Apakah Bersih yang sekarang ini sibuk diperkatakan oleh media mahupun pelepak di kedai kopi?
Kenapa ada yang menentang dan ada yang menyokong?
Saya tak nak mengulas banyak mengenai politik di sebalik Bersih kerana saya masih terikat dengan Undang-undang yang tertulis di dalam Akta Universiti 174 yang melarang mana-mana pelajar IPT Malaysia terlibat dalam politik negara.
BAiklah, apa yang ini saya nyatakan di sini bukanlah berniat untuk menyokong mana-mana parti politik. Menurut pemahaman dan logik akal saya, perhimpunan Bersiah yang bakal dijalankan pada Julai 2011 (tak pasti bila?) memang wajar diteruskan?
Kenapa? Kerana menurut pembacaan saya di laman http://en.wikipedia.org/wiki/Bersih Bersih hanya menuntut sesuatu yang sudah lama tiada dalam sistem politik negara kita. Sekiranya kita mahu maju melangkah ke hadapan, perkara seperti ini sememangnya ada. SAya suka untuk mengaitkan sejarah kemerdekaan negara kita dengan situasi sekarang. Sekiranya nenek moyang kita dahulu tidak bertindak menentang penjajah, masakan kita mampu merdeka sampai hari ini. Sekiranya Bersih tetap diteruskan, sistem politik negara yang kotor mampu dibersihkan.
Tuntutan Bersih tidak banyak. Dan saya hairan kenapa kerajaan tidak mahu mengadakan rundingan khas dengan penganjur dalam membatalkan penganjuran Bersih? Kenapa perlu kerajaan hanya menggunakan media dan kuasa meneraka dalam menyekat kebebasan rakyat dalam bersuara? Bagi saya, Bersih bukan hanya dianjurkan oleh pembangkang tetapi adalah daripada SUARA RAKYAT yang tidak berpuas hati dalam pemerintahan negara.
Malaysia bangga menggelar dirinya Negara Demokrasi, namun sayang praktikal demokrasi seolah-olah tidak wujud dalam sistem politik negara.
Dan sebagai warganegara Malaysia, saya berhak untuk menyatakan apa-apa yang saya rasa baik untuk negara kita.
Dan tolonglah wahai pemimpin kerajaan Malaysia-Dengarkan rintihan suara rakyat! Pembangkang juga rakyat. Mereka bukan pemberontak pemusnah negara!
Ahad, 3 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan