Ahad, 21 Mac 2010

Tukar Nama

Dolok nama blog tok Wadah Minda Mujahidah...

Kinek tok dah tukar jadi Indahnya DI Sini

Sebabnya sebab Biarlah nama asalya dijadikan pegangan ku sampe bila2 sebab setiap kali aku nak polah sesuatu, nuto sesuatu, suser sesuatu, aku mesti jadi mujahidah. Berani kerana benar sebab kebenaran ya memerlukan keberanian yang benar. Atas izin ALlah yang Kuasa, segalanya kita mampu polah

Manakala Indahnya Di Sini aku ertikan sebagai kecintaan aku dan kitak urang semua entang sesuatu. Sesuatu yang kita suka untuk berkongsi. Maka terlahirlah frasa Indahnya Di SIni.

Wartawan vs Artis.

Pertama sekali, tujuan aku nulis tok bukan nak nganok ikut nyawa ku. Sekadar madah perasaan empati kepada artis malaysia nak kinek tok kedak jadi bahan sumpah seranah dak wartawan hiburan.

Keduaknya, aku sik puas sebagai manusia biasa lebih2 gik urang Islam apabila wartawan nyanok artis kedak urang sik briman jak. Bagelah artis tok jaik benar, sidaknya bage melekat.

Ketiganya, aku tok pencinta bahasa. Walaupun Bahasa Melayu baruk jak dijadikan sebagai bahasa rasmi datang ke Sarawak, aku tauk dan sedar bahawa kita semua sik sepatutnya nganco bahasa kebangsaan kita.

Keempatnya, aku mok mempersoalkan kempen budi bahasa budaya kita. Bait wartawan mahupun artis, kurang dah ku nagga nilai-nialai budi bahasa budaya kita.

Dan nak paling utama, nok penting skali, aku sebagai Islam. Artis kita rata-rata Islam. Gia juak ngan wartawan kita. Sik sepatutnya daknya nunjuk perange jaik, contoh jaik ngan kita tok. Munlah tv ya bukan perkara penting, sekda ku lalek ngan daknya. Tunggang tunggit daknya, sekda langsung ku nak melalek.

Rasanya nak, rami dah urang menyampah ngan wartawan hiburan Malaysia. Pas aku tulis blog tok, mungkin ada urang nganok ku juak. Lalek pa ku!

Bukan apa, kesian na ngan artis-artis malaysia nektok. Bukanlah aku madah aku nyokong daknya molah mbenda sik bagus, tapi dak wartawan sik patut bah polah daknya kedak boneka, kedak hamba daknya jak. SUka-suka terjah urang, tuduh urang sebarangan, kasya pande2 indah madah dak artis tok kurang ajar.

Bila nangga rancangan kat tb ria, rasanya artis ya sikdala kurang ajar. sikda nya skati beraku kau ngan wartawan ya. Tok sik, wartawan ya tang rasa bagusnya nyembur artis ya.

Aku tok, sikda lalek ngan wartawan ya. Rasa bagus. Kesian bah ngan artis tok. Walaupun daknya ya siklah bagus, tapi sekurang2nya siklah daknya ya rasa bagus kedak wartawan hiburan tok.

Paling aku sik tahan bila nya maksa artis jawab segala cerita, mecah segala rahsia. Mun dah artis ya sik mok nak jawab, bohlah main2 paksa2. Kasya skati daknya jak madah artis ya kurang ajar, deman, dll.


Untuk wartawan, kitakorang ibohla rasa bagus. Iboh tegal kitakurang ya nama wartawan, ibohlah kitakurang nunjuk lawa ngan dak artis. Nangla sidaknya melu kitakorang. Tapi kitakorang pelu ingat, kitakurang ya lah sebenarnya melu dak artis. Sikda kitakorang keja mun daknya sekda. Daknya tetap jalan sebab bukan kitakorang nentu nait gugok daknya, tapi urang macam aku tok. Nak nangga tb. Contohnya, sekda ku lalek ngan gosip, cerita, rancangan merapu kitakorang ya. Drama, filem, iklan juak nak ku tangga. Jaik2 artis ya, mun dah keja nya bagus, sekda ku nak melalek halnya melainkan mun dah terang2 artis ya molah zina n dosa besar nok lain. Aku hanya mampu nulis blog k nego sedara seislam ku, dan berdoa ngan Allah agar aku, keluargaku, kawan2ku dan artis ya diampunikan dosa dan terselamat dari melakukan dosa ya.

Untok artis2, kitakurang pun kenak sedar juak. Kitakurang dah terjebak ngan dunia gia. Bersabar jak. Bertahan. Boh polah banyak dosa. Mun mok polah, tutuplah sikit. Iboh bangga ngan dosa nak kitakurang polah ya. Keja kitakorang berlakon drama, filem dan lain2, tapi iboh polah drama kehidupan sebenra kitak urang. Banyak urang mok nangga kejatuhan kitak urang. Nak nyokong ya sebenarnya sikit jak. Bila dah gugok, sikda gik daknya mok melalek ngan kitak urang gik. Yang penting kitak urang mesti pande berahsia. Tapi iboh pande nipu. Apa-apa urang tanyak mun kitak rang sik mok padah, cukuplah kitak urang padah- RAHSIA. Boh polah cerita. Mun mok berterus terang, iboh sampe kitak urang mecah rahsia dikpun dan urang lain. Cukup sekadar padah nak benar tanpa melibatkan rahsia yang dah kitak urang jaga selama tok.

Untok semua, semoga kita terselamat daripada tok semua.
Ya la namanya fitnah dunia. Nampak indah tapi sebernarnya sik. Jangan kita jadi orang-orang yang zalim dengan menganiaya orang lain macam wartawan, dan janganlah kita jadi urang yang zalim dengan membiarkan diri sendiri hanyut leka seperti artis.

Jaga dirik kita bait2, insyaAllah, moga2 kita terselamat.,..

Love with Sloggi




Elastic, keeping the shape and mostly important environmental friendly! And what is that? It is Sloggi. The products of Triumph International. I believe many of us are wearing these products!


With the new technology created by the company, core spun is wrapped around every single LYCRA thread and assured they are fit perfectly even after washing and wearing them many times. It gives the comfort of cotton next to the skin.

Love you, Love the world
Love the world, Love with Sloggi

You won't regret it!

Sabtu, 20 Mac 2010

PESTA BUKU 2010

Buat penggemar buku seMalaysia, Pesta Buku 2010 sudahpu bermula semalam.

Bermula 19 Mac 2010 dan akan tamat pada 28 Mac 2010. Terdapat banyak buku dari dalam dan luar negara dengan harga yang menarik. Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Pesta Buku Antarabangsa ini merupakan acara tahunan yang telah mendapat sambutan yang hangat. Kebanyakan pengunjung yang datang merupakan para pelajar dan ibubapa.

Pesta Buku Antarabangsa Kualu Lumpur kali ke-29 ini merupakan anjuran Badan Buku Kebangsaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Badan Industri Buku Malaysia dengan kerjasama oleh Kesatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Persatuan Penernit Buku Malaysia, Malaysian Scholarly Publishing Association (MAPIM), dan Malaysian Bumiputera Book Publishers & Distributors Association (PPPBBM).



Bersama-sama dengan;


Penaja rasmi untuk KLIBF 2010:


Ayuh, bersama-sama memeriahkan lagi pesta buku kali ini.

Selasa, 16 Mac 2010

Liku Hari Ku (11)

Gastrik menyerang ku lagi. Mujurlah hari ini tiada kelas kerana minggu belajar sudah bermula. Minggu depan peperiksaan akhir akan bermula. Melihat wajahku yang pucat, Aisyah mengambil minyak panas dan menyapu ke perutku.

"Itulah kau. Aku ajak sarapan tak nak. Ni lah jadinya kalau makan tak jaga," sempat pula Aisyah membebel. Aku tersenyum kelat dengan bebelan Aisyah. Dia memang baik dan sangat mengambil berat tentang diriku. Cuma kadang-kadang aku rimas apabila dia asyik bertanya hal aku dengan Mamduh. Jenuh sudah aku menipu dengan menyatakan bahawa aku sendiri yang meminta izin pada Mamduh untuk tidak pulang ke rumah kerana sibuk dengan peperiksaan akhir yang bakal menjelang apabila sudah hampir dua bulan aku tidak pulang ke rumah Mamduh. Dan sudah bosan aku mendengar bohongan aku sendiri.

Kesan minyak panas sedikit sebanyak melegakan sakit perut. Dalam masa yang sama migrain ku mula menyerang. Terpaksa pula aku meminta Aisyah untuk memicit-micit kepala ku. Biasalah kalau dah gastrik, kepala pun sakit.

"Mengada betullah kau ni, Mar," sambil memicit kepala, Aisyah sempat mengataku. Seronok pula aku mendengar bebelan Aisyah.

*    *    *    *    *    *    *     *     *     *      *      *      *     *      *      *      *       *     *      *

Peperiksaan akhir semester telah tamat. Aku mengambil keputusan untuk menghubungi Mamduh. Setelah berkali-kali mendail nombor telefonnya, akhirnya Mamduh menyahut panggilanku. Namun belum sempat aku bercakap, dia terlebih dahulu memintasku.

"Kita jumpa di rumah petang ni. Nanti aku ambil kau pukul 7 nanti," KLIK! Dia terus meletakkan telefon.

Aku berkemas ala kadar sementara menanti Mamduh mengambilku. Aisyah dan teman serumahku yang lain sudah pulang ke kampung masing-masing. Cuti semester sudah bermula.

"Kita berpisah sementara waktu. Bagi aku waktu untuk memikirkan tentang kita," tutur Mamduh menyentap hatiku.

Tanpa sebab yang kukuh, Mamduh membuat keputusan sebegitu. Walaupun aku mengakui bahawa tiada cinta antara kami, tapi aku takut untuk menerima kemungkinan bahawa perpisahan menantiku setelah kira-kira setahun kami menjadi suami isteri. Segalanya telah ku serahkan pada Mamduh walau tidak dengan sepenuh hatiku. Aku tidak tahu apa yang bakal ku jawab seandainya emak bertanya tentang hubungan kami.

"Nadia dan aku telah berbincang yang kami akan berkahwin selepas hari raya nanti. Kalau kau dah lupa, Nadia adalah kekasih ku yang ku katakan sebelum kita kahwin dulu. Dia baru habis belajar," lancar tutur Mamduh selancar panahan kilat menusuk ke tangkal hatiku. Sedari dulu sepatutnya aku bersedia dengan kemungkinan ini.

"Cuti semester ni, aku izinkan kau balik ke Kuching. Hari raya nanti mungkin aku tak balik ke sana," tambah Mamduh lagi.

Minggu depan bulan Ramadan bermula. Bermakna sebelum kuliah bermula, terlebih dahulu hari raya akan disambut. Dan bermakna aku harus menyediakan jawapan untuk emak dan orang kampung tentang ketiadaan Mamduh bersamaku sepanjang cuti ini nanti.

Tanpa menambah kata-kata Mamduh aku hanya mengangguk dan bersetuju dengan semua rencana nya. Petang esok sebelum pulang ke Kuching, terlebih dahulu kami  berdua akan pergi ke rumah orang tua Mamduh.

Liku Hari Ku (10)

Cuti pertengahan semester hanya seminggu. Banyak tugasan yang perlu aku selesaikan. Walaupun dua bulan sudah berlalu selepas pemergian abah, kehilangannya sedikit sebanyak mengganggu tumpuanku di dalam kelas. Jadi, aku merancang untuk tidak balik ke rumah Mamduh. Namun, panggilannya petang tadi mematikan niatku apabila dia berkeras meyuruh aku balik ke rumah. Hendak tak hendak, aku terpaksa menyetujui suruhannya. Esok petang dia akan mengambilku di rumah sewa selepas solat Jumaat.

Kira-kira pukul 3 petang, kereta Mamduh sampai. Dengan membawa sebuah beg yang diisi dengan buku-buku dan alat tulis, aku menuju perlahan ke arah Mamduh.

"Kita singgah di rumah mak dulu. Malam nanti kita balik," katanya sejurus aku masuk ke dalam kereta. Aku hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan menuju ke rumah ibu bapa Mamduh, kami hanya diam sahaja.

"Apa khabar, mak dan ayah?" Tanya ku sejurus bersalaman denga emak dan bapa mertuaku.
"Sihat, Alhamdulillah. Kamu sihat, Mar? Mak tengok Mar semakin kurus sekarang," tegur Hajah Naimah.
"Mar sihat,mak. Tak ada selera makan sekarang ni. Mungkin sibuk," jelasku. Seterusnya aku hanya mendengar sahaja perbualan mereka.

Kami sampai di rumah pada pukul 10 malam. Usai mandi, aku merebahkan diri di atas katil. Buku Koleksi Kisah Orang-orang Salih ku baca selepas menyediakan baju tidur untuk Mamduh. Mataku belum lagi mengantuk walaupun penat terasa. Mungkin selepas membaca aku akan mengantuk, fikirku.

Entah bila Mamduh berada di sebelahku pun aku tidak sedar. Kisah Orang-orang Salih begitu menarik bagi ku sehinggakan kucupan daripada Mamduh tidak aku pedulikan. Tindakan spontan itu membuatkan Mamduh merampas buku tersebut. Belum sempat aku memprotes, Mamduh terlebih dahulu memelukku erat sehingga tiada ruang antara kami dan peluang untukku bergerak. Aku kaku tidak bergerak dan hanya membiarkan Mamduh kerana aku tahu jika aku melawan, pasti Mamduh berkasar denganku.

Aku tersedar dari tidur. Ku lihat Mamduh masih lena di sebelahku. Dengkuran halusnya menandakan dia begitu khusyuk sekali dalam tidurnya. Jam di atas meja sebelah kiriku menunjukkan pukul 3 pagi. Segera aku mencapai kain batik untuk menuju ke dapur. Tekak ku terasa haus. Dingin malam membuatkan aku tidak terusan untuk berlamaan di dapur seorang diri.

Sampai sahaja aku di dalam bilik, ku dengar bunyi air paip dari bilik air di sebelah closet. Mamduh ada di dalam. Cepat-cepat aku memejamkan mata sebelum dia keluar dari bilik air tersebut. Namun, anggapan ku bahawa Mamduh akan kembali tidur meleset apabila tangan kasarnya mula bermain di sekitar tubuhku.

*               *                      *                      *                          *                       *                       *                 *

Entah di mana silapku membuatkan kami perang dingin. Sebulan selepas cuti pertengahan semester, Mamduh marah padaku. Katanya aku curang di belakangnya. Puas sudah aku menjelaskan padanya bahawa aku tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan lelaki lain. Tetapi dia tetap berkeras menuduhku curang. Tetap tidak puas hati dengan penjelasan ku, malah mengugut dengan menyatakan tidak teragak-agak menggantungku tidak bertali seandainya aku terus-terusan menidakkan tuduhannya. Dan aku tetap dengan kata-kataku untuk menyatakan yang aku tidak pernah curang.

Dan sebulan kami tidak berhubung. Sudah dua kali aku berbohong pada Hajah Naimah menyatakn yang aku sibuk, tiada peluang untuk balik ke rumahnya. Dan sudah acap kali aku berbohong pada emak bahawa aku tidak dapat pulang kerana Mamduh masih belum ada cuti untuk menemaniku pulang ke Kuching.

Isnin, 15 Mac 2010

Liku Hari Ku (9)

Bunyi telefon bimbitku menyedarkan aku dari tidur petang. Tertera nama Emak. Tanpa bertangguh-tangguh aku menekan butang hijau.

"Assalamualaikum," bukan suara emak di sana.
"Waalaikummusalam. Kenapa, Bang?" Salam Adam aku jawab.
"Kak..." Tersekat-sekat suara Adam. AKu menanti penuh sabar. Namun, Adam terus membisu.
"Kenapa ni, Bang?" Masih seperti tadi, Adam hanya mendiamkan diri di hujung talian.
"Kak, Abah dah tak ada lagi," bagaikan halilintar menghentam tubuhku, gelap seluruh dunia ku rasakan sekarang. Kenapa abah pergi dulu sebelum sempat aku memohon ampun darinya.
"Bila, bang? Kenapa, bang?" Bertali arus soalanku mengasak Adam. Dengan sendu yang ditahan-tahan, Adam menjawab setiap pertanyaan ku.

Kata Adam, abah meninggal dunia selepas solat Asar. Dia mengadu sakit dada ketika sedang duduk di sejadah selepas mengimami emak. Aku sedih dan terkejut.

Selepas menerima panggilan daripada Adam, aku hanya membatukan diriku. Hendak menelefon Mamduh, aku tidak berani. Selama hampir setengah jam aku duduk tanpa berbuat apa-apa. Air mata tumpah tak tertahan sehingga bunyi alarm telefon bimbitku berbunyi. Aku bingkas bangun dari katil menuju ke bilik air untuk maencuci muka dan berwudhuk. Aku belum menunaikan solat asar.

Jam menunjukkan ke angka 5.30 petang apabila kereta Mamduh berhenti di hadapan rumah kami. Aku tidak segera membuka pintu dan membiarkan dia sendiri yang membuka pintu. Wajahnya ku lihat tanpa riak. Soalannya kenapa aku tidak membuka pintu ku biarkan sahaja. Aku tiada perasaan untuk menjawab setiap patah kata Mamduh. Berita pemergian abah membuatkan aku tidak berpijak di bumi yang nyata.

"Abang, abah dah pergi tinggalkan Mar," lemah suaraku menyatakan pemergian abah di hadapan Mamduh.
"Innalillah wainnailahirojiun," kendur suara Mamduh apabila melihat air mataku gugur.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tepat jam 10malam. Adam setia menanti kami di balai ketibaan. Suasana malam yang sejuk membuatkan aku terus dimain perasaan. Air mata yang tak henti-henti menitis membuatkan Mamduh seperti berlembut denganku. Aku hanya membiarkan apabila sekali-sekala tangannya memeluk erat bahuku. Hajah Naimah dan Haji Latif turut sama bersama kami untuk menziarah jenazah abah.

Setibanya kami di rumah, emak menyambutku dengan pelukan erat. Ku lihat adik-adikku tunduk dan mengesat air mata. Si bongsu meluru ke arahku dan tangisnya pecah ketika aku erat memeluknya. Sabarlah, dik. Ini dugaan buat kita semua.

Urusan jenazah telah selesai. Bersemadilah abah di alam baru meninggalkan kami semua. Pagi ini tidak secerah hari-hari lain. Emak kulihat sangat tabah di atas pemergian abah. Malam tadi Nabilah meracau-racau dalam tidurnya. Barangkali masih tidak dapat menerima ketiadaan abah kerana setiap malam abah pasti akan menjenguknya sebelum tidur. Maklumlah anak bongsu. Sufi pula ku lihat hanya diam. Tidak mahu berkata-kata. Farhana pula tidak henti sendunya. Adam sebagai lelaki sulung juga tidak mampu menahan air mata tatkala jenazah abah diturunkan di liang lahad. Sambut tangannya ketika di liang lahad sedikit goyah sehingga jemaah lain meminta agar Adam tidak turut serta di dalam lahad. Namun dia berkeras juga. Syafiq juga begitu. Melihat adik-adikku begitu begitu meruntun hatiku. Haji Latif dan Hajah Naimah setia bersama kami sehingga habis pengkebumian kerana petang itu mereka bertolak semula ke Kuala Lumpur.

"Abang, Mar nak minta izin pada abang untuk tinggal di sini sehingga minggu depan. Boleh ya, bang?" Pintaku pada Mamduh. DIa tidak terus menjawab. Ada riak keras di wajahnya tapi dalam masa yang sama dia cuba untuk tidak memprotes pintaku.

"Em...Aku tak dapat nak lama-lama di sini. Hari Rabu kita balik ke KL," jawab Mamduh membuatkan aku semakin bersedih. Bukan aku pinta untuk dia menemaniku sepanjang seminggu di sini. Tetapi sekurang-kurangnya membenarkan aku untuk duduk bersama keluargaku sehingga Ahad depan. Mungkin emak dan adik-adikku memerlukan aku di sini. Namun aku tidak pula berani membantah Mamduh. Cukup bersyukur aku apabila Mamduh sudi bersama kami sehingga Rabu.

Khamis, 11 Mac 2010

SPM 2009

Lupa pula saya bahawa keputusan SPM 2009 diumumkan hari ini. Sebetulnya ukan lupa tapi tak tahu. Maklumlah, sudah 6 tahun meninggalkan alam persekolahan. Tambahan pula tiada ahli keluarga terdekat yang masih bersekolah. Jadi, kisah budak sekolah sudah kurang menjadi perhatian saya.

Tengah hari tadi, saya mendapat mesej daripada sahabat saya, Daie. Dia teruja dan gembira kerana adiknya mendapat semua A dalam peperiksaan SPM yang didudukinya tahun lepas. Dan saya semestinya lebih teruja kerana adiknya merupakan pelajar sekolah saya dahulu iaitu SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING. Wah, bukan senanng untuk mendapat semua A andai bukan daripada berkat kerja keras belajar, doa ibu bapa, guru-guru dan lain-lain.

Saya dahulu pun taklah bagus sangat dalam SPM. Syukur mendapat 7A 3B namun masih kurang untuk dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain.

Bangga saya pada sekolah membuatkan saya sentiasa mendoakan agar semua pelajar yang bersekolah di SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING agar sentiasa cemerlang.

Ingatlah akan moto sekolah kita

ENTER TO GROW IN MIND, BODY AND SPIRIT
SERVE BETTER TO GOD, COUNTRY AND FELLOWSHIP
MENYUBUR DALAM MINDA, JASAD DAN ROHANIAH
BERBAKTI PADA TUHAN, NUSA DAN BANGSA

Semoga kita semua terus berusaha, maju dan berjaya selalu.

Mereka Memang Zalim

Ingat lagi tak topik pembelajaran Pendidikan Agama Islam di sekolah menengah dulu tentang zalim? Saya masih ingat dan akan ingat sampai bila-bila (InsyaAllah) tentang maksud zalim.

Zalim dapat dieertikan dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Pada mulanya saya kurang faham akan makna tersebut. Soalan yang timbul ialah; Di manakah tempat tersebut?; Adakah berbentuk lahiriah atau dalaman?;

Maka setelah beberapa tahun mencari ilmu, siang dan malam tidak kira ilmu itu ilmu duniawi mahupun ukhrawi, ZALIM semakin jelas maknanya buat diri saya.

Hari ini, saya bersedih. Sangat sedih kerana amarah saya datang lagi. Api amarah membuatkan muka saya merah padam kerana jantung saya telah bekerja sekerasnya untuk mengepam darah tatkala nafas yang disedut dan dihembus meningkat kapasitinya. Semestinya atas sebab itu saya merasa panas, marah dan terus marah. Hal ini, adalah disebabkan oleh sahabat saya dizalimi.

Bolehlah kiranya saya menyatakan bahawa sahabat saya, Ika (bukan nama sebenar), dizalimi oleh pihak kolej yang dia diami sekarang. Biarlah saya rahsiakan tempatnya dan siapa individu yang terlibat.

Kisahnya begini. Petang tadi, Ika memberitahu bahawa pihak kolej telah memanggilnya atas sebab kesalahan tatatertib. Pada fikiran saya, mungkin Ika telah melakukan suatu kesalahan yang berat sehinggakan dia dipanggil oleh pihak kolej.

Dia melanjutkan bicaranya dan saya mendengar. Katanya lagi bahawa dia telah pergi ke pejabat kolej untuk mengetahui kesalahan apakah yang telah dilakukannya. Alangkah terkejutnya Ika apabila seorang pegawai kolej menyuruhnya menulis dahulu butiran peribadi seperti nama, nombor kad pelajar beserta dengan tandatangan. Setelah berbuat begitu, barulah pekerja (tak nak sebut pegawai sebab tingkahnya tidak beradab) tersebut menyatakan bahawa salah Ika adalah -Kipas dan tingkap berdebu- Baiklah. Mungkin benar. Akan tetapi, kertas yang mencatit kesalahan Ika bukanlah -Kipas dan tingkap berdebu- bahkan -Kasut tidak tersusun-. Apa kes?


Hairanlah Ika. Dalam kertas tulis salah hal kasut, dalam satu lagi hal kipas. Yang peliknya lagi, Nombor bilik yang tercatat kesalahan tersebut adalah BILIK YNAG TIDAK PERNAH DIDIAMI ika. Setelah bersoal jawab, Ika bertambah pelik kerana kesalahan berkaitan kipas adalah kesalahan tatatertib semester lepas. TEtapi dalam rekod semester lepas, Ika tidak pernah dikenakan tata tertib.

Lebih membingungkan, semester lepas Ika duduk berdua dengan seorang lagi. Tetapi semester ini dia tidak lagi duduk di kolej. Jawab pekerja tersebut-Kawan awak dah tak duduk dalam lagi. Jadi awak je yang kena- Apa kes?

Alahai. Kolej tersebut memang sengaja mencari kesalahan penghuni kolej demi untuk menyingkirkan pelajar dan untuk mengumpul duit saman. Tapi pelajar sendiri tak dapat kemudhan yang sepatutnya.

Kolej tersebut memang zalim!
Bermotifkan mawar, tapi busuk macam...

Bersabarlah Ika.
Sabtu tok kitak pegi bicara nak. Fight, boh sik fight. Kitak nang sik salah. Boh lalek ngan pekerja gia. Nang sengaja nya mok kenakan students. Sak duit ya entah ke sene tuju nya kelak. Ingat, kitak ya dizalimi!

Ahad, 7 Mac 2010

CHM 510: Need To Know

Dear friends,
The important things you need to know about chromatography are:
  1. Definition
  2. Working principles
  3. Differences and comparisons
  4. Calculation
  5. Theory

Chromatography
  • separation method
  • based on partitioning behaviors
  • of components present of analytes
  • by the moving of mobile phase
  • through stationary phase

Definition (find on your own)
  1. chromatography
  2. theoretical plate
  3. rate theory of chromatography

 Calculation (find your own. I believe you already have them)
  1. retention time
  2. capacity factor @ retention factor
  3. dead time
  4. adjusted retention time
  5. selectivity factor
  6. resolution
  7. equilibrium constant
  8. theoretical plate
  9. van deemter equation
  10. kovats index

Comparisons/ Differences
  1. GC vs HPLC
  2. SPLIT vs SPLITLESS
  3. PACKED COLUMN vs CAPILLARY COLUMN (including types of capillary columns)
  4. CARRIER GAS (including Van Deemter Plot)

Working Principles
  1. Flame Ionization Detector (FID)
  2. Electron Capture Detector (ECD)
  3. Thermal Conductivity Detector (TCD)
  4. Schematic Diagram of general GC and HPLC

Write, draw, relate and understand

Good Luck, Friends

Panggilan Pagi

Dengan keadaan matahari yang masih malu-malu untuk menunjukkan dirinya sekaligus menjadikan alam masih kelam. Dan tatkala sejuk masih menguasai pagi, aku menerima satu berita yang kurang enak di pendengaranku.

Kematian bapa kepada salah seorang kawanku sewaktu sekolah dulu menjadikan aku terdiam sebentar. Kali ini adalh kali keempat untuk tahun ini aku menerima berita kematian orang yang aku kenali. Pertama sekali adalah emak saudaraku sendiri apabila allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam komanya. januari 2010 menjadi saksi kami sekeluarga terkejut dan bersedih atas kematiannya yang tidak disangka.

Mengikut jejak langkahnya apabila kira-kira dua  minggu kemudian, emak saudaraku sebelah emak pula yang pergi meninggalkan kami semua. Beliau merupakan sepupu emakku dan telah menghidap kanser.

Februari 2010 iaitu kira-kira seminggu selepas itu, sahabatku sendiri pergi mengadap ilahi. Beliau merupakan seorang lelaki yang baik hati dan aku senang sekalli berbual dengannya. Pemergiannya pada 12.20 pagi mengejutkan ramai pihak sementelah usianya yang masiih muda iaitu 21 tahun.

Dan aku masih dalam keadaan yang berdukacita memandangkan kematian demi kematian yang begitu dekat sekali jaraknya membuatkan aku tertanya-tanya bahawa bilakah waktu ku akan tiba? Adakah mungkin pada waktu yang terdekat ini atau mungkin lama lagi. Sedih dan takut bersatu. Dan aku terima takdir dengan hati terbuka. Atau mungkin juga aku sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan terjadi?

Rosli Dhobi, Pejuang Muda

 
Rosli Dhobi
(1932-1950)
Al Fatihah


Kiranya belum terlambat lagi saya menulis tentang seorang pejuang yang paling saya kagumi dalam sejarah negara kita. Namanya mungkin tak dikenali ramai orang terutamanya yang bukan berasal dari Negeri Sarawak.

Bulan Mac, iaitu bulan ini merupakan bulan yang tak mungkin dilupakan oleh warga Sarawak kerana pada bulan inilah Rosli Dhobi menjalani hukuman gantung sampai mati.

Sedikit maklumat mengenai beliau. Beliau merupakan seorang remaja lelaki berasal dari Kampung Pulo, Sibu dan merupakan pelajar yang sangat pintar. Semasa masih bersekolah, beliau turut menjadi guru di sekolah rakyat di Sibu. Dilahirkan pada tahun 1932 dan meninggal dunia pada 2 Mac 1949, Rosli Dhobi merupakan pejuang termuda yang berani mengangkat senjata demi kepentingan agama dan negara (pada masa itu, Negara Sarawak).

Tidak tahan dengan diskriminasi dan dasar British yang tidak mahukan penduduk Sarawak menjadi golongan terpelajar, Rosli Dhobi nekad menyertai Rukun 13, satu organisasi sulit dalam penentangan pemerintahan British. Dengan usia yang masih remaja dan di bawah umur, mereka percaya bahawa Rosli Dhobi tidak mungkin dihukum mati. Percaya atau tidak, beliau baru berusia 17 tahun pada waktu itu!

Duncan Stewart, merupakan gabenor Sarawak kedua telah ditikam dengan badik, sejenis senjata beracun. Duncan Stewart dihantar ke Kuching untuk rawatan dan seterusnya di hantar ke Singapura untuk mendapatkan rawatan lanjut. Bagaimanapun, Duncan Stewart meninggal dunia seminggu kemudian.

Atas dasar itu, barangkali, Rosli Dhobi dijatuhi hukuman mati padahal pada waktu tu ramai yang membantah.
Amat memilukan, kuburnya tidak ditandai dengan nisan. Namun, setelah 46 tahun dikuburkan di Kuching Central Prison, jenazahnya dikuburkan di Sarawak's Heroes Mausoleum berdekatan Sibu Town Mosque pada 2 mac, 1996.Untuk mengingati perjuangannya dalam menentang British, Kerajaan Sarawak meletakkannya di bawah perkuburan negeri.

Atas semangat juang beliau dengan kalimat, "Sedikit pengorbanan membawa bayak perubahan", benar-benar menjadi kenyataan apabila rakyat Sarawak berbilang bangsa dan keturunan bersatu dalam menentang penjajah.

Berikut merupakan warkah terakhir yang ditulis beliau sebelum meninggalkan alam fana ini dan diharap menjadi pembakar semangat kita untuk terus berjuang dalam menjaga kemerdekaan negara kita. Semoga kita semua terus bersatu tanpa mengira kaaum, bangsa dan keturunan untuk terus berjuang dan berjuang demi negara yang tercinta ini.

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby


1 Mac, 1950.
(rujukan:http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-85479.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Rosli_Dhobi)

Khamis, 4 Mac 2010

Hari Lahirmu

Daie,
Assalamuailaikum...

Ke hadapan sahabatku yang berada jauh di mata tetapi selalu dekat dihati, semoga saudari sihat hendaknya. Adalah tujuan saya menulis (sebenarnya menaip) surat ini (blog bah) adalah untuk semata-mata mengucapkan selamat hari lahir yang ke 23. Nampaknya saudari sudah semakin tua dan saya sentiasa lebih muda daripada saudari.

Tarikh 4 Mac merupakan hari buat saudari. Kerana sesungguhnya pada hari itulah telefon bimbit saudari sibuk dari hari biasa. Dan tentunya mesej-mesej yang membuatkan bibirmu tersenyum atau mungkin terherot sedikit akibat gembira. Dan boleh jadi menjadi hari yang menyedihkan andai tiada orang yang menghantar mesej pendek mengucapkan hari lahir untuk saudari. Janganlah saudari sedih kerana tahun depan masih ada, itupun kalau umur masih ada. Jadi saya doakan agar saudari dikurniakan umur yang panjang serta diberkati hayat saudari.
Saudari, saya ingin memohon maaf kerana lewat untuk mengucapkan kalimat 'epi bday'. Bukan lupa tapi sengaja kerana saya amat bayangkan betapa harimu tidak ceria dengan ketiadaan mesej daripada saya. Mungkin bunyinya perasaan tapi itu cuma telahan saya.

Rasanya itu sahaja daripada saya untuk saudari kali ini. Sekali lagi, selamat hari lahir. Semoga Saudari bahagia dan ceria selalu serta dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa.

Semoga kita bertemu lagi.

Yang benar, jujur dan ikhlas,
Awin
p/s:Sahabatmu yang sentiasa lebih muda daripadamu

Rabu, 3 Mac 2010

Earth Hour

Assalamualaikum...

Hi!

 
Gambar dari http://ehm.my/
Photo from http://ehm.my/


Dunia semakin uzur dan kita semakin leka. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, panas dan hujan tak terduga, kita tiba masa kita merasai kesan daripada perbutan kita sendiri. Walaupun berpunca dari bertahun dahulu, namun kita, generasi muda yang akan menerima padahnya. Itulah padah tidak menjaga alam yang Allah ciptakan untuk kita semua.

Kalu dahulu, udara sejuk dan nyaman sekali. Sekarang, payah benar mahu menikmati kenyamanan udara seperti dahulu. Barangkali anak cucu kita nanti lebih bahang mereka rasai.

Dan pengenalan kepada Earth Hour yang disambut di seluruh dunia amat bertepatan sekali. Walaupun tidak mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan global, namun usaha ini sekurang-kurangnya memberi impak positif dalam kesedaran tentang bumi yang semakin uzur. Kesannya boleh membawa kepada perubahan pemikiran anak-anak muda untuk lebih menghargai bumi.

Tanggal 27 Mac 2010, tepat pada jam 8.30pm tidak kira di mana-mana pun kita berada di dunia ini, merupakan sambutan Earth Hour.

Tahukah anda, Earth Hour pertama kali disambut di Sydney, Australia pada 27 Mac 2007 sebagai langkah untuk mengurangkan kesan pemasanan bumi. Sebanyak 2.2juta rumah kediaman dan tempat perniagaan telah memadamkan lampu selama sejam.
Kita boleh membantu dan menyambut Earth Hour (Jam Dunia) dengan:

  1. padamkan lampu pada jam 8.30 malam, 27 mac
  2. tunjukkan semangat dan sokongan dengan mendaftar di http://www.earthhour.org
  3. Bersama-sama menyambut Jam Dunia dengan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai
  4. Bersama-sama mempromosikan Jam Dunia di mana sahaja dan bila-bila sahaja dalam apa jua bentuk sekalipun termasuk melalui SMS, EMEL, KEMPEN dan lain-lain
Ayuh, semua! Kita bersama-sama berusaha untuk mengubah masa depan kita supaya lebih selamat dan terjamin dengan menyokong Earth Hour. Tiada ruginya kita bersama-sama memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30malam 27 mac 2010 sehingga 9.30 malam 27 mac 2010. Untung-untung boleh menjimatkan penggunaan elektrik dan mendamaikan jiwa apabila kita semua mampu melihat butiran bintang di langit bergemerlapan.!