Cuti pertengahan semester hanya seminggu. Banyak tugasan yang perlu aku selesaikan. Walaupun dua bulan sudah berlalu selepas pemergian abah, kehilangannya sedikit sebanyak mengganggu tumpuanku di dalam kelas. Jadi, aku merancang untuk tidak balik ke rumah Mamduh. Namun, panggilannya petang tadi mematikan niatku apabila dia berkeras meyuruh aku balik ke rumah. Hendak tak hendak, aku terpaksa menyetujui suruhannya. Esok petang dia akan mengambilku di rumah sewa selepas solat Jumaat.
Kira-kira pukul 3 petang, kereta Mamduh sampai. Dengan membawa sebuah beg yang diisi dengan buku-buku dan alat tulis, aku menuju perlahan ke arah Mamduh.
"Kita singgah di rumah mak dulu. Malam nanti kita balik," katanya sejurus aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah ibu bapa Mamduh, kami hanya diam sahaja.
"Apa khabar, mak dan ayah?" Tanya ku sejurus bersalaman denga emak dan bapa mertuaku.
"Sihat, Alhamdulillah. Kamu sihat, Mar? Mak tengok Mar semakin kurus sekarang," tegur Hajah Naimah.
"Mar sihat,mak. Tak ada selera makan sekarang ni. Mungkin sibuk," jelasku. Seterusnya aku hanya mendengar sahaja perbualan mereka.
Kami sampai di rumah pada pukul 10 malam. Usai mandi, aku merebahkan diri di atas katil. Buku Koleksi Kisah Orang-orang Salih ku baca selepas menyediakan baju tidur untuk Mamduh. Mataku belum lagi mengantuk walaupun penat terasa. Mungkin selepas membaca aku akan mengantuk, fikirku.
Entah bila Mamduh berada di sebelahku pun aku tidak sedar. Kisah Orang-orang Salih begitu menarik bagi ku sehinggakan kucupan daripada Mamduh tidak aku pedulikan. Tindakan spontan itu membuatkan Mamduh merampas buku tersebut. Belum sempat aku memprotes, Mamduh terlebih dahulu memelukku erat sehingga tiada ruang antara kami dan peluang untukku bergerak. Aku kaku tidak bergerak dan hanya membiarkan Mamduh kerana aku tahu jika aku melawan, pasti Mamduh berkasar denganku.
Aku tersedar dari tidur. Ku lihat Mamduh masih lena di sebelahku. Dengkuran halusnya menandakan dia begitu khusyuk sekali dalam tidurnya. Jam di atas meja sebelah kiriku menunjukkan pukul 3 pagi. Segera aku mencapai kain batik untuk menuju ke dapur. Tekak ku terasa haus. Dingin malam membuatkan aku tidak terusan untuk berlamaan di dapur seorang diri.
Sampai sahaja aku di dalam bilik, ku dengar bunyi air paip dari bilik air di sebelah closet. Mamduh ada di dalam. Cepat-cepat aku memejamkan mata sebelum dia keluar dari bilik air tersebut. Namun, anggapan ku bahawa Mamduh akan kembali tidur meleset apabila tangan kasarnya mula bermain di sekitar tubuhku.
* * * * * * * *
Entah di mana silapku membuatkan kami perang dingin. Sebulan selepas cuti pertengahan semester, Mamduh marah padaku. Katanya aku curang di belakangnya. Puas sudah aku menjelaskan padanya bahawa aku tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Tetapi dia tetap berkeras menuduhku curang. Tetap tidak puas hati dengan penjelasan ku, malah mengugut dengan menyatakan tidak teragak-agak menggantungku tidak bertali seandainya aku terus-terusan menidakkan tuduhannya. Dan aku tetap dengan kata-kataku untuk menyatakan yang aku tidak pernah curang.
Dan sebulan kami tidak berhubung. Sudah dua kali aku berbohong pada Hajah Naimah menyatakn yang aku sibuk, tiada peluang untuk balik ke rumahnya. Dan sudah acap kali aku berbohong pada emak bahawa aku tidak dapat pulang kerana Mamduh masih belum ada cuti untuk menemaniku pulang ke Kuching.
Selasa, 16 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan