Rabu, 11 November 2009

Sengaja Diduga (Bahagian 4)

Tahun 2008 merupakan tahun yang bersejarah buat diri ini. Masakan tidak, pada tahun tersebut mak bapak membawa kami pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah. Sejujurnya, perasan gementar hadir tanpa diduga ketika saat-saat kaki melangkah ke airport. Sebelum itu, perasaan teruja adalah gambaran tepat untuk menggambarkan betapa gembiranya hati ini apabila mak bapak mengajak untuk bersama-sama menunaikan umrah sekaligus menjadikan umrah sebagai masa percutian yang paling menyeronokkan.

Semasa di sana, pelbagai peristiwa yang berlaku dan telah mengubah hidup saya. Saya menjadi semakin berani dalam menghadapi ujian Allah dan tabah untuk melalui segala rintangan yang terbentang di hadapan. Selain itu, peristiwa yang berlaku benar-benar menyentuh kalbu dan membisikkan kata semangat agar mengubah sifat yang buruk menjadi sifat lebih baik lagi.

Hidup tak semestinya indah, langit tak selalu cerah...

Dan sekarang setelah setahun berlalu, saya telahpun menamatkan pengajian diploma dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Kimia Gunaan.

Dugaan datang lagi. Ujian-ujian untuk semua subjek menunjukkan peluang yang tipis untuk saya menggenggam gelaran Anugerah Dekan. Namun, saya percaya tiada yang mustahil walaupun di saat akhir. Andai tiada rezeki, siapa saya untuk menyoal soal pemberian rezeki. Saya yakin, suatu hari nanti pasti akan ada kegembiraan menanti.

Tiada ulasan: