Seminggu berada di rumah dan hari pertama menyambut puasa sememangnya memenatkan. Tambahan lagi dengan soalan emak yang sama tentang Mamduh berulang-ulang kali. Demi untuk manambah keyakinan emak tentang ceritaku, aku menghubungi Mamduh. Sebelum berbuka puasa, Mamduh menghubungi emak. Entah apa yang meeka bualkan, aku tidak ambil pusing.
* * * * *
Ujian Kehamilan yang aku ambil mengesahkan aku mengandung. Terkejut dan takut, dua perasaan bermain di hati ku. Aku bingung, tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Sememangnya aku tidak bersedia dengan berita ini. Sedihkah atau gembirakah aku dengan kehamilan ku ini? Tetapi, yang pastinya aku terlebih dahulu mesti merahsiakan kandungan ini.
Kata-kata doktor muda mula terngiang-ngiang di telinga. Nasihat dan tips-tips tentang awal kandungan aku pelajri dan amati.
"Usia kandungan puan sudah masuk 8 minggu. Saya harap puan kurangkan aktiviti yang boleh mengganggu kandungan dan ambil makanan yang berkhasiat. Sebarang makanan yang boleh meudaratkan kandungan, puan elakkan seperti nanas dan makanan pedas. Ubat-ubat dan susu puan mesti ambil setiap hari bagi memastikan kesihatan puan dan kandungan terjamin," panjang lebar penerangan doktor muda tersebut.
Sekembalinya aku dari hospital yang tidak jauh dari rumah kami, emak mula bertanya.
"Mar sakit?" Soalan yang mendebarkan jantung.
"Ubat Mar dah habis, mak. Lagipun masa puasa ni, bimbang pula gastrik," aku tidak berbohong kerana kebetulan ubat gastrik sudah habis.
"Kalau teruk sangat gastrik tu, tak payah puasa. Pagi tadi mak dengar Mar muntah-muntah kan?" kata emak lagi.
"Tak makan ubat masa sahur pagi tadi mak," emak tidak tahu bahawa aku sudah mengalami morning sickness. Syukur, gastrik dan migrain aku dapat menutupnya. Tapi, sampai bila harus aku merahsiakannya? Lambat laun, perutku akan besar juga.
Rabu, 19 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan