Huh, banyak sudah novel yang saya baca berkisarkan kisah nikah yang dipaksa. Lelaki digambarkan sangat kacak, menawan, berharta dan kasar. Namun, sering dipertikaikan oleh watak utama perempuan. Perempuan pula dilakarkan seperti gadis malang lagi walang (tapi bukan jalang), bukan berharta, cantik, ayu dan manis. Tetapi kesemua ciri-ciri tersebut dipandang sepi oleh watak utama lelaki...
Kata orang puteh, 'kelisyer'. Saya juga berasa bosan dengan penceritaan watak yang sebegitu. Tapi, apakan daya...saya hanya pembaca. Dan ironinya...saya juga terhibur dengan novel yang bertemakan (omputeh kata 'genre') nikah paksa. Kenapa? Sebab...saya suka berangan! Konon-kononnya sayalah gadis suci yang malang itu. Mendapat kebahagian setelah dipaksa. Uiks!! Adakah begitu? Memang suka berangan...
Eh, tak baik berangan! Islam menegah umatnya berangan. Kerana dengan berangan, masa terbuang. Nanti datang pula fikiran jahat yang membawa bahaya... Boleh jadi khayal, lalu malas membuat kerja...
Apa-apapun, nikah paksa sudah tidak relevan lagi. Lagipun lelaki mahupun perempuan yang akan disatukan dalam pernikahan mestilah rela, bukan paksa...Sila rujuk kitab, pakar-pakar agama yang berkenaan mengenai Nikah Cerai...
Khamis, 2 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan