Rabu, 3 Mac 2010

Earth Hour

Assalamualaikum...

Hi!

 
Gambar dari http://ehm.my/
Photo from http://ehm.my/


Dunia semakin uzur dan kita semakin leka. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, panas dan hujan tak terduga, kita tiba masa kita merasai kesan daripada perbutan kita sendiri. Walaupun berpunca dari bertahun dahulu, namun kita, generasi muda yang akan menerima padahnya. Itulah padah tidak menjaga alam yang Allah ciptakan untuk kita semua.

Kalu dahulu, udara sejuk dan nyaman sekali. Sekarang, payah benar mahu menikmati kenyamanan udara seperti dahulu. Barangkali anak cucu kita nanti lebih bahang mereka rasai.

Dan pengenalan kepada Earth Hour yang disambut di seluruh dunia amat bertepatan sekali. Walaupun tidak mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan global, namun usaha ini sekurang-kurangnya memberi impak positif dalam kesedaran tentang bumi yang semakin uzur. Kesannya boleh membawa kepada perubahan pemikiran anak-anak muda untuk lebih menghargai bumi.

Tanggal 27 Mac 2010, tepat pada jam 8.30pm tidak kira di mana-mana pun kita berada di dunia ini, merupakan sambutan Earth Hour.

Tahukah anda, Earth Hour pertama kali disambut di Sydney, Australia pada 27 Mac 2007 sebagai langkah untuk mengurangkan kesan pemasanan bumi. Sebanyak 2.2juta rumah kediaman dan tempat perniagaan telah memadamkan lampu selama sejam.
Kita boleh membantu dan menyambut Earth Hour (Jam Dunia) dengan:

  1. padamkan lampu pada jam 8.30 malam, 27 mac
  2. tunjukkan semangat dan sokongan dengan mendaftar di http://www.earthhour.org
  3. Bersama-sama menyambut Jam Dunia dengan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai
  4. Bersama-sama mempromosikan Jam Dunia di mana sahaja dan bila-bila sahaja dalam apa jua bentuk sekalipun termasuk melalui SMS, EMEL, KEMPEN dan lain-lain
Ayuh, semua! Kita bersama-sama berusaha untuk mengubah masa depan kita supaya lebih selamat dan terjamin dengan menyokong Earth Hour. Tiada ruginya kita bersama-sama memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30malam 27 mac 2010 sehingga 9.30 malam 27 mac 2010. Untung-untung boleh menjimatkan penggunaan elektrik dan mendamaikan jiwa apabila kita semua mampu melihat butiran bintang di langit bergemerlapan.!

Tiada ulasan: