Negara kita yang tercinta ini merupakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Laungan kebebasan bersuara sering kita dengari saban hari. Ada pihak yang mendakwa negara kita kita mampu untuk menjadi sebuah negara maju lantaran kebebasan bersuara daripada setiap pihak sering disekat.
Namun sejauh manakah Kebebasan bersuara itu penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju?
Bagi saya, kebebasan bersuara itu sangat penting lantaran status negara kita sebagai negara merdeka. Namun, adalah lebih penting untuk kita semua mempringatkan diri sendiri bahawa tiada kebebasan mutlak dalam menyuarakan pendapat. Dengan keadaan negara yang pelbagai kaum dan budaya, sensitiviti masyarakat merupakan kayu ukur dalam mempersembahkan karya minda masing-masing. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya meyuarakan ketidak puasan hati masing-masing. Lantaran itu, tindakan pihak berwajib dalam menyekat kegiatan seperti umum rapat yang tidak mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa mesti dipuji.
Bayangkanlah sekiranya semua orang mahu bersuara, siapa pula mahu mendengar. Sekiranya terlalu bebas bersuara, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak andai kekacauan berlaku suatu hari kelak.
Dan bayangkanlah golongan homoseksual sudah berani bersuara menuntut kebebasan mereka dalam melakukan perlakuan sumbang tersebut agar diterima masyarakat, apakah kita sanggup untuk menghadapinya?
Andai kata golongan rempit juga sudah berani membuat persatuan dan bersama-sama berarak untuk menuntut semua agar menghalalkan sahaja budaya rempit, apakah kita sanggup untuk membiarkan mereka begitu sahaja?
Nah, di sini walaupun negara kita sudah merdeka, bukan bermakna kita bebas untuk bersuara sesuka hati.
NAmun sekiranya kita menghadapi permasalahan dan mahu suara kita didengari, maka gunakan pendekatan yang berhemah dengan melalui saluran yang baik. Bukan dengan membuat perhimpunan haram yang hanya mengganggu orang awam, bahkan boleh mencetuskan kemalangan sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Ya, memang benar. Hati manusia memang sukar untuk dipuaskan.
Bermesyuaratlah dan berbincang baik-baik untuk mencapai persepakatan yang dapat menguntungkan semua pihak.
Jangan kolotkan pemikiran kita dengan laungan "Kebebasan Bersuara".Tanpa kita sedari, Kebebasan Bersuara hanyalah slogan orang barat untuk menjajah minda kita. Tidak perlu kta ikut cara mereka. Lihatlah, kerana kebebasan itu, negara mereka lebih mudah mengalami keganasan dan pergaduhan. Ini semua kerana mulut.
Benarlah peribahasa Melayu
Kerana pulut, Santa binasa,
Kerana mulut, badan binasa
Semua perkara ada batasnya.
Tiada yang abadi di dunia ini. Ingatlah kepada Allah kita berserah...
Selasa, 3 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan