Salam sejahtera semua...
Kini sudah masuk bulan Mei. Ada apa dengan Mei dan apa pula kaitannya dengan negaraku tercinta?
Macam-macam perkara yang kita sambut sempena Mei. Antaranya Hari Ibu, Hari Guru, hari apa lagi?
Jangan kita lupa bahawa Mei juga mencatatkan sejarah pahit buat kita semua. Peristiwa berdarah 13 Mei.
13 MEI 1969
Hari sadis dan walang itu menyaksikan peristiwa pahit buat seluruh warga Malaysia amnya dan seluruh tanah semenanjung Malaysia khususnya. Pada itulah rusuhan kaum tercetus antara kaum Melayu dan Kaum Cina.
Sebab utama pertumpahan darah tersebut adalah kerana ekonomi dan politik. Ketidak seimbangan ekonomi antara kaum serta pengapian oleh ahli politik meyebabkan ramai yang terbunuh.
Dan rentetan peristiwa itulah banyak plan tindakan diakan antaranya pengenalan kepada Rukun Negara serta Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan agar pertumbuhan ekonomi antara kaum dapat diseimbangkan sekaligus dapat mengurang jarak ekonomi yang boleh menyebabkan peristiwa ini berulang kembali.
Namun, dalam kita melayari kehidupan seharian kita pada hari ini, saya sedih. Sedih kerana kaum Melayu terus lupa dan alpa. Setelah banyak keistimewaan dan kesenangan yang diberikan, hanya sedikit bakti oleh kaum Melayu kepada negara. Saya sedih dan malu kerana bangsa saya semakin hanyut.
Cuba kita perhatikan golongan Rempit, Bohsia, Bohjan, penagih dadah dan banyak lagi jenanyah samada kecil dan berat, rata-ratanya dilakukan oleh kaum Melayu.
Dan saya terus sedih apabila baru-baru ini saya menonton rancangan Bersamamu di TV3. Rancangan tersebut memaparkan kisah pahit dan kesusahan yang perlu ditempuhhi oleh sepasang suami isteri bersama dua anak mereka yang masih kecil. SI suami berbangsa cina dan isteri berbangsa india. Mereka berdua terpaksa berpisah dengan anak kcil mereka sementelah tidak mampu untuk menjaga dek penyakit yang mereka alami. Ini ditambah lagi dengan status bukan bumiputera yang menyebabkan kekurangan dalam menikmati kemudahan yang disediakan berbanding dengan nikmat yang dimiliki oleh kaum bumiputera.
Bukan niat saya untuk menidakkan apatah lagi mempersoalkan undang-undang dan perlembagaan negara kita. Tetapi saya sedih kerana orang Melayu tidak perlu megalami kesusahan seperti mereka. Walaupun ada, tetapi kesengsaraan tidaklah seperti pasangan suami isteri ini. Sepatutnya orang Melayu mensyukuri dengan terus berbakti kepada negara. Lagi pula, kebanyakan jawatan profesional di negara ini dipelopori oleh orang bumiputera.
Bagi saya, kurangkanlah soalan tentang status bumiputera atau bukan bumiputera kerana sesungguhnya kedua-dua kumpulan ini adalah warga negara Malaysia yang sah. Wahai orang Melayu, bangsaku, bangunlah! Jangan lalai. Warga saudaraku yang lain, marilah kita bersama-sama membangunkan dan mempertahankan negara kita yang tercinta ini.
p/s:Hari ini emosi terganggu melihat telatah orang di bandar. Katanya 1 Malaysia, namun tidak seperti satu. Bukan dua dan bukan juga tiga. Bahkan, berjuta ragam yang kurang mencerminkan keperibadian 1Malaysia.
Rabu, 12 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan