one.Having a boy friends...can be considered as classmates,schoolmates, partners in project, a friend of friend...

Sensitive, that is what I am...hoho...I love cars! Sports! But dont like make up. My skin is so sensitive. If I put eye shadow, my eyes irritate. If I put a blusher, my cheek swallow. I only put some compact powder, lips balm and sometime eyeliner...that's all...

Oh, Geniusnya Dia!

Allah, bergetar jiwaku
Allah, menggigil tubuhku
Allah, takutnya daku
Allah, tangislah aku

Allah Maha bijaksana. Bagaimana tu?
Laa... Takkanlah tak nampak. Segala yang di langit dan di bumi, bukankah itu semua ciptaan Allah.

Tapikan, bukankah robot, kereta, bangunan, apa lagi ye... macam-macamlah...Manusia jugak yang buat tu semua...
Itu memang benar. Nampaknya kau masih tak nampak. Allah yang menciptakan manusia. Semua yang manusia buat, cipta datangnya daripada buah akal fikiran. Bukankah akal dan fikiran juga datangnya dari Allah? Nah, ternyata Allah lebih genius daripada manusia. Ni, aku nak kongsi sedikit pemahaman aku tentang betapa Allah itu Maha Genius...
Kau tau kosong kan?0...bulatkan? Planet-planet kebanyakannya sfera(sphere), bulat! dan kenapa benda bentuk bulat mudah digerakkan, diputarkan...dan kenapa Allah pilih bentuk tu?Sebabnya mudah jer...Sebab Allah hendakkan begitu. Bukankah dengan hanya berkata-Kun fayaku- Jadi maka jadilah...nah hebat pulak tu. Dia nak apa-apa pun ikut suka Dia...berbalik kat bulat tu. Kita kan belajar math. Digit 0 ni banyak pengertian dan fungsinya kan. Bermula dengan 0, juga berakhir dengan 0.

Aik macam mana tu? Tak paham la aku.
okey, macam nie...positive infinity adalah nombor yang terlalu besar sampai kita pun tak larat nak namakan apa, dan tak mampu nak tulis kita namakan sebagai positive infinity. Dan positive infinity ni jugak adalah bermaksud menghampiri 0. Dan kita juga boleh nyatakan sebagai 0. Negative infinity ni pulak, nombor yang terlalu kecil sehinggakan kita tak tau nak julatkan kat mana. Lebih kecil sehing pico,nano, atto...dan entah apa-apa entah, aku pun tak ingat fizik...kita pun tak tau kecil tu memang kecil. Lantas kita nyatakan sebagai negative infinity. Maknanya sama dengan menghampiri 0. Nah, Kalau terlalu besar kita katakan sebagai menghampiri kosong, terlalu kecil kita katakan sebagai menghampiri kosong, maka samalah dengan bulat. Macam roda...Balik-balik, pusing-pusing kosong jugak...

Tak paham. Apa pulak kaitan dengan genius tu?
Dengan hanya sekadar bulat, kosong, sfera...kita dapat hidup sehingga kini. Dengan 0, pelbagai masalah dapat kita selesaikan. Math, Sains, Psikologi, kemanusiaan, perniagaan, komputer...bahkan semua memerlukan logik sifar sebagai panduan...kita bermula dengan tiada menjadi ada sampailah kita mati sebagai tiada,0.Kita tak pandai,otak kosong. Lepas tu ita ada sampai terlalu bijak...Pastu kita sakit, tua, mati...kosong,0! Kita hidup kadang-kadang gembira, lepas tu sedih pastu kembali gembira...kan macam roda tu...bulat!

A'ah...dengan kosong sahaja...Allahu akbar!!!
Subhanallah
Alhamdulillah
Lailaha illallah
Allahu akbar

Cinta:Aku Tewas Lagi

Mana kau pergi? Sudah puas ku mencari. Kini ku menunngu. Tetapi kau tetap tidak muncul kembali. Apakah kau sudah lupa atau kau sengaja mahu menguji aku, wahai cinta. Tidakkah kau tahu setiap malam ku ratapi kehilanganmu. Setiap pagi ku mengharap kemunculanmu. Tatkala senja berlabuh, ku terus menanti di tirai hati, apakah kau akan muncul kembali?

Oh, cinta. Tahukah kau betapa aku mendambakan nikmatmu. Tanpamu aku buntu. Tanpamu ku kaku. Tanpamu ku mati. Tapi aku masih belum mahu mati, cinta. Ku mahu cinta mu. Dulu, kala cintamu hadir dalam sanubariku, dunia ceria. Hatiku tenang. Namun, ini juga salahku. Mensia-siakan cintamu. Itu dosaku. Apakah akan kau akan kembali lagi setelah aku merayu padamu? Apakah kau akan hadir lagi setelah aku bersumpah untuk tidak melupakanmu lagi?

Ya, cinta. Aku sedar, betapa aku ini sememangnya tidak layak untuk memiliki mu lagi. Tetapi aku tidak akan putus mengharap dan terus merayu akan kehadiranmu.

Cinta, jangan pernah kau pudar setelah aku tewas pada cinta yang lain. Cinta, jangan kau pergi dari sini. Ku merinduimu. Ku mengharap padamu. Hanya kau, cintaku.

Ya cinta. Ku mahu menemuimu di kala diriku suci. Tetapi aku aku kotor, cinta. Sudikah kau menerima ku lagi,cinta? Ku takut marahmu. Ku takut murkamu. Ku agung hebatmu...kerana Kaulah cintaku. Kaulah cinta sejati...

CINTA, hanya Kau yang dambakan. Biar hidupku, matiku, amalku, solatku, hanya padaMu, CINTA!
Kerana ku tahu bahawa Kau cinta agung. Kaulah Allah. Benar, Kaulah Allah, cintaku!

Diploma:Syukur...Lepas tu?

Penantian selama hampir sebulan selepas selesai peperiksaan terakhir di UiTM Smarahan telah berakhir. Meskipun keputusan peperiksaan agak menurun berbanding semester sebelum ini, aku tetap bersyukur...Gelaran Anugerah Dekan yang ku pegang sepanjang semester lepas ternyata bukan milikku lagi setelah aku memperolehi 3.29 sahaja. Syukur...Sekurang-kurangnya aku berjaya menamatkan Diploma Sains dengan jayanya tanpa ada catitan kesalahan disiplin di sana...Alhamdulillah

Selepas ini, aku akan menanti lagi untuk keputusan kemasukan ke universiti untuk pengajian Sarjana Muda...Mudah-mudahan tawaran yang bakal ku terima nanti akan memberikan harapan baru untuk aku terus berjaya.

Buat kawan-kawanku semua, semoga kalian berjaya dan bahagia selalu. Buat rakan yang pernah menjadi teman sebilik denganku, "Kamek suka gilak sebilit ngan kitak.Selalu nulong kamek".Buat rakan-rakan sekelas, "Kamek mok mintak maap sebab kamek sik bgaul gilak ngan kitak orang. Bukan lawa,pi kamek malu. Kamek kan pemalu ngan pendiam.Hehe".

Kegagalan bukan hukuman...Buat rakan-rakan yang kurang bernasib baik, selamat berjuang. Jangan putus harapan...Kerana aku juga pernah berada di tempat kalian. Bukankah aku juga pernah menjadi 'otai repeaters' semasa kita berada dalam sem 1-4...?Haha...Ketawa bukan masud mengejek, cuma tercuit di hati ini tentang betapa aku ini amat 'terkenal' kerana sering gagal dalam subjek fizik...

Lepas ni, aku nak jadi lebih tekun, gigih dan tabah bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar seterusnya menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan yang paling utama sebagai muslimah sejati. Kali ini bukan pointer tinggi yang aku dambakan tetapi pehaman yang tinggi dalam setiap mata pelajaran...Aku berkira-kira mahu menjadi ahli perniagaan selepas tamat pengajian nanti. Ladang Sapi jadi taruhan. Ternakan arnab jadi igauan...Hehehe.Insya Allah

Jumaat, 5 Jun 2009

Maafkan Aku, Sahabat...

PERSAHABATAN? Hisy, tolonglah jangan sebut perkataan ya! Aku geliklah...Apahallah kat dalam dunia tok orang mala nyebut persahabatan ya. Apa benda ya?

Aku kera sumbang? Aok, memang benar. Aku pengecut? Aok, memang benar. Tapi yang paling benar...tolonglah iboh padah yang kita tok berkawan,ok. Aku rimaslah!Sikpat bernapas...

Masa kecik dolok, aku niada kawan. Teman bermain ya adalah. Oopss..teman bermain ya bukan kawan ka?Lantaklah...yang pastinya aku sik suka semua benda. Aku mok lari. Aku salu di anok orang. Bait miak sampe orang tua mala nganok aku. Macam aku tok xlayak untuk bekawan ngan sapa2. Mala jak aku tok disorak ke btumbuk ngan orang.Hey, now you tell me.What is friend for?K btumbuk jak ka?

Masok sekolah rendah, agiklah aku tok berendam air mata. Terlalu banyak kenangan pahit. Setiap hari ku bertanyak, apa salah aku sampe semua orang maok memulaukan aku? aku tok pembunuh ka di mata daknya. Setiap apa yang aku lakukan mesti jd gosip terhangat. Nak mada aku tok kacak, sikda aku tok kacak. Mehek, pendek, sik pandei maca. Nak madah aku tok naughty girl sik adalah camya. Sik da ku tok beranok ngan org ka, pande nyapey barang orang ka...Aku bencilah setiap kali ada masalah, mala aku tok jak dituduh...hei...sediih aku masa ya. tp nitauk cara mok melepaskan kemarahan aku. masa nakka gik kecik. sik tauk makna depression. Nak aku tauk, aku rasa nak bunuh diri jak...bayangkan miak umo sekolah rendah rasa mok bunuh diri. tp aku sikla berani nak bunuh diri sebab mun lukak sikit pun, mesti aku nangis kesakitan. bincut sikit dahi mesti madah ngan mak...

Jadi remaja...zaman sekolah menengah aku idup dalam dunia aku jak. SApa jadi kawan aku masa ya, pahamlah aku tok jenis apa. Jap...aku sebut kawan tek ka? SApa orang nak tauk aku...Aku tok dahla bukan kacak, sik pandey, pendek juak gik...nang full package k orang anok. RAta-rata madah aku tok pelik. tapi ada aku kisah. Aku sik berbunyi gik orang dah nganok aku. Masa ya aku dah pandey sak ati.Lamak-lamak di sekolah ya, ada miak dapat terima aku. Aku pun mula berkawan. Masa ya baruk tauk pa ya kawan. Teman yang selalu bersama kita. Tp masa nya sedih jakla...Masa aku sakitka, sedihka, sik da orang lalek. Aku tok jak terhegeh-hegeh mok nolong nya. Nya haram nak nulong...Sabar jakla

Tapi paling aku sik dapat lupak lah...Dua tahun aku idup dalam buangan di sekolah ya. sampe cikgu pun sik maok nangga muka aku. Bayangkan sik ada orang sudi mok berkawan ngan aku...Aku sakitka, aku suka ka, sik ada orang lalek. Semuanya sebab miak nama kawan. Aku cayak nya sebagai kawan. Sik sangka nya ya olah jaik. Hati kotor. Nya mempergunakan aku. Ingat aku tok robot? Ikut jak apa dipadahnya? Dua tahun...Bayangkan, kesihatan aku masa ya dahla memang sik bagus, ditambah gik ngan fitnah,kontroversi yang aku dikpun pun sik tauk ujung pangkal. Sakit hati tauk sik. Dan di sia segalanya bermula.

Aku ingat nak berubah. Tapi sekejap jak. Sekali lagi aku dikhianati oleh kawan dikpun. Bukan seorang polah camya. Tapi rami...Aku sedih. Aku diperguna agik. Aku sakit hati. Mun benar sik maok bkawan ngan aku, inoh kita berkenalan dolok. Tok sik, guna aku sukati kitakorang. Inagt aku tok barang?Dah sik pake buang. Sik pun simpan.Mun terdesak bok nunggah aku!

Aku dah sik percaya ngan diri sendiri. Aku sik dapat nak maafkan diri aku mun aku percaya kat orang agik. Cukuplah sekali orang polah camya ngan aku...

SAmpe kinek tok pun, bagii aku...sik ada istilah PERSAHABATAN dalam kamus hidup aku...
Trauma untuk berkawan begitu menebal...katakanlah apa jak. Aku ingat akan janji-janji aku pada kitakorang semua. Boh bingong. Kitak orang mok lupakan aku ka, apaka, aku sik kesah...

Aku cuma mok mohon ampun. Sebab aku sik pernah menggembirakan hati sapa2 yang mengenali aku tok. Aku jaik. Aku penuh dengan kebencian. Mun camya, bia jak aku terus keseorangan...Biarkan aku macam tok. Sik perlu simpati kitak orang...

Aku mintak maaf...Mohon ampun...

(Sebuah keluhan hati seorang teman)

Semoga 'Aku' berubah. sik semua orang camya. tangga dari sudut positif. Adalah salah kita sampe kita dipolah gia..