Selasa, 27 Oktober 2009

Sengaja Diduga

Tanggal 22-10-2009, Istiadat Konvokesyen ke-71 untuk sidang 12 diadakan. Salah satu program yang terlibat ialah Diploma SAins.

Bermcam-macam perasaan bermain ketika itu. ANtara gembira, terkilan, sedih dan teruja menjadi satu. Gembira kerana usaha tiga tahun semasa diploma terbayar dengan 'segulung' skrol yang dinantikan. Namun, kegembiraan seakan-akan pudar apabila masa yang ada untuk diluangkan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan terlalu singkat.

Seawal jam 12tengah hari, semua graduan yang terlibat diminta untuk berada di hadapan HEP. Gembira bukan kepalang apabila menatap wajah rakan-rakan yang telah sekian lama tidak bersua. Teruja apabila melihat kegembiraan di wajah masing-masing.

Namun terselit di hati suatu perasaan halus yang membisikkan kata-kata sedih kerana selepas ini pastinya kami semua akan berpisah, meneruskan perjalanan hidup masing-masing yang tentunya berbeza arah. Segala kenangan indah semasa bersama-sama melayari kehidupan selama tiga tahun akan tetap tersemat di jiwa. Setiap kenangan manis menjadi memori mesti disimpan. Tidak lupa juga kenangan pahit, tetap tidak dilupakan. Segala sengketa seolah-olah hilang begitu sahaja apabila hari Konvokesyen tiba. Kami seolah-olah hanya meraikan kegembiraan bersama. Biarlah yang pahit menjadi pedoman untuk kami menjadi lebih matang.

Tiada ulasan: