Hiye!
Mula-mula sekali di SHOAW. Rumets masa ya nang rami. Mun sik salahla adalah kamek urang berpadat 22 urang lam bilit ya. Antara rumet nak paling rapat- izah, ijan, siti ket, emi...(sik ingatlah nama daknya. dekat-dekat nak sama). Sik banyak kamek urang share. Namapun sekejap jak rah sekolah ya. Pi mun muka nang ingatlah
Kasya pindah ke SMSK. Nang bes gilak sekolah ya. Paling banyak kenangan. Nakkah membesar di sekolah ya. Ngenal peel manusia, ngenal reti kawan, macam-macamlah...
Tahun 2000 di Desa Damai, bilit nombor 6 aka PB6. Masa ya ada 8 urang tmasok dirik pun-Kak fizah, Kak Esot, Kak(Xingat), Kak Ju (paling rapat), Kak Nor (rapat gilak), kak wan (rapat juak) ngan izat. Nang bes masa ya. Terutama masa nak Hari Terbuka. Kamek urang nok f1 ngan f2( me, izat and kak wan) di suroh nyuci penjan. Nyental segala dak dakik, debu. Nyapu sampah. Kak Nor f3 masa ya. Nya dah upgrade, jadi kejanya bahagian dekorasi. Kak ju form 4, jadi nya gikla up. Nya diberi kepercayaan untuk ngecat bilit. Kira jawatan yang hebatlah masa ya. Haha...Dak kakak form 5, daknya rilek kit, pi berat juak tugas daknya iaitu komen, ngarah, ngan polah keja-keja tambahan. Pi x ingatlah pa dipolah sidak pi paling berjasa antara semua.
Daknya memang sahabat sejati. Walaupun daknya senior, p daknya bait gilak. Masa ari pertama sampe, daknya nang nulong banyak benda. Nasihat banyak perkara. Ajar banyak hal. Yang paling penting, daknya tunjukkan kasih sayang walaupun kamekorang suma nya sik ada pertalian darah. Berayielah ngan kitakorang!
Masok taun 2001, kak fizah, kak esot ngan kak(xingat) abis sekolah. SPM daknya nang gempak terutama kak fizah. Sik tauk pa cita daknya nektok. Keluar jak daknya masoklah junior form 1. Masaya Annette, Fiza ngan Sheona. Nak lain maseh ada gik. Taun tok pun bes juak. Junior nang kamceng. Rapat juak ngan kak Ju. Banyak benda kamek duak kongsi. Mun nya nyesah baju, kamek bilas baju. Nang mala bedoyo kamek duak. Ada jak cerita kamek duak share. Nang kedak adik beradik jak rupa kamek duak masa ya. Ngan kak nor masa ya masih takut-takut. Ngan izat bes juak. Kamek duak suka ganas-ganas. Dahla sekelas dari f1. F2 pun sama juak. Kak wan boh kata. Mek duak macam besfren jak lam bilit. Haha...Ada jak benda kamek duak share tapi rahsia. Lawaklah kak wan ya. Mun ngan annette, shely ngan fiza teman k min. Daknya kan junior...Masa hari terbuka taun ya, bes juak. Walaupun masih ngan keja nyental-nyental penjan, lante, pi kak ju beri kepercayaan untuk nolong nya ngecat. I kan suka keja ngecat-ngecat tok...Kamek orang dapat nombor masa ya. Pi sik ingat. Pi dapat adiah!!!hehehe
Nait form 3, kak ju dah abis. Tinggal Kak nor, kak wan, izat, annette, sheona, fiza. masok miak baru form 1, janah namanya. Kesian nya, salu jak dibuli mekorang bila bangun ahe. Mintak tolong nya iron baju. Pi sik jadi hal sebab kamekorang kan mesra. Masa tok nang rapat gilak ngan kak nor. Banyak benda kamek duak share. Ngan izat rasanya dah lain kelas. Aok, nya masok Beta. I nie, masuk Gama jer...Sik kesahlah kelas apa! Janji i dapat 8A PMR taun ya. Masa ari terbuka, kamek duak izat dah upgrade. Sik agik keja-keja nyental ya. Dah bahagian dekorasi. PI i kan sentiasa nyebok. Jadi suma keja i ada polah. Ngecat, hias, jait langsir...suma la. Nak paling havoc nya, langsir jait k tangan ya!nang sik tido malam ya. Dapat juak kamek orang nombor masa ya.
Form 4 tok malas kit ku nak nyerita. Sik da nak bes. Izat ngan kak wan dah lain bilit. Kak nor dah abis SPM. Tinggal la kamek sorang jadi otai PB6 ya. Rapat pun ngan annette ngan fiza jak. Sheona masa ya dah pindah sekolah. Apa ya nya mok juak ngekot besfren nya ya pindah sekolah. sedih da jak!Masok miak baru, ya pun sik ingat nama daknya. Pi nak bes, bilit i jadi tempat lepak pijot ngan nono. Kadang-kadang ada juak dak akma berambeh. Kegembiraan mti sebab ada miak baru sik bes masok bilit. Nak erannya i jadi kawan nya indah. Ah, malas mok ingat masa form 4!
Nait form 5 nang bahagia. Masa ya kamekorang dirombak. Semua tukar bilit, blok, rumets. Apa ya ngekot sistem rumah. Huh, nasib bait dapat rumetz bagus-bagus. Nang bagus-bagus daknya. Nadya(amek doktor nektok)sama batch,ezza pun sama batch (ngambik geologi).SPM kamek tiga jadi contoh ke adik-adik bilit. Nadya dapat 9A, ezza 6A1(xingat resultnya. Pi nang 6A1), dan diri sendiri dapat 7A. Sherly ngan husna pun bagus. Duak-duak MPP dan pelajar cemerlang. Radhi boh padah. Nang best student(nya dapat straight A1 spm).Glo, Sabatini, ain, nurul, anim...em...sapa gik owh?kamek orang ada 12 urang bah lam bilit ya. sik ingat indah maka kamekurang rapat. Yang pastinya daknya ya nang top 10 lam tingkatan, aktif sukan dan persatuan. Ada 2(anim n X) F1, 2 F2(nurul, ain), 3 F3(radhi, glo, Sabatini), 2 F4(husna, sher), 3 F5(me, nadya,ezza). Form 5 kamek molah peel. Jadi sik banyaklah mok cerita.Ada bagus ada sik. Nak bagusnya, kamek jumpa sahabat sejati. Sampe nektok masih kontek.Daknya rami di UNIMAS
Masok matrix taun 2005...Rumetz masa ya-la, noi ngan nurul. Noi ngan nurul miak Sabah. Sukalah berkawan ngan miak Sabah. Daknya pun kedak miak Sarawak juak. Toleransi, sangat memahami, caring, funny. Walaupun bok jumpa masa ya terus lekat di hati. La miak Sarawak. Nya rapat ngan nurul. Banyak gilak nak nya duak sama. Duak-duak ada 2 abang, ada adik ompuan, anak ketiga. Tapi La lahir bulan 8, Nurul bulan 12. I plak ngan noi. Sama-sama bongsu, 6 adik beradik, ada abang dan kakak. nya bulan 10, i bulan 9.
Taun 2006 masun UiTM Samarahan...Rumet masa part 1-dayang,lila, izati.
Taun 2007- ngan kakak dikpun. Hahaha...lucu mek duak!Sik payah cerita. Nama pun adik beradik!
Taun 2007/2008-ngan Kak Fai. Walaupun sama umo, pi mok juak nunggah nya KAK FAI! Nektok kamek duak maseh kontek. Mek duak sama kos. Pi nya senior setahun la...Bes sebilit ngan nya. Lupak pada, kamek duak ada imaginary roomate iaitu JIHAH!Lawak kamek 3. Kamek 3 salu bertazkirah.Kak fai ngan jihah dari Sekolah agama. I plak ala-ala sekolah ala-ala agama. Kak fai anak ustazah, jihah anak imam!Kamek duak jihah salu ngabis makanan kak fai. Apa ya nya mala sik abis makan. Kamek duak tok kuat makan!
Taun 2008/2009-ngan mizan.Kamek duak tok rapat. Namapun sekelas. Salu kelai. Ada jak sik puas ati. Kasya tetak. I selalu kalah olehnya sebab nya suka nyakat. Kamek pulak salu polah benda-benda merepek sampe nya dah sik lalek gik. Bak katanya, nya dah kenal benar ngan i. So, sikda surprise gik. i ada juak kadang-kadang nyak kalah. Pi jarang gilak. Nya orang kelantan yang amatlah fasih kelakar Sarawak. Dah kedak urang Sarawak dah nya. Pak kak mukanya ya nang muka Kelantan! Hahaha...oh, sarang(mek duak suka sebut sarang,wai k ganti nama)
Taun tok di UiTM Shah Alam-ngan AINA!Hoho...sayang kat aina. Nya tok banyak mengalah. Matang, pande...Tinggi!Orang perak. Kamek duak ada juak persamaan. Sikda gerek, sik pernah gi wayang, sik suka bisin, sik suka bilit serabut sebabya bilit mek duak mala dipuji urang kemas!Kamek duak pun dapat pujian dari kolej(dalam surat pemeriksaan bilik-Tahniah, bilik kemas dan bersih).Nya miak fizik, i miak kimia. Pi sem depan kamek duak dah sik sama gk sebab i akan tinggal ngan mizan,jadi miak NR. Kelakar ngan aina kadang-kadang k KL, kasya BM baku...Mun dah sik larat lidah tok, kelakar Sarawak jak. Nya macam paham-paham jak. Boleh juak ngajar nya kelakar Sarawak.
Oh, saya sayang KAMU-KAMU TEMAN SEBILIKKU.
Ada rezeki kita brjumpa lagi...
Rabu, 11 November 2009
Sengaja Diduga (Bahagian 4)
Tahun 2008 merupakan tahun yang bersejarah buat diri ini. Masakan tidak, pada tahun tersebut mak bapak membawa kami pergi ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah. Sejujurnya, perasan gementar hadir tanpa diduga ketika saat-saat kaki melangkah ke airport. Sebelum itu, perasaan teruja adalah gambaran tepat untuk menggambarkan betapa gembiranya hati ini apabila mak bapak mengajak untuk bersama-sama menunaikan umrah sekaligus menjadikan umrah sebagai masa percutian yang paling menyeronokkan.
Semasa di sana, pelbagai peristiwa yang berlaku dan telah mengubah hidup saya. Saya menjadi semakin berani dalam menghadapi ujian Allah dan tabah untuk melalui segala rintangan yang terbentang di hadapan. Selain itu, peristiwa yang berlaku benar-benar menyentuh kalbu dan membisikkan kata semangat agar mengubah sifat yang buruk menjadi sifat lebih baik lagi.
Hidup tak semestinya indah, langit tak selalu cerah...
Dan sekarang setelah setahun berlalu, saya telahpun menamatkan pengajian diploma dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Kimia Gunaan.
Dugaan datang lagi. Ujian-ujian untuk semua subjek menunjukkan peluang yang tipis untuk saya menggenggam gelaran Anugerah Dekan. Namun, saya percaya tiada yang mustahil walaupun di saat akhir. Andai tiada rezeki, siapa saya untuk menyoal soal pemberian rezeki. Saya yakin, suatu hari nanti pasti akan ada kegembiraan menanti.

Selasa, 3 November 2009
Kebebasan Bersuara: Mutlak?
Negara kita yang tercinta ini merupakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Laungan kebebasan bersuara sering kita dengari saban hari. Ada pihak yang mendakwa negara kita kita mampu untuk menjadi sebuah negara maju lantaran kebebasan bersuara daripada setiap pihak sering disekat.
Namun sejauh manakah Kebebasan bersuara itu penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju?
Bagi saya, kebebasan bersuara itu sangat penting lantaran status negara kita sebagai negara merdeka. Namun, adalah lebih penting untuk kita semua mempringatkan diri sendiri bahawa tiada kebebasan mutlak dalam menyuarakan pendapat. Dengan keadaan negara yang pelbagai kaum dan budaya, sensitiviti masyarakat merupakan kayu ukur dalam mempersembahkan karya minda masing-masing. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya meyuarakan ketidak puasan hati masing-masing. Lantaran itu, tindakan pihak berwajib dalam menyekat kegiatan seperti umum rapat yang tidak mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa mesti dipuji.
Bayangkanlah sekiranya semua orang mahu bersuara, siapa pula mahu mendengar. Sekiranya terlalu bebas bersuara, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak andai kekacauan berlaku suatu hari kelak.
Dan bayangkanlah golongan homoseksual sudah berani bersuara menuntut kebebasan mereka dalam melakukan perlakuan sumbang tersebut agar diterima masyarakat, apakah kita sanggup untuk menghadapinya?
Andai kata golongan rempit juga sudah berani membuat persatuan dan bersama-sama berarak untuk menuntut semua agar menghalalkan sahaja budaya rempit, apakah kita sanggup untuk membiarkan mereka begitu sahaja?
Nah, di sini walaupun negara kita sudah merdeka, bukan bermakna kita bebas untuk bersuara sesuka hati.
NAmun sekiranya kita menghadapi permasalahan dan mahu suara kita didengari, maka gunakan pendekatan yang berhemah dengan melalui saluran yang baik. Bukan dengan membuat perhimpunan haram yang hanya mengganggu orang awam, bahkan boleh mencetuskan kemalangan sekiranya tidak ditangani dengan baik.
Ya, memang benar. Hati manusia memang sukar untuk dipuaskan.
Bermesyuaratlah dan berbincang baik-baik untuk mencapai persepakatan yang dapat menguntungkan semua pihak.
Jangan kolotkan pemikiran kita dengan laungan "Kebebasan Bersuara".Tanpa kita sedari, Kebebasan Bersuara hanyalah slogan orang barat untuk menjajah minda kita. Tidak perlu kta ikut cara mereka. Lihatlah, kerana kebebasan itu, negara mereka lebih mudah mengalami keganasan dan pergaduhan. Ini semua kerana mulut.
Benarlah peribahasa Melayu
Kerana pulut, Santa binasa,
Kerana mulut, badan binasa
Semua perkara ada batasnya.
Tiada yang abadi di dunia ini. Ingatlah kepada Allah kita berserah...

Sengaja Diduga (Bahagian 3)
Saya kecundang di matrikulasi. Sedih, dan tertekan menjadi satu. SAya marah dengan diri sendriri. Kenapa aku gagal?Bukan aku tak study... Saya malu dengan diri sendiri, rakan-rakan, jiran dan ahli keluarga yang lain. Saya gagal dalam mencapai cita-cita saya dan keluarga. Malu saya, malu lag ibubapa saya. Kecewa saya, kecewa lagi mereka. Mereka tidak mengatakan kepada saya, namun saya dapat membaca dari raut wajah dan pancaran mata mereka.
Ya, mereka tetap berbngga dengn saya. Kata mak-"Walaupun kau gagal, nak. Mak tak kecewa sebab gagalmu bukan kerana sikapmu. Namun dah bukan rezekimu,nak. Mak bangga kerana kau elajar yang berdisiplin.Usaha dan terus usaha lagi-
Begitu terharunya saya apabila mak mengatakan kata-kata semangat itu. Selepas mak bapa, abang dan kakak mengetahui saya gagal, tiba-tiba hari itu saya menjadi insan paling popular. Yelah, dari pagi sampai ke malam, telefon tak henti-henti menjerit. Mereka semua memberi kata- kata perangsang untuk saya lebih berusaha dan sesekali tidak berputus asa.
Tamat sahaja pengajian matrikulasi (gagal ketika semester terakhir), saya pun balik ke rumah. Menanti keputusan kelayakan untuk masuk ke universiti bagi peringkat diploma. Waktu itu, saya dah tak kisah bidang apa yang bakal ditawarkan. Yang pastinya pada ketika itu, saya seakan-akan berputus asa dengan bidang sains. Fikir saya, mungkin bidang lain menjanjikan peluang yang lebih baik untuk saya.
Beberapa minggu bercuti setelah tamat matrikulasi, saya mendapat berita yang memberi harapan baru kepada saya. Saya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma di IPTA. Walaupun sekadar diploma, saya tetap gembira. Raka-rakan seangkatan yang lain turut meraikan kejayaan mereka untuk melanjutkan ke peringkat ijazah. Malu? SAya tolak ke tepi. Biar berdikit-dikit dahulu. Rezeki masing-masing telah Allah tentukan sedari awal lagi.
Maka, pada 2 Julai 2006 bermulalah kehidupan saya sebagai mahasiswa. Saat itu, saya terkenangkan kenangan ketika di sekolah dahulu.
Ketika di sekolah, saya merupakan pelajar yang 'biasa-biiasa'sahaja. Bukanlah pelajar terbaik mahupun tercorot. Menduduki kelas kedua daripada empat buah kelas memberi impak positif untuk saya untuk saya lebih tekun belajar dan beruasaha. Namun, saya bukanlah tergolong dalam golongan yang 24jam belajar. Tabiat saya yang suka tidur di dalam kelas dan tidak sesekali membawa latihan atau belajar di asrama menjadikan saya bukanlah pelajar super.
Sekitar tahun 2003, saya berkenalan dengan seorang pelajar baru yang juga merupakan setingkatan dengan saya. Pada ketika itu, dia ditempatkan sebilik dengan saya. Atas tanggungjawab sebagai Ketua Aspuri B dan senior di bilik saya, saya melayani Pelajar tersebuat. Biarlah saya gelarkan dia sebagai Z.
Semakin lama saya berkawan dengannya, saya mendapati beberapa peristiwa yang pada saya aneh. Setelah saya selidiki dan dalami, saya mendapati bahawa Z seorang gadis songsang. Pada mulanya saya hanya ceritakan kepada sahabat baik saya dari Tingkatan Satu lagi iaitu N. Namun, kami berdua tidak berani untuk membuat kesimpulan, tetapi hanya menunggu dan melihat sejauh mana kesongsangan Z.
Setahun saya berkawan dengan Z mampu membuatkan saya tertekan. Saya tidak suka apa yang dilakukannya tetapi dalam masa yang sama takut untuk menyatakannya. Pada masa yang saya, saya berubah tingkah. Ibubapa dan ahli keluarga yang lain pelik dengan perubahan saya. Saya menjadi gadis yang murung dan pendiam. Sedangkan sebelum ini saya merupakan seorag yng ceria dan tidak merahsiakan apa-apa daripada pengetahuan keluarga. Saya juga sedar akan perlakuan saya itu tidak disenangi oleh orang tua. Namun hati saya menjadi keras dan cepat melenting. Sikap saya itu berlarutan selama tiga tahun.(bersambung...)

Aliran Pemikiran Tak Sama
Aliran Pemikiran Tak Sama
Kenapalah selalu sangat orang tanya pasal pasangan hidup yang diimpikan kebelakangan ni?
Hari tu, adalah beberapa orang kawan yang berasal dari Semenanjung Malaysia tanya kat saya- Kalau diberi pilihan, lelaki yang bagaimana menjadi pilihan hati?
Kemudian dengan yakin, tenang dan lancarnya saya menjawab-
Pertama sekali, kalalu boleh, orang nak yang dari SArawak?
Lepas tu, mereka pun memberi komen- Orang Sarawak ramai yang gitu. Kenapa orang Sarawak nak kawen ngan prang Sarawak Jer?
SAya pun menjawab- Sama gak cam orang Kelantan, Terengganu (Sebab dorang orang ganu, klate), mesti nak yang dar sama negeri...
Mereka pun bersetuju.-Betul gak. Kitorang pun memang camtu...
Lepas terdiam sebentar, saya pun memberi penjelasan Kenapa Orang Sarawak Nak Kahwin Dengan Sarawak? dengan lebih terperinci mengikut pandangan saya sebagai anak, warga Sarawak, pelajar dan kata hati.
Budaya
Kalau kita tengok secara luaran, Orang Sarawak berbeza dengan orang Semenanjung dari segi fizikal mahupun adat resam.
Orang SArawak merupakan bangsa yang mempunyai nilai toleransi yang tinggi.
Hal ini tidak dapat dinafikan memandangkan Sarawak mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan keturunan.
Bagi mengekalkan kerukunan dan keharmonian setempat, penduduk Sarawak mesti memiliki sifat tolak ansur dan hormat menghoramati
tanpa terus mengetepikan hak sendiri. Maksudnya di sini, atas sifat toleransi yang terwujud dan tertanam dalam
setiap anak SArawak kadang-kadang menjadikan segelintir orang Sarawak mudah untuk diambil kesempatan oleh orang lain ataupun sukar untuk menyesuaikan diri dengan budaya d tempat lain.
Saya tak kata orang lain tak baik, cuma Orang Sarawak ni lembut sangat hati dia.
Di Sarawak, kaum hawa dididik untuk bercakap lembut dengan sesetengah orang dan bercakap kasar dengan sesetengah orang.
Maka tidak hairan sesetengahnya menggunakan 'kamek'dan 'aku' ketika berbual dalam masa yang sama. 'Aku'digunakan antara lelaki-perempuan, manakala 'kamek'untuk sesama perempuan.
Kaum Hawa juga di ajar untuk sentiasa menganggap kaum lelaki sebagai pemimppin dan harus dihormati. Dan kaum lelaki juga mesti berlemah lembut dengan holongan perempuan.
Sebab itu ramai yang menganggap lelaki Sarawak 'lembut'orangnya.
Ada banyak lagi budaya Sarawak yang tidak sama dengan negeri-negeri lain. Bukan bermakna
Orang SArawak ni bagus-bagus semua, cuma perbezaan budaya adakalanya baik di sini,
mungkin tidak baik di sana.
Lagipun saya suka lelaki yang lembut, cakap pun 'slow' jer. KAng, tak pasal-pasal orang ingat saya suka pondan.(Saya bukan anti PLU)
Maka, ibubapa sering mengingatkan anak-anak agar memilih pasangan biarlah senegeri. senang nanti kata mereka.
Imigresen
Umum mengetahui Sarawak masih lagi mengekalkan penggunaan pasport bagi mana-mana individu yang mahu pergi ke Sarawak meskipun untuk orang Malaysia yang lain.
Atas alasan keselamatan dalam negeri dan lain-lain alasan, peraturan itu masih diamalkan.
Jadi, agak menyukarkan kalau Orang Sarawak ingin berkahwin dengan orang lain dan mahu tinggal di Sarawak.
Bahasa
Di Sarawak terdapat pelbagai bahasa yang masih dituturkan mengikut bangsa dan kawasaan geografi masing-masing.
Walaupun berbangsa melayu, tidak semestinya mereka bertutur dalam bahsa melayu yang sama.
Misalnya, orang melayu di Kuching bertutur dalam Bahasa Melayu Sarawak (Standard Melayu SArawak).
Lain bahagian, lain Bahasa Melayu nya. Belum lagi bahasa kaum peribumi yang lan yang ternyata perbezaanya.
Nanti, takut salah faham terjadi antara keluarga yang berbeza negeri kalau melibatkan bahasa.
Contohnya:
'Burit'di Sarawak bermaksud punggung. Yang mana di lain-lain negeri membawa makna perkataan mencarut.
'Padah'di SArawak bermaksud beritahu/ maklum. Yang mana di lain-lain negeri membawa maksud akibat/ natijah.
'Tikam' pula bererti baling. Kalau di lain-lain negeri maknanya-mencucuk seseorang dengan menggunakan bahan tajam sehingga membawa kecederaan.
'Pandé' maksudnya pandai. Kalau di lain tempat maksudnya bodoh.
Nah! Kan boleh membawa 'perang besar'oleh sebab perbezaan bahasa. Dahlah lidah saya ni 'agak'keras nak bertutur macam orang KL...Belajar pun jadi belaje...Tak pasal-pasal kena ketawa oleh orang.
Huruf R pun susah nak sebut, Rambutan pun jadi Ghemutan...
Makanan
Di sarawak, makanan dipengaruhi oleh orang-orang cina. Makanan bersantan/ kari jarang sekali menjadi kegemaran bagi warga SArawak.
Mereka lebih gemar makanan bersup dan rebus. Contohnya Mi Kolok. Sedapnyer...
Lagipun, saya tak boleh makaan kari, nanti sakit perut. Nak yang bersup, rebus jer...Uhuk3...
Geografi
Ha...Yang ni faktor paling utama bagi saya...Faktor Geografi.
Sedangkan dari Kuching ke Miri lagi memakan masa satu jam perjalanan naik 'belon' apatah lagi ke Sabah mahupun ke Semenanjung.
Banyak duit mau guna la...Nak balik raya susah. Kalau berdua takpe, nanti kalau dah beranak pinak beratus habis sebab tiket kapal terbang.Yang tu kalau ada promosi tiket murah.
Kalau tak, maunya beribu habis.
Apa-apapun, faktor takdir tak boleh tolak tepi. Dah Allah jodohkan kita dengan orang senegeri, terima jelah...
Tapi, saya tak menolak andai suatu hari nanti saya ditakdirkan untuk berkeluarga dengan bukan orang SArawak.
Kalau dah cinta, jangankan Laut Cina Selatan sanggup direnangi, lautan api sekalipun sanggup diredahi.
Kalau dah begitu takdirnya, jangankan ribuan ringgit dibelanjakan untuk tiket kapal terbang, sewa jet peribadi pun I sanggup!(Kalau kaya lah)hehehe
Yang penting- Semangat 1Malaysia. Tak kira di mana-manapun kita berada,
Jalur Gemilang tetap kita kibarkan bersama.
Yang di atas sekadar pandangan secara individu Kenapa saya kalau boleh nak jugak kawen ngan orang Sarawak...

Langgan:
Catatan (Atom)