Assalamualaikum wbt
Selamat Sejahtera
Saya ingin meluahkan kekesalan saya terhadap Kerajaan Malaysia amnya dan Media Malaysia khususnya kerana menggunakan perkataan 'AMAH' Indonesia yang merujuk kepada Pembantu Rumah ataupun Orang Gaji di Malaysia terutamanya di Semenanjung Malaysia.
Saya terkilan kerana penggunaan perkataan 'AMAH' pada saya amat menghinakan sesuatu bangsa lebih-lebih lagi dalam keadaan hubungan Malaysia- Indonesia yang ada pasang surutnya. Penggunaan perkataan ini juga menggambarkan rakyat Malaysia begitu angkuh dan sombong kerana sudah berasa selesa dengan kekayaan sendiri sehingga sanggup merendahkan martabat bangsa dan warganegara orang lain.
Kenapa saya begitu marah dan terkilan dengan penggunaan perkataan ini? Saya kira masih ramai di kalangan rakyat Malysia yang tidak tahu maksud dan ada juga sebilangan besar yang sengaja mahu menggunakan perkataan tersebut. Sekiranya merujuk kepada asal usul perkataan ini, saya percaya bahawa perkataan ini berasal dari Bahasa Arab yang bermaksud 'HAMBA'.
Dan saya juga percaya Kerajaan Malaysia, khususnya media Malaysia tahu akan makna AMAH. Jadi, apa bagusnya menggelar orang gaji/ pembantu rumah Indonesia sebagai hamba? Atau lebih tepat lagi sebagai hamba sahaya? Apakah kita orang Malaysia sudah cukup bagus sehingga memperhambakan orang lain lantaran sedikit kelebihan yang ALlah bagi kepada kita?
Di mana perginya golongan bijak pandai bahasa? Di mana perginya alim ulama? Di mana perginya pejuang hak asasi manusia? DI mana perginya sensitiviti diri kita sendiri?
Dalam isu ini, saya bercakap bukan kerana saya khianat negara, tapi kerana saya tidak mahu khianat agama. Bukankah Islam melarang umatnya memperhambakan orang lain. Dan lebih menyedihkan yang dikatakan 'amah' ini kebanyakannya orang Islam.
Saya sedih...kecewa...Terkilan.
Semoga kita semua sedar dari keangkuhan diri sendiri. Jangan kita menyombong diri dengan secupak lebih beras yang kita ada berbanding orang lain.
Insaflah Media Malaya, Insaflah Warganegara
Isnin, 27 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan