Aliran Pemikiran Tak Sama
Kenapalah selalu sangat orang tanya pasal pasangan hidup yang diimpikan kebelakangan ni?
Hari tu, adalah beberapa orang kawan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tanya kat saya- Kalau diberi pilihan, lelaki yang bagaimana menjadi pilihan hati?
Kemudian dengan yakin, tenang dan lancarnya saya menjawab-
Pertama sekali, kalalu boleh, orang nak yang dari SArawak?
Lepas tu, mereka pun memberi komen- Orang Sarawak ramai yang gitu. Kenapa orang Sarawak nak kawen ngan prang Sarawak Jer?
SAya pun menjawab- Sama gak cam orang Kelantan, Terengganu (Sebab dorang orang ganu, klate), mesti nak yang dar sama negeri...
Mereka pun bersetuju.-Betul gak. Kitorang pun memang camtu...
Lepas terdiam sebentar, saya pun memberi penjelasan Kenapa Orang Sarawak Nak Kahwin Dengan Sarawak? dengan lebih terperinci mengikut pandangan saya sebagai anak, warga Sarawak, pelajar dan kata hati.
Budaya
Kalau kita tengok secara luaran, Orang Sarawak berbeza dengan orang Semenanjung dari segi fizikal mahupun adat resam.
Orang SArawak merupakan bangsa yang mempunyai nilai toleransi yang tinggi.
Hal ini tidak dapat dinafikan memandangkan Sarawak mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan keturunan.
Bagi mengekalkan kerukunan dan keharmonian setempat, penduduk Sarawak mesti memiliki sifat tolak ansur dan hormat menghoramati
tanpa terus mengetepikan hak sendiri. Maksudnya di sini, atas sifat toleransi yang terwujud dan tertanam dalam
setiap anak SArawak kadang-kadang menjadikan segelintir orang Sarawak mudah untuk diambil kesempatan oleh orang lain ataupun sukar untuk menyesuaikan diri dengan budaya d tempat lain.
Saya tak kata orang lain tak baik, cuma Orang Sarawak ni lembut sangat hati dia.
Di Sarawak, kaum hawa dididik untuk bercakap lembut dengan sesetengah orang dan bercakap kasar dengan sesetengah orang.
Maka tidak hairan sesetengahnya menggunakan 'kamek'dan 'aku' ketika berbual dalam masa yang sama. 'Aku'digunakan antara lelaki-perempuan, manakala 'kamek'untuk sesama perempuan.
Kaum Hawa juga di ajar untuk sentiasa menganggap kaum lelaki sebagai pemimppin dan harus dihormati. Dan kaum lelaki juga mesti berlemah lembut dengan holongan perempuan.
Sebab itu ramai yang menganggap lelaki Sarawak 'lembut'orangnya.
Ada banyak lagi budaya Sarawak yang tidak sama dengan negeri-negeri lain. Bukan bermakna
Orang SArawak ni bagus-bagus semua, cuma perbezaan budaya adakalanya baik di sini,
mungkin tidak baik di sana.
Lagipun saya suka lelaki yang lembut, cakap pun 'slow' jer. KAng, tak pasal-pasal orang ingat saya suka pondan.(Saya bukan anti PLU)
Maka, ibubapa sering mengingatkan anak-anak agar memilih pasangan biarlah senegeri. senang nanti kata mereka.
Imigresen
Umum mengetahui Sarawak masih lagi mengekalkan penggunaan pasport bagi mana-mana individu yang mahu pergi ke Sarawak meskipun untuk orang Malaysia yang lain.
Atas alasan keselamatan dalam negeri dan lain-lain alasan, peraturan itu masih diamalkan.
Jadi, agak menyukarkan kalau Orang Sarawak ingin berkahwin dengan orang lain dan mahu tinggal di Sarawak.
Bahasa
Di Sarawak terdapat pelbagai bahasa yang masih dituturkan mengikut bangsa dan kawasaan geografi masing-masing.
Walaupun berbangsa melayu, tidak semestinya mereka bertutur dalam bahsa melayu yang sama.
Misalnya, orang melayu di Kuching bertutur dalam Bahasa Melayu Sarawak (Standard Melayu SArawak).
Lain bahagian, lain Bahasa Melayu nya. Belum lagi bahasa kaum peribumi yang lan yang ternyata perbezaanya.
Nanti, takut salah faham terjadi antara keluarga yang berbeza negeri kalau melibatkan bahasa.
Contohnya:
'Burit'di Sarawak bermaksud punggung. Yang mana di lain-lain negeri membawa makna perkataan mencarut.
'Padah'di SArawak bermaksud beritahu/ maklum. Yang mana di lain-lain negeri membawa maksud akibat/ natijah.
'Tikam' pula bererti baling. Kalau di lain-lain negeri maknanya-mencucuk seseorang dengan menggunakan bahan tajam sehingga membawa kecederaan.
'Pandé' maksudnya pandai. Kalau di lain tempat maksudnya bodoh.
Nah! Kan boleh membawa 'perang besar'oleh sebab perbezaan bahasa. Dahlah lidah saya ni 'agak'keras nak bertutur macam orang KL...Belajar pun jadi belaje...Tak pasal-pasal kena ketawa oleh orang.
Huruf R pun susah nak sebut, Rambutan pun jadi Ghemutan...
Makanan
Di sarawak, makanan dipengaruhi oleh orang-orang cina. Makanan bersantan/ kari jarang sekali menjadi kegemaran bagi warga SArawak.
Mereka lebih gemar makanan bersup dan rebus. Contohnya Mi Kolok. Sedapnyer...
Lagipun, saya tak boleh makaan kari, nanti sakit perut. Nak yang bersup, rebus jer...Uhuk3...
Geografi
Ha...Yang ni faktor paling utama bagi saya...Faktor Geografi.
Sedangkan dari Kuching ke Miri lagi memakan masa satu jam perjalanan naik 'belon' apatah lagi ke Sabah mahupun ke Semenanjung.
Banyak duit mau guna la...Nak balik raya susah. Kalau berdua takpe, nanti kalau dah beranak pinak beratus habis sebab tiket kapal terbang.Yang tu kalau ada promosi tiket murah.
Kalau tak, maunya beribu habis.
Apa-apapun, faktor takdir tak boleh tolak tepi. Dah Allah jodohkan kita dengan orang senegeri, terima jelah...
Tapi, saya tak menolak andai suatu hari nanti saya ditakdirkan untuk berkeluarga dengan bukan orang SArawak.
Kalau dah cinta, jangankan Laut Cina Selatan sanggup direnangi, lautan api sekalipun sanggup diredahi.
Kalau dah begitu takdirnya, jangankan ribuan ringgit dibelanjakan untuk tiket kapal terbang, sewa jet peribadi pun I sanggup!(Kalau kaya lah)hehehe
Yang penting- Semangat 1Malaysia. Tak kira di mana-manapun kita berada,
Jalur Gemilang tetap kita kibarkan bersama.
Yang di atas sekadar pandangan secara individu Kenapa saya kalau boleh nak jugak kawen ngan orang Sarawak...
Selasa, 3 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan