Khamis, 11 Mac 2010

Mereka Memang Zalim

Ingat lagi tak topik pembelajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah menengah dulu tentang zalim? Saya masih ingat dan akan ingat sampai bila-bila (InsyaAllah) tentang maksud zalim.

Zalim dapat dieertikan dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Pada mulanya saya kurang faham akan makna tersebut. Soalan yang timbul ialah; Di manakah tempat tersebut?; Adakah berbentuk lahiriah atau dalaman?;

Maka setelah beberapa tahun mencari ilmu, siang dan malam tidak kira ilmu itu ilmu duniawi mahupun ukhrawi, ZALIM semakin jelas maknanya buat diri saya.

Hari ini, saya bersedih. Sangat sedih kerana amarah saya datang lagi. Api amarah membuatkan muka saya merah padam kerana jantung saya telah bekerja sekerasnya untuk mengepam darah tatkala nafas yang disedut dan dihembus meningkat kapasitinya. Semestinya atas sebab itu saya merasa panas, marah dan terus marah. Hal ini, adalah disebabkan oleh sahabat saya dizalimi.

Bolehlah kiranya saya menyatakan bahawa sahabat saya, Ika (bukan nama sebenar), dizalimi oleh pihak kolej yang dia diami sekarang. Biarlah saya rahsiakan tempatnya dan siapa individu yang terlibat.

Kisahnya begini. Petang tadi, Ika memberitahu bahawa pihak kolej telah memanggilnya atas sebab kesalahan tatatertib. Pada fikiran saya, mungkin Ika telah melakukan suatu kesalahan yang berat sehinggakan dia dipanggil oleh pihak kolej.

Dia melanjutkan bicaranya dan saya mendengar. Katanya lagi bahawa dia telah pergi ke pejabat kolej untuk mengetahui kesalahan apakah yang telah dilakukannya. Alangkah terkejutnya Ika apabila seorang pegawai kolej menyuruhnya menulis dahulu butiran peribadi seperti nama, nombor kad pelajar beserta dengan tandatangan. Setelah berbuat begitu, barulah pekerja (tak nak sebut pegawai sebab tingkahnya tidak beradab) tersebut menyatakan bahawa salah Ika adalah -Kipas dan tingkap berdebu- Baiklah. Mungkin benar. Akan tetapi, kertas yang mencatit kesalahan Ika bukanlah -Kipas dan tingkap berdebu- bahkan -Kasut tidak tersusun-. Apa kes?


Hairanlah Ika. Dalam kertas tulis salah hal kasut, dalam satu lagi hal kipas. Yang peliknya lagi, Nombor bilik yang tercatat kesalahan tersebut adalah BILIK YNAG TIDAK PERNAH DIDIAMI ika. Setelah bersoal jawab, Ika bertambah pelik kerana kesalahan berkaitan kipas adalah kesalahan tatatertib semester lepas. TEtapi dalam rekod semester lepas, Ika tidak pernah dikenakan tata tertib.

Lebih membingungkan, semester lepas Ika duduk berdua dengan seorang lagi. Tetapi semester ini dia tidak lagi duduk di kolej. Jawab pekerja tersebut-Kawan awak dah tak duduk dalam lagi. Jadi awak je yang kena- Apa kes?

Alahai. Kolej tersebut memang sengaja mencari kesalahan penghuni kolej demi untuk menyingkirkan pelajar dan untuk mengumpul duit saman. Tapi pelajar sendiri tak dapat kemudhan yang sepatutnya.

Kolej tersebut memang zalim!
Bermotifkan mawar, tapi busuk macam...

Bersabarlah Ika.
Sabtu tok kitak pegi bicara nak. Fight, boh sik fight. Kitak nang sik salah. Boh lalek ngan pekerja gia. Nang sengaja nya mok kenakan students. Sak duit ya entah ke sene tuju nya kelak. Ingat, kitak ya dizalimi!

Tiada ulasan: