Khamis, 15 Oktober 2009

Sengaja Di Duga (bahagian 1)

Setelah sekian lama berhempas pulas untuk menimba ilmu selama tiga tahun, akhirnya dibayar dengan hari konvokesyen. Tahniah kepada semua graduan UiTM seluruh Malaysia yang akan begraduan pada 15-27 haribulan oktober 2009. Istiadat Konvokesyen diadakan di kampus utama UiTM, UiTM Shah Alam. Istiadat Konvokesyen kali ini bakal menyaksikan lebih ramai graduan dari semua peringkat peringkat pengajan iaitu bermula peringkat diploma sehinggalah peringkat doctor falsafah.

Dan hari ini merupakan hari pertama siding konvokesyen yang telah bemula seawal pagi lagi. Rias wajah yang terpancar pada wajah setiap ibubapa dan ahli keluarga menunjukkan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak terhingga. Bukankah menjadi harapan dan kebanggaan setiap ibubapa apabila anak-anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading seterusnya berjaya menamatkan pengajian mereka.

Walau apapun keputusan yang diperolehi oleh setiap graduan sama ada First Class sehingga Lower Class , tetap tidak mengubah kegembiraan pada mereka.

Saya sendiri, merupakan graduan yang bakal ditabalkan naik ke pentas pada minggu hadapan dan adalah graduan peringkat Diploma. Terus terang saya katakana bahawa bukan mudah untuk bergelar pelajar university. Bermula dari peringkat sekolah rendah, angan-angan telah dipupuk iaitu untuk bergelar pelajar universiti. Cabaran demi cabaran diharungi. Peperiksaan UPSR pada tahun 1999 melayakkan saya sebaris dengan pelajar SBP yang lain sebagai pelajar terpilih seluruh Malaysia.

Bercakap mengenai SBP, Sekolah Berasrama Penuh merupakan satu jenama sekolah yang begitu gah sekali di Malaysia. Pelajar diselia rapi oleh pihak pentadbiran sekolah bagi membentuk warga Negara yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang pelajaraan bahkan dalam bidang sukan dan kepimpinan. Dan perkara asas yang penting yang saya pelajari selama lima tahun di SBP ialah untuk menjadi anak yang soleh apabila penekanan dalam pendidikan dan amalan agama Islam yang tinggi. Selain itu, menjadi gadis yang fleksibel iaitu mampu menyerlah dalam pelbagai bidang seperti sukan dan persatuan. Sifat kepimpinan yang ditanam di peringkat sekolah menjadikan saya seorang yang bertanggungjawab sekaligus memberi kelebihan untuk saya menjadi salah seorang ahli jawatankuasa persatuan ketika di universiti.

Namun begitu, hari tidak selalu cerah. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Kejayaan untuk masuk ke dalam kelompok pelajar terpilih suatu ketika dahulu, bukanlah tiket untuk berjaya yang mutlak. Selepas menerima keputusan SPM pada tahun 2004, saya ditawarkan ke matrikulasi. Secara jujurnya, saya kurang gembira dengan berita kemasukan itu sementalah saya berharap untuk menyambung sahaja di peringkat diploma. Namun, kegembiraan dan kebanggaan orang tua membuatkan saya tidak sampai hati untuk menolak tawaran tersebut. Maka dengan berat hati, saya mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan. Minggu-minggu pertama di sana merupakan mimpi buruk buat saya. Rindukan keluarga dan rumah, apa yang orang panggil-homesick- menjadikan saya begitu mudah menangis. Setelah dipujuk oleh rakan-rakan dan kata perangsang diberikan oleh ahli keluarga terutamanya mak dan bapak, saya berjaya mengharungi kehidupan di negeri orang tanpa secalit pun kesalahan tatatertib.

Namun, apa yang diidamkan tidak menjadi kenyataan. Teringat dengan sebaris kata-kata di dalam sebuah lagu melayu – Tuhan sengaja menduga kita...- Saya kecundang...(bersambung)

Tiada ulasan: