Rabu, 19 Mei 2010

Liku Hari Ku (13)

Hari raya dijangka empat hari lagi. Kemeriahan semakin terasa. Usia kandungan hampir tiga bulan tidak membataskan pergerakan ku. Bahkan aku semakin aktif. Cuma aku tidak boleh menghidu makanan seperti sambal belacan dan kari kerana boleh membuatkan aku muntah. Dan emak tidak lagi bertanya tentang Mamduh denganku.

Usai solat terawih pada pukul 9.30 malam di masjid yang tidak jauh dari rumah kami, aku segera balik ke rumah. Aku berasa tidak sedap badan dan meninggalkan emak untuk pulang bersama-sama dengan adik-adik ku yang lain. Di rumah, aku terus berlari ke tandas. Segala yang telah dimakan harus dimuntahkan dengan segera. Kepala yang berdenyut-denyut memaksa aku untuk masuk ke bilik tidur, untuk berehat. Lagipun di kampung ini, jam 10 malam sudah lewat benar.

Sebelum aku melangkah masuk ke bilik tidur, Farhana menegurku. Dia tidak ikut serta ke masjid kerana haid.

"Kak sihat tak ni? Ada orang jauhlah,kak," kata Farhana membuatkan aku berhenti melangkah. Siapa pula datang malam-malam ni?

"Dia ada..." tidak habis ku dengar kata-kata Farhana, kepalaku berdenyut kembali. Tidak betah aku untuk berdiri lebih lama lagi. Aku harus segera berehat.

Aku segera berbaring di atas katil. Baru aku perasan, lampu bilik dan kipas sudah terpasang. Namun, aku terlalu letih dan mata semakin berat.

Kerana terasa panas, aku membuka mataku. Alangkah terkejutnya aku apabila ada seseorang sedang memelukku. Kaget dengan situasi itu, aku mula menjerit. Serta itu, satu lagi tangan menekup mulutku.

"Shh. Jangan jerit. Aku ni," Suara yang paling aku kenali berbisik di telinga. Seraya itu, aku melonggarkan pelukannya.

"Bila sampai?" Walaupun Mamduh sudah banyak kali menyakiti aku, sebagai isteri aku tetap menghormatinya. Tangannya ku salam dan kucup.

"Emak tak cakap aku balik hari ni?" Dia menjawab dengan soalan. Mamduh bangun dari katil dan meuju ke luar bilik. Tidak lama selepas itu, suara emak dan Mamduh kedengaran. Dengan lemah, aku bangun menapak ke luar bilik, untuk turut serta dengan mereka.

Liku Hari Ku (12)

Seminggu berada di rumah dan hari pertama menyambut puasa sememangnya memenatkan. Tambahan lagi dengan soalan emak yang sama tentang Mamduh berulang-ulang kali. Demi untuk manambah keyakinan emak tentang ceritaku, aku menghubungi Mamduh. Sebelum berbuka puasa, Mamduh menghubungi emak. Entah apa yang meeka bualkan, aku tidak ambil pusing.

* * * * *

Ujian Kehamilan yang aku ambil mengesahkan aku mengandung. Terkejut dan takut, dua perasaan bermain di hati ku. Aku bingung, tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Sememangnya aku tidak bersedia dengan berita ini. Sedihkah atau gembirakah aku dengan kehamilan ku ini? Tetapi, yang pastinya aku terlebih dahulu mesti merahsiakan kandungan ini.

Kata-kata doktor muda mula terngiang-ngiang di telinga. Nasihat dan tips-tips tentang awal kandungan aku pelajri dan amati.

"Usia kandungan puan sudah masuk 8 minggu. Saya harap puan kurangkan aktiviti yang boleh mengganggu kandungan dan ambil makanan yang berkhasiat. Sebarang makanan yang boleh meudaratkan kandungan, puan elakkan seperti nanas dan makanan pedas. Ubat-ubat dan susu puan mesti ambil setiap hari bagi memastikan kesihatan puan dan kandungan terjamin," panjang lebar penerangan doktor muda tersebut.

Sekembalinya aku dari hospital yang tidak jauh dari rumah kami, emak mula bertanya.

"Mar sakit?" Soalan yang mendebarkan jantung.
"Ubat Mar dah habis, mak. Lagipun masa puasa ni, bimbang pula gastrik," aku tidak berbohong kerana kebetulan ubat gastrik sudah habis.
"Kalau teruk sangat gastrik tu, tak payah puasa. Pagi tadi mak dengar Mar muntah-muntah kan?" kata emak lagi.
"Tak makan ubat masa sahur pagi tadi mak," emak tidak tahu bahawa aku sudah mengalami morning sickness. Syukur, gastrik dan migrain aku dapat menutupnya. Tapi, sampai bila harus aku merahsiakannya? Lambat laun, perutku akan besar juga.

Mei Terindah

Bulan kelima dalam tahun masihi atau di dalam kalnder Gregorian namanya Mei. Dalam bulan terebut, pelbagai peristiwa menarik berlaku. Daripada sepahit-pahit kenangan sehinggalah sambutam kebahagiaan.

Antaranya ialah:
8 Mei 1973 : Ulangtahun perkahwinan makbapak saya
9 Mei : Hari ibu
13 Mei 1968: Peristiwa Rusuhan Kaum
16 Mei : Sambutan Hari Guru
17 Mei 2005 : Ulang tahun perkahwinan kakak saya
18 Mei 1988 : bday kawan saya
Mei 2000: Ulang tahun perkahwinan abang saya
Dan Mei seterusnya: boleh jadi bday kawan2 saya yang lain.hehehe

Pada saya, Mei adalah bulan biasa seperti bulan-bulan yang lain. Cuma namanya hampir sama dalam tiga bahasa- May, Mayu, Mei...seperti sama sahaja,bukan...

Dan sekian kalinya pada bulan Mei ini, saya merepek!

Bayang Setia

Merenung langit kelam, tiada berbintang tiada bercahaya. Seumpama hatiku dirundung kegelapan. Lantas aku mencari-cari jawapan dalam kotak fikiran tentang soalan-soalan yang sudah bertimbun dikumpul sedari pagi tadi. Namun, jawapan yang diusulkan masih ragu-ragu dan ketidak pastian bermaharajalela.

Sakit hati aku dengan soalan bertalu-talu tentang itu. Hanya satu tetapi cabang soalan berjela. Mengapa aku masih teringat kisah aku dan dia?

Dia merupakan lelaki budiman yang pernah menaburkan jasanya pada aku sehingga mata kekaburan dengan kasih sedangkan aku sedar itu cuma perasaan. Puas aku cuba sehingga lemas. Adakah hati sedah menerbitkan cerita cinta atau akalkah menipu dengan menduga rasa cinta yang tidak pasti.

Setelah bertahun aku menahan dan menunggu. Sehinggalah tiba sepucuk surat khabar daripadanya. Katanya dia sihat dan sudah bertemu kekasih hati. Gembira dan gundah bersatu. Suka dengan kebahagiaan miliknya dan gundah dengan hatiku sudah bertaut padanya. Seperti kebiasaan, tidak pernah aku balasi suratnya. Biarlah aku berdiam jauh daripadanya agar aku didik hati supaya tidak teringat padanya.

Namun, pagi tadi muncul pula watak lelaki itu dalam kabus ingatanku. Bukan rindu dan bukan cinta. Cuma ingatan semata.

Lantas ku hela lafas yang panjang. Ku raup warjah dengan tasbih memuji nama Yang Esa. Kini jawapan sudah ku temui. Selamat Tinggal wahai engkau. Yang pernah cuba mencuri hatiku.

Kini aku bahagia bersama bayangku yang tidak lagi lari pada yang lain. Biar engkau dengan hidupmu dan aku dengan hidupku.

Khamis, 13 Mei 2010

Siapa Peter?

Semalam, kawan saya bertanyakan saya mengenai sebuah laman web, manatahu saya tahu tentang kewujudan laman web tersebuat.

Laman web tersebuat ialah www.peteranswers.com. Tidak pernah saya mendengarnya. Lantas, saya bertanya tentang keistimewaan laman web tersebut sehinggakan dia bertanya saya.

Katanya, laman web tersebut merupakan sebuah laman web berasas Virtual Tarrot, iaitu untuk meramal sesuatu. Kita boleh bertanya apa sahaja termasuk nama kita sendiri, dan Peter akan menjawabnya dengan betul. Takjub seketika saya mendengarnya. Menurut kawan saya, Peter berjaya menjawab hampir semua soalan yang berikan termasuk nama penuhnya. Lebih mengujakan, Peter tahu apa yang dia dan rakannya buat pada ketika itu, dan pada hari sebelum itu. Nak dijadikan cerita, kawan saya itu bersama rakannya sedang menanti untuk kereta mereka siap untuk diservis. Ternyata Peter mampu menjawab adakah kereta mereka sudah siap dan di makah kereta mereka. Jawapan yang diberikan Peter sangat tepat.

Namun, kelemahan Peter ialah dia kadang-kadang tidak mahu menjawab soalan sesetangah orang. Ini kerana, selepas mendengar cerita daipada kawan saya itu, saya telah mencuba untuk bertanya kepada Peter. Ternyata Peter tidak mahu menjawab semua solan yang saya berikan.

Menurut kawan saya itu, hal ini mungkin sdisebabkan kepercayaan seseorang. Kebetulan, terdetik di hati saya untuk tidak langsung mempercayai Peter dan sekadar mahu menguji kehebatan Peter. Dengan lafas Bismillah... saya bertanya kepada Peter.

Namun, saya percaya bahawa Peter ini merupakan satu ilmu sihir berdasarkan kad Tarots. Bukankah jin dan syaitan berada di mana-mana termasuklah di sebelah kita. Mungkin Syaitan/jin yang menjadi Peter itu tidak mampu untuk menjawab soalan saya kerana saya tidak percayakan kepada mereka. Bagi saya Allah lah segalanya, yang mengetahu apa yang dizahirkan dan apa yang disembunyikan.

Pernah saya bertanyakan Peter sesuatu, jawapannya ada menyebut "We...", yang pada pendapat saya bahawa Peter bukan berseorangan. Mungkin. Wallahulam-Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Subhanallah, Alhamdulillah, La ila haillallah, Allahu akbar!

Semoga saya dan kita semua terhindar daripada dosa syirik

Piala Thomas 2010: Kita ke Semi Final

Berdebar-debar saya ketika meyaksikan perlawanan Badminton Piala Thomas antara pasukan negara tercinta iaitu Malaysia menentang Denmark. SIapa tidak kenal kepada Denmark, sebuah negara yang terkenal dengan kehebatan bermain badminton di Eropah. Tetapi, itu di Eropah. Berbanding dengan Asia, negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Japan dan Korea Selatan merupakan kuasa terhebat dalam arena sukan Badminton dunia.

Dalam menahan debaran, sya sedikit kecewa apabila regu negara iaitu pasangan Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How kalah dalam tiga set perlawanan- 24-26, 21-12, 21-19. Debaran semakin tersa apabila perseorang negara, Wong Choon Han dalam perlawanan yang meyeret beliau ke dalam Rubber Game- 22-20, 16-21, 21-18. Kedua-dua negara terikat seri 2-2.

Namun, corak perlawanan yang berkeyakinan oleh perseorangan negara, Mohd Hafiz Hashim telah memberi kegembiraan kepada seluruh negara kita apabila menang dalam dua set permainan sekaligus menjadikan beliau sebagai wira negara.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kean Keat/ Tan Boon Heong kerana terlebih dahulu mempamirkan aksi cemerlang dalam perlawanan menentang Denmark semalam.

Namun, ujian getir menanti skuad negara apabila muncul sebagai penentang kepada skuad China. Sebenarnya saya mengharapkan China dan Malaysia akan beraksi di peringkat akhir Piala Thomas 2010. Nampak gayanya, skuad negara mesti terus cemerlang, tangkas serta bijak dalam menentang skuad China. Saya percaya skuad negara akan lebih kuat. Saya sandarkan keyakinan saya kepada Allah untuk membenarkan skuad negara menang peringkat separuh akhir.

Dan untuk peringkat akhir, saya berharap agar skuad Malaysia akan menentang Pasukan Jepun.

Bersama-samalah kita berdoa agar pemain-peamain SKuad Badminton Malaysia berada dalam keadaan baik, bertenaga, bersemangat serta kejayaan milik mereka sekaligus untuk kita semua, warga Malaysia.

Lee Chong Wei Boleh!
Hafiz Hashim Boleh!
Wong Choon Han Boleh!
Koo Kean Keat/ Tan Boon Heong Boleh!
Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How Boleh!

Malaysia Boleh Menang!
Amin...!

p/s: Kegemaran saya ialah KKK/TBH, Hafiz Hashim dan Lee Chong Wei...!

Rabu, 12 Mei 2010

Benar-benar Sakit

Apa nak jadi?
Lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki.
Lelaki nafsu hanya dengan lelaki, perempuan tak sedar diri nak juga syahwat kepada perempuan. Hari ini dengan beraninya saya mengaku bahawa saya membenci golongan homoseksual/lesbian. Dan dengan beraninya saya membenci golongan trans-gender/seksual.

Biar dikecam dan diancam saya tetap dengan pendirian saya. Selan itu, saya dengan beraninya membenci dan mengecam golongan penzina. Sakit mata dan hati melihat pasangan bercinta tetapi belum menikah sewenang-wenangnya bercumbuan di khalayak ramai. Selepas itu, mulalah kes-kes buang bayi di sana-sini.

Apa nak jadi?
KEnapa saya membenci tiga golongan di atas? Benar bahawa kubur kita lain-lain. Tetapi kena ingat bahawa apa-apa bencana yang Allah turunkan bukan terkena kepada individu sahaja tetapi kepada seluruh kawasan yang meliputi. Katakanlah, di sebelah anda ada pasangan haram sedang bercumbuan. Dengan tidak semena-mena, petir, kilat dan seumpamanya menyambar pasangan tersebut. Pastinya anda yang berda kurang 100m akan terkena tempiasnya. Kalau tidak mati sama di tempat kejadian, anda mungkin mnegalami kecederaan serius seperti pekak, buta dan lain-lain penyakit akibat kesan voltan tinggi tersebut.
Jadi, siapa mahu jawab?

Sebabnya lagi sebab kita semua ni, manusia, dah semakin pupus. Bukan setakat haiwan dan tumbuhan semakin pupus, tetapi kita semua. Sudahlah peradaban manusia sudah pupus, zahirnya turut pupus. Buktinya dengan perlakuan homoseksual/lesbian. Semestinya golongan ini jarang benar memikirkan soal anak kerana matlamat utama mereka melakukan homoseksual/lesbian adalah SEKS SEMATA-SEMATA. BOHONGLAH KALAU MEREKA MENIDAKKAN KEYATAAN YANG SAYA KATAKAN. Kalau bukan kerana seks, adakah mereka terus melakukannya.

Jadi, saya membuat inferens bahawa tiga golongan ini-Homoseksual, Lesbian, Penzina- adalah golongan yang gila seks secara abnormal.

Jauhi golongan GILA SEKS!

Malaysia ku Sayang

Salam sejahtera semua...

Kini sudah masuk bulan Mei. Ada apa dengan Mei dan apa pula kaitannya dengan negaraku tercinta?

Macam-macam perkara yang kita sambut sempena Mei. Antaranya Hari Ibu, Hari Guru, hari apa lagi?
Jangan kita lupa bahawa Mei juga mencatatkan sejarah pahit buat kita semua. Peristiwa berdarah 13 Mei.

13 MEI 1969

Hari sadis dan walang itu menyaksikan peristiwa pahit buat seluruh warga Malaysia amnya dan seluruh tanah semenanjung Malaysia khususnya. Pada itulah rusuhan kaum tercetus antara kaum Melayu dan Kaum Cina.

Sebab utama pertumpahan darah tersebut adalah kerana ekonomi dan politik. Ketidak seimbangan ekonomi antara kaum serta pengapian oleh ahli politik meyebabkan ramai yang terbunuh.

Dan rentetan peristiwa itulah banyak plan tindakan diakan antaranya pengenalan kepada Rukun Negara serta Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan agar pertumbuhan ekonomi antara kaum dapat diseimbangkan sekaligus dapat mengurang jarak ekonomi yang boleh menyebabkan peristiwa ini berulang kembali.

Namun, dalam kita melayari kehidupan seharian kita pada hari ini, saya sedih. Sedih kerana kaum Melayu terus lupa dan alpa. Setelah banyak keistimewaan dan kesenangan yang diberikan, hanya sedikit bakti oleh kaum Melayu kepada negara. Saya sedih dan malu kerana bangsa saya semakin hanyut.

Cuba kita perhatikan golongan Rempit, Bohsia, Bohjan, penagih dadah dan banyak lagi jenanyah samada kecil dan berat, rata-ratanya dilakukan oleh kaum Melayu.

Dan saya terus sedih apabila baru-baru ini saya menonton rancangan Bersamamu di TV3. Rancangan tersebut memaparkan kisah pahit dan kesusahan yang perlu ditempuhhi oleh sepasang suami isteri bersama dua anak mereka yang masih kecil. SI suami berbangsa cina dan isteri berbangsa india. Mereka berdua terpaksa berpisah dengan anak kcil mereka sementelah tidak mampu untuk menjaga dek penyakit yang mereka alami. Ini ditambah lagi dengan status bukan bumiputera yang menyebabkan kekurangan dalam menikmati kemudahan yang disediakan berbanding dengan nikmat yang dimiliki oleh kaum bumiputera.

Bukan niat saya untuk menidakkan apatah lagi mempersoalkan undang-undang dan perlembagaan negara kita. Tetapi saya sedih kerana orang Melayu tidak perlu megalami kesusahan seperti mereka. Walaupun ada, tetapi kesengsaraan tidaklah seperti pasangan suami isteri ini. Sepatutnya orang Melayu mensyukuri dengan terus berbakti kepada negara. Lagi pula, kebanyakan jawatan profesional di negara ini dipelopori oleh orang bumiputera.

Bagi saya, kurangkanlah soalan tentang status bumiputera atau bukan bumiputera kerana sesungguhnya kedua-dua kumpulan ini adalah warga negara Malaysia yang sah. Wahai orang Melayu, bangsaku, bangunlah! Jangan lalai. Warga saudaraku yang lain, marilah kita bersama-sama membangunkan dan mempertahankan negara kita yang tercinta ini.

p/s:Hari ini emosi terganggu melihat telatah orang di bandar. Katanya 1 Malaysia, namun tidak seperti satu. Bukan dua dan bukan juga tiga. Bahkan, berjuta ragam yang kurang mencerminkan keperibadian 1Malaysia.

Jumaat, 7 Mei 2010

Syukur Kegembiraan

Alhamdulillah...Kalimah pertama terucap selepas selesai sahaja menjawab ujian Calculus tadi. Rasa seperti saat terindah sepanjang semester ini. Saya percaya sahabat-sahabat yang lain turut merasakannya.

Keputusan peperiksaan lupakan sebentar. Yang penting, lega kerana tamat sudah semester ini dengan pelbagai rintangan, kesusahan yang dihadapi. Kini tiba masa untuk menumpukan perhatian kepada keluarga- Emak, Bapak, Udak dan lain-lain. Rindu tak terucap...Past9i mereka begitu juga.

Malam tok kol makbapaklah. Mok madah betapa nyaman rasa nyawa tok kak lepas suma ya

Alhamdulillah, Syukur ya Allah

Setelah ujian Kau timpakan, nikmat tetap Kau selitkan
Subhanallah, cintaMu tak setanding cinta yang lain