Saya kecundang di matrikulasi. Sedih, dan tertekan menjadi satu. SAya marah dengan diri sendriri. Kenapa aku gagal?Bukan aku tak study... Saya malu dengan diri sendiri, rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga yang lain. Saya gagal dalam mencapai cita-cita saya dan keluarga. Malu saya, malu lag ibubapa saya. Kecewa saya, kecewa lagi mereka. Mereka tidak mengatakan kepada saya, namun saya dapat membaca dari raut wajah dan pancaran mata mereka.
Ya, mereka tetap berbngga dengn saya. Kata mak-"Walaupun kau gagal, nak. Mak tak kecewa sebab gagalmu bukan kerana sikapmu. Namun dah bukan rezekimu,nak. Mak bangga kerana kau elajar yang berdisiplin.Usaha dan terus usaha lagi-
Begitu terharunya saya apabila mak mengatakan kata-kata semangat itu. Selepas mak bapa, abang dan kakak mengetahui saya gagal, tiba-tiba hari itu saya menjadi insan paling popular. Yelah, dari pagi sampai ke malam, telefon tak henti-henti menjerit. Mereka semua memberi kata- kata perangsang untuk saya lebih berusaha dan sesekali tidak berputus asa.
Tamat sahaja pengajian matrikulasi (gagal ketika semester terakhir), saya pun balik ke rumah. Menanti keputusan kelayakan untuk masuk ke universiti bagi peringkat diploma. Waktu itu, saya dah tak kisah bidang apa yang bakal ditawarkan. Yang pastinya pada ketika itu, saya seakan-akan berputus asa dengan bidang sains. Fikir saya, mungkin bidang lain menjanjikan peluang yang lebih baik untuk saya.
Beberapa minggu bercuti setelah tamat matrikulasi, saya mendapat berita yang memberi harapan baru kepada saya. Saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma di IPTA. Walaupun sekadar diploma, saya tetap gembira. Raka-rakan seangkatan yang lain turut meraikan kejayaan mereka untuk melanjutkan ke peringkat ijazah. Malu? SAya tolak ke tepi. Biar berdikit-dikit dahulu. Rezeki masing-masing telah Allah tentukan sedari awal lagi.
Maka, pada 2 Julai 2006 bermulalah kehidupan saya sebagai mahasiswa. Saat itu, saya terkenangkan kenangan ketika di sekolah dahulu.
Ketika di sekolah, saya merupakan pelajar yang 'biasa-biiasa'sahaja. Bukanlah pelajar terbaik mahupun tercorot. Menduduki kelas kedua daripada empat buah kelas memberi impak positif untuk saya untuk saya lebih tekun belajar dan beruasaha. Namun, saya bukanlah tergolong dalam golongan yang 24jam belajar. Tabiat saya yang suka tidur di dalam kelas dan tidak sesekali membawa latihan atau belajar di asrama menjadikan saya bukanlah pelajar super.
Sekitar tahun 2003, saya berkenalan dengan seorang pelajar baru yang juga merupakan setingkatan dengan saya. Pada ketika itu, dia ditempatkan sebilik dengan saya. Atas tanggungjawab sebagai Ketua Aspuri B dan senior di bilik saya, saya melayani Pelajar tersebuat. Biarlah saya gelarkan dia sebagai Z.
Semakin lama saya berkawan dengannya, saya mendapati beberapa peristiwa yang pada saya aneh. Setelah saya selidiki dan dalami, saya mendapati bahawa Z seorang gadis songsang. Pada mulanya saya hanya ceritakan kepada sahabat baik saya dari Tingkatan Satu lagi iaitu N. Namun, kami berdua tidak berani untuk membuat kesimpulan, tetapi hanya menunggu dan melihat sejauh mana kesongsangan Z.
Setahun saya berkawan dengan Z mampu membuatkan saya tertekan. Saya tidak suka apa yang dilakukannya tetapi dalam masa yang sama takut untuk menyatakannya. Pada masa yang saya, saya berubah tingkah. Ibubapa dan ahli keluarga yang lain pelik dengan perubahan saya. Saya menjadi gadis yang murung dan pendiam. Sedangkan sebelum ini saya merupakan seorag yng ceria dan tidak merahsiakan apa-apa daripada pengetahuan keluarga. Saya juga sedar akan perlakuan saya itu tidak disenangi oleh orang tua. Namun hati saya menjadi keras dan cepat melenting. Sikap saya itu berlarutan selama tiga tahun.(bersambung...)
Selasa, 3 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan