Khamis, 13 Mei 2010

Piala Thomas 2010: Kita ke Semi Final

Berdebar-debar saya ketika meyaksikan perlawanan Badminton Piala Thomas antara pasukan negara tercinta iaitu Malaysia menentang Denmark. SIapa tidak kenal kepada Denmark, sebuah negara yang terkenal dengan kehebatan bermain badminton di Eropah. Tetapi, itu di Eropah. Berbanding dengan Asia, negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Japan dan Korea Selatan merupakan kuasa terhebat dalam arena sukan Badminton dunia.

Dalam menahan debaran, sya sedikit kecewa apabila regu negara iaitu pasangan Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How kalah dalam tiga set perlawanan- 24-26, 21-12, 21-19. Debaran semakin tersa apabila perseorang negara, Wong Choon Han dalam perlawanan yang meyeret beliau ke dalam Rubber Game- 22-20, 16-21, 21-18. Kedua-dua negara terikat seri 2-2.

Namun, corak perlawanan yang berkeyakinan oleh perseorangan negara, Mohd Hafiz Hashim telah memberi kegembiraan kepada seluruh negara kita apabila menang dalam dua set permainan sekaligus menjadikan beliau sebagai wira negara.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kean Keat/ Tan Boon Heong kerana terlebih dahulu mempamirkan aksi cemerlang dalam perlawanan menentang Denmark semalam.

Namun, ujian getir menanti skuad negara apabila muncul sebagai penentang kepada skuad China. Sebenarnya saya mengharapkan China dan Malaysia akan beraksi di peringkat akhir Piala Thomas 2010. Nampak gayanya, skuad negara mesti terus cemerlang, tangkas serta bijak dalam menentang skuad China. Saya percaya skuad negara akan lebih kuat. Saya sandarkan keyakinan saya kepada Allah untuk membenarkan skuad negara menang peringkat separuh akhir.

Dan untuk peringkat akhir, saya berharap agar skuad Malaysia akan menentang Pasukan Jepun.

Bersama-samalah kita berdoa agar pemain-peamain SKuad Badminton Malaysia berada dalam keadaan baik, bertenaga, bersemangat serta kejayaan milik mereka sekaligus untuk kita semua, warga Malaysia.

Lee Chong Wei Boleh!
Hafiz Hashim Boleh!
Wong Choon Han Boleh!
Koo Kean Keat/ Tan Boon Heong Boleh!
Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How Boleh!

Malaysia Boleh Menang!
Amin...!

p/s: Kegemaran saya ialah KKK/TBH, Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei...!

Tiada ulasan: