Ahad, 3 Julai 2011

Pusingan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014

Tahniah buat pasukan Malaysia yang telah layak ke pusingan 2 menentang Singapura yang akan diadakan pada 23 Julai 2011 dan 28 Julai 2011.

Walau bagaimanapun, kebimbangan saya terhadap pasukan negara masih ada berdasarkan rentak permainan pasukan yang agak kucar kacir terutamanya di bahagian serangan. Malaysia masih perlu banyak latihan untuk menajamkan skil jaringan ol. Kerana menurut pemerhatian saya, pasukan negara telah banyak mensia-siakan peluang gol. Seperti contoh pada perlawanan kedua menentang Taiwan, Malaysia sebenarnya boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 5 gol.

Tahniah buat S. Kunanlan kerana kesungguhan beliau dalam melarikan bola dan sedikit menggugat benteng pasukan lawan. Buat ketua pasukan negara, Safiq Rahim, setinggi pengharapan diletakkan. Ketenangan beliau dalam mengetuai pasukan amat mengkagumkan. Aidil Zafuan begitu cemerlang terutamanya menjaringkan gol sangat dikagumi. AMirul Hadi sangat cemerlang bermain.

Berikut merupakan jadual Kelayakan Piala DUnia Brazil 2014 Zon Asia.

http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/44/46/14/2014fwc_drawprocedures_asia.pdf

Saya berharap pasukan Malaysia berjaya untuk pusingan seterusnya. InsyaAllah.

Tiada ulasan: