Sabtu, 31 Oktober 2009

BAHASA MELAYU SARAWAK 2

ASAS PERKATAAN MESTI TAHU
* É = EY


KATA GANTI DIRI

SAYA = KAMÉK
AKU = AKQU

AWAK = KITAK / DIRIK
KAU = KAWU

DIA = NYA
MEREKA = DAKNYA / DAK / SIDAK

EMAK = MAK
BAPA = BAPAK / PAK / YAN

KEKASIH = CAN / GEREK(gérék)


PERKATAAN HARIAN

YA = AOK / AUK
TIDAK = NISIK / ENDAK
TAK = SIK / ENDAK
BEGITU= GIA / KEDAK YA
MACAM = KEDAK
BEGINI= GITOK / KEDAK TOK
INI = TOK
ITU = YA
YANG = NAK
MAHU = MAOK


KATA SOAL

APA = =
BILA = =
SIAPA = SÉPA / SAPA
MANA = SENÉ / SINI / SINÉ
KENAPA = KENAK
BAGAIMANA = GENÉ / GINI / GINÉ



PENJODOH BILANGAN

-BUAH/-PASANG/-BIJI DAN LAIN-LAIN = IGÉK
SEBUAH RUMAH = SIGÉK RUMAH
TIGA PASANG KASUT = TIGA IGÉK KASUT
SEBIJI DURIAN = SIGÉK DURIAN


BUAH

ANGGUR = ANGGO
CEMPEDAK = TEMEDAK
DURIAN = DERIAN
EPAL = EPOL
NANGKA = NANGKAK
RAMBUTAN = REMUTAN / MUTAN


WARNA

HIJAU = GADONG / IJO
HITAM = ITAM
MERAH JAMBU = KALAS
KUNING = KUNIN
MERAH = MIRAH
UNGU = ENGKODOK / KODOQ


HAIWAN

AYAM = MANOQ
ANGSA = ANGSA / BAGONG
ANJING = ASUK / KUYUK
BABI = JANIK / JANÉK
BUAYA = BOYAK
CACING = CACIN
HARIMAU = RIMO
ITIK = ITIT
KAMBING = KAMBIN
KUCING = PUSAK
LEMBU = SAPI
RUSA = RUSAK


PERKAKASAN DALAM RUMAH

AIR = AÉK
ALMARI = JEMARI
TINGKAP KACA SATU-SATU = CERMIN RAM
GULIN = BANTAL PELUK YANG PANJANG
KEKISI PINTU = JENANG PINTU
LAMPU = API
PAIP = PAÉT
PINTU = LANG / PINTU
TINGKAP = PENJAN


SIFAT

BAIK = BAIT
CANTIK = KACAK
JAHAT / HODOH = JAIK
LELAH = AMPUS
PENGOTOR = CHERIDAQK
SEDAP = NYAMAN


KATA KERJA

BAIKI = BIKIK
BUAT = POLAH

Buat masa ni, itu je yang dapat saya fikirkan...

BAHASA MELAYU SARAWAK

Lamak dah sik mukak Kamus Kelaka Serawak

Kita warm up dulu dengan perkataan asas dan sebutan asas.

1.Sebutan
Adapun sebutan dalam Bahasa Sarawak agak sedikit berbeza dengan ejaan dan mengikut
Slang daerah masing-masing. Kebanyakan penutur bahsa Sarawak akan bertutur mengikut
slang Orang Kuching seperti di semenanjung umpama slang KL. Maksudnya di sini ialah Bahsa Kuching menjadi "bahasa rasmi".

Lain-lain daerah akan memperdengarkan sebutan yang berbeza dan adakalanya tidak mempunyai persamaan langsung walaupun berbangsa melayu.

Penambahan 'K'.
Sarawak juga terkenal dengan perkataan yang disudahi dengan 'k'. Namun tdak semua cara sebutan 'k'adalah sama dan tidak semua
perkataan disudahi dengan 'k'.

Contohnya:

Lama=Lamak

Tiga= Tiga (Kalau huruf 'k'ditambah akan membawa maksud TIGAK=Tendang)

Bau(Daerah di Bahagian Kuching) = Bauk (sebutan yang betul)

Tangga (Stair) = Tanggak

Tengok = Tangga/ Diat

Sebutan untuk huruf 'R'juga berbeda bagi rakyat Sarawak. Lazimnya, kebanyakan penduduk
Sarawak mengalami masalah untuk menyebut konsonan 'R'.
Selalunya Sarawak akan disebut 'Seghawaq'di mana 'R' akan berbunyi 'ÁRGH'

Untuk sebutan 'K', "ïlmu qalqalah" dimanfaatkan sebaiknya.

K lembut dan K kasar(Q) membawa makna yang berbeza.

contoh sebutan:

Katak = qkataqk


2.Sama perkataan lain makna
Terdapat beberapa perkataan dalam BS memberikan maksud yang berbeza walaupun sebutan adalah sama.

Contoh:

Kena = Kenak (K lembut)

Kenak pandei kenak ya?
(Kenapa boleh kena tu?)

Tangga tanggak ya
(Tengok tangga tu)

3. Pertukaran huruf
Kebanyakan perkataan akan bertambah, berkurang atau bertukar sebutan dalam BS

Contoh:

ai = é
Pandai=Pandé

ai=i
Ramai=Rami

ing=in
Kuning=Kunin

k=t
Itik = itit
bilik = bilit
balik = bilit


Nombor/ bilangan

satu = satu
DUA = DUAK
tiga = tiga
empat = empat
LIMA = LIMAK
enam = enam
TUJUH = TUJOH
lapan = lapan
sembilan = sembilan
SEPULUH = SEPULUH

Tambah 'igek'pada setiap sebutan nombor membawa maksud bilangan.

Contoh:

sigek=(sigék)
Kamék ada sigék kéta
Saya ada sebuah kereta

duak igék - doigék - wak igék
Nya madah kasutya ada duak igék
Dia kata, dia mempunyai dua pasang kasut

--dan seterusnya--
Tetapi, 'igék'hanya digunakan untuk benda bukan hidup. Tidak boleh digunakan untuk Manusia dan Haiwan.

Perkataan asas dalam entry yang akan datang

Makseh
(Terima kasih)

Selasa, 27 Oktober 2009

Semua Tentang Kita

Lagu: Semua Tentang Kita
Artis: Peter Pan

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Untuk hapuskan semua sepi di hati...

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka...
Saat kita tertawa...

Teringat disaat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita...

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka...
Saat kita tertawa...


Mendengarkan lagu ini membuatkan saya teringat akan sahabat yang pernah saya rapat suatu ketika dulu dan kini. Rindu dengan kenangan yang pernah dilalui bersama. Rahsia duka dan cerita suka dikongsi bersama. Susah dan senang dirasai bersama. Yang paling tidak dapat dilupakan ialah bagaimana saat-saat mula detik perkenalan dengan sahabat membuatkan diri sendiri tersenyum...

Semoga persahabatan yang dibina kekal dan diberkati oleh Yang Maha Pengasih...

Sengaja Diduga

Tanggal 22-10-2009, Istiadat Konvokesyen ke-71 untuk sidang 12 diadakan. Salah satu program yang terlibat ialah Diploma SAins.

Bermcam-macam perasaan bermain ketika itu. ANtara gembira, terkilan, sedih dan teruja menjadi satu. Gembira kerana usaha tiga tahun semasa diploma terbayar dengan 'segulung' skrol yang dinantikan. Namun, kegembiraan seakan-akan pudar apabila masa yang ada untuk diluangkan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan terlalu singkat.

Seawal jam 12tengah hari, semua graduan yang terlibat diminta untuk berada di hadapan HEP. Gembira bukan kepalang apabila menatap wajah rakan-rakan yang telah sekian lama tidak bersua. Teruja apabila melihat kegembiraan di wajah masing-masing.

Namun terselit di hati suatu perasaan halus yang membisikkan kata-kata sedih kerana selepas ini pastinya kami semua akan berpisah, meneruskan perjalanan hidup masing-masing yang tentunya berbeza arah. Segala kenangan indah semasa bersama-sama melayari kehidupan selama tiga tahun akan tetap tersemat di jiwa. Setiap kenangan manis menjadi memori mesti disimpan. Tidak lupa juga kenangan pahit, tetap tidak dilupakan. Segala sengketa seolah-olah hilang begitu sahaja apabila hari Konvokesyen tiba. Kami seolah-olah hanya meraikan kegembiraan bersama. Biarlah yang pahit menjadi pedoman untuk kami menjadi lebih matang.

Khamis, 15 Oktober 2009

Sengaja Di Duga (bahagian 1)

Setelah sekian lama berhempas pulas untuk menimba ilmu selama tiga tahun, akhirnya dibayar dengan hari konvokesyen. Tahniah kepada semua graduan UiTM seluruh Malaysia yang akan begraduan pada 15-27 haribulan oktober 2009. Istiadat Konvokesyen diadakan di kampus utama UiTM, UiTM Shah Alam. Istiadat Konvokesyen kali ini bakal menyaksikan lebih ramai graduan dari semua peringkat peringkat pengajan iaitu bermula peringkat diploma sehinggalah peringkat doctor falsafah.

Dan hari ini merupakan hari pertama siding konvokesyen yang telah bemula seawal pagi lagi. Rias wajah yang terpancar pada wajah setiap ibubapa dan ahli keluarga menunjukkan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak terhingga. Bukankah menjadi harapan dan kebanggaan setiap ibubapa apabila anak-anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading seterusnya berjaya menamatkan pengajian mereka.

Walau apapun keputusan yang diperolehi oleh setiap graduan sama ada First Class sehingga Lower Class , tetap tidak mengubah kegembiraan pada mereka.

Saya sendiri, merupakan graduan yang bakal ditabalkan naik ke pentas pada minggu hadapan dan adalah graduan peringkat Diploma. Terus terang saya katakana bahawa bukan mudah untuk bergelar pelajar university. Bermula dari peringkat sekolah rendah, angan-angan telah dipupuk iaitu untuk bergelar pelajar universiti. Cabaran demi cabaran diharungi. Peperiksaan UPSR pada tahun 1999 melayakkan saya sebaris dengan pelajar SBP yang lain sebagai pelajar terpilih seluruh Malaysia.

Bercakap mengenai SBP, Sekolah Berasrama Penuh merupakan satu jenama sekolah yang begitu gah sekali di Malaysia. Pelajar diselia rapi oleh pihak pentadbiran sekolah bagi membentuk warga Negara yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang pelajaraan bahkan dalam bidang sukan dan kepimpinan. Dan perkara asas yang penting yang saya pelajari selama lima tahun di SBP ialah untuk menjadi anak yang soleh apabila penekanan dalam pendidikan dan amalan agama Islam yang tinggi. Selain itu, menjadi gadis yang fleksibel iaitu mampu menyerlah dalam pelbagai bidang seperti sukan dan persatuan. Sifat kepimpinan yang ditanam di peringkat sekolah menjadikan saya seorang yang bertanggungjawab sekaligus memberi kelebihan untuk saya menjadi salah seorang ahli jawatankuasa persatuan ketika di universiti.

Namun begitu, hari tidak selalu cerah. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Kejayaan untuk masuk ke dalam kelompok pelajar terpilih suatu ketika dahulu, bukanlah tiket untuk berjaya yang mutlak. Selepas menerima keputusan SPM pada tahun 2004, saya ditawarkan ke matrikulasi. Secara jujurnya, saya kurang gembira dengan berita kemasukan itu sementalah saya berharap untuk menyambung sahaja di peringkat diploma. Namun, kegembiraan dan kebanggaan orang tua membuatkan saya tidak sampai hati untuk menolak tawaran tersebut. Maka dengan berat hati, saya mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan. Minggu-minggu pertama di sana merupakan mimpi buruk buat saya. Rindukan keluarga dan rumah, apa yang orang panggil-homesick- menjadikan saya begitu mudah menangis. Setelah dipujuk oleh rakan-rakan dan kata perangsang diberikan oleh ahli keluarga terutamanya mak dan bapak, saya berjaya mengharungi kehidupan di negeri orang tanpa secalit pun kesalahan tatatertib.

Namun, apa yang diidamkan tidak menjadi kenyataan. Teringat dengan sebaris kata-kata di dalam sebuah lagu melayu – Tuhan sengaja menduga kita...- Saya kecundang...(bersambung)

Ahad, 4 Oktober 2009

Lan Kita Raon

Masok aritok, tok dah masok 3bulan di shah alam. Mula-mula dolok macam takut nak keluar. Siap polah prinsip-boh keluar gilak. Dudok dak di bilit- Tapi ya dolok.

Nektok dah berani mok keluar ke bandar, ke KL. Semua ya mula masa temuduga untuk Biasiswa Yayasan Sarawak rah KL bulan 9 ya tek. Mula-mula nang sik gne mok g KL walhal intebiu ya masa kelas, pagi juak gik. Shah Alam ngan KL sik lah dkat untok miak macam kamek tok nak bok baru rah sitok. Malu juak rasanya mok mintak tulong abng kakak ngaik ke sitok. Alhamdulillah daknya nang paham. Lebih2 gik kita tok adik bongsu daknya.Malam sebelom intebiu ya, kakak ngambik ke Shah Alam. Malam ya terus nya nganta ke rumah abang, terus bmalam ke sia. Pagi2 ya gik turun ke KL nait bas diteman oleh kakak ipar ngan adiknya. Nebes a juak. Rasa sayu,piluk jak ati pagi ya. Tapi kita mesti kuat semangat...Nait bas rapid KL,sampela kmkorang ke tempat nak dituju.

Abis jak intebiu ya, nya duak ngajar ke KL sentral nat monorel mula2. Sampe ke KL sentral, terus nya meli teket komuter ke shah alam. stat dari ya, bermulalah bencer mek sorang drik. daripada sik tauk papa, nektok alhamdulillah jadi miak penauk!Haha...

Lepas dari saat ya, nnektok senang ngan berani mok g cne2 tanpa pelu nyusah orang lain...

Masa bulan posa ria, berjaya gi KL. Kebetulan neman kawan gi sia. Kmk duak tok, masin-masin baru sitok. Jadi kmk2 pun bencer lah ke KL. Dari U nait teksi ke komuter Padang Jawa. Komuter terus ke KL Sentral. Kasya ngambik teket Putra LRT ke Masjid Jamek. Dari sia terus kmk2 berjalan ke Jalan TAR, Sogo...Kmk2 main jalan jak, siktauk gne nak ke sia. Jalan, jalan, jalan, temula kmk2 Jalan TAR...Pulang ya kmk2 ada ilmu baru mok bencer ke KL.

B4 raya kmk2 nak g LCCT. Ya pu pes tayem g sia dikpun. Macam besa, dari U nait teksi ke Padang Jawa komuter. Terus ke KL Sentral. Dari sia kmk2 turun debah, temu ngn bas air asia. Nait n terus ke LCCT...Namg bencer lah kmk2...

Dalam shah alam tok, kmk2 ngan sorang gik teman mok g ke PKNS, SACC, PAS...nak paling bencer nya, kmk3 nait bas, UJAN!Sik lamak gik nak sungke! Mula2 kmk3 tek dari faakulti terus nait bas berenti ke S.2. Dari sia nungga bas mok g ke PKNS...Tunggu punya tunggu, sik juak bas sampe...Ada bas pun, kmk3 ditinggal bas...Belagu lah kmkorang...~Tuhan sengaja menduga kita na na na na na (sik ingat lirik)~K ngibo ati kenak tinggal bas masa ya. Sik lamak kasya datangla bas Seranas. Ngutik nang ngutik nait bas ya. lain kali betobat mok nait bas ya mun sorang2.Mun terpaksa ~apa boleh buatlah?~(Ayat mak)

Syukur,sampela kmkorang...Balit malam ya, nait teksi jak =)

Marek g Bukit Raja...K Teksi jak...pegi balit k teksi...

p/s:
Teksi U-Komuter P.Jawa=RM3/sorang
Komuter P.Jawa-KL Sentral=RM2.90/sorang
KL Sentral-LCCT(Bas a asia)=RM8.00-RM9.00*
Komuter:KL Sentral-Shah Alam=RM2.50
Teksi:Komuter Shah Alam-U=+-RM10*
Teksi U-Jusco B.Raja=RM6.00*
Teksi:Jusco B.Raja-U=RM10*
Teksi:PKNS-U=RM10*

*boleh berubah bergantung ngan individu, meter teksi o budi bicara teksi ya...


THE END

Khamis, 1 Oktober 2009

Ngek Ngok Tayem Raya

Ngok ngek tayem raya...

Raya taun tok sik kedak dolok2. Dolok bes ada...nindak ada duit raya. kali tok, sekda gik. sikpa,janji ada sponsor baju raya.
Nak ngok raya kali tok, balit awal ke u...sik bes ada wak. Tes melobo-lobo nanti d u. mun jak kta tok ada masa nak nangga dak nota masa raya.macam sik lalek pon ngan nota-nota ya. nindak, sekda masa, pok!
apa gik ngok masa raya tok tek owh?...Aoklah...cerita di tb macam endak patut dtangga. Ada juakla nak bagus...Tapi manyak nak sik bagus. Malu nak diat tb...rancangan ngok2...Raya tapi belagu...eh,jap...Mun raya kenak mesti dak tok belagu?...Tang raya jak belagu...Raya jak belagu...Mun sik belagu nang sik sah. Eran juak ati. Kita raya mok juak nangga cita nok bes.Macam dolok, ada cerita lawak dak jakpa on belakon.Nang paling sik tahannya,cerita industan ya ditayangnya.Bage kita tok mereti tambi ya belakon.Mun industan nyambut raya tek,sekpa la juak...
Kasya masang cerita omputeh.Apaka?Taukla ada urang nang suka cerita kedak ya. Pi dak urang tb tok nang sik patut...

Nak ngek raya kali tok tek...Line tepon, line internet sik bagus.Ya juak kita begasak nak nganta meses ngan geng-geng,ya juak nya mok ngek sik nak di anta. AMpe juak orang telipon tok? Bukan kita sik maya...mena ndak? Kali juak nya cuti raya, pi ampe juak suma daknya cuti...Adoh...bukan nganok, madah jak bah...hehehe

Pa gik nak di susey lam tok ow?Tadik bage manyak jak nak dikelaka...pi bila jarik tok naip jak,alu sekda idea pa mok disusey...
'Ahhh...Pasal baju raya...Adoh... nang bangga la jadi urang serawak...nindak, sampe raya nak abis...koran sampe abis syawal...urang masihk baju raya...Giala kita.Namapun melayu, k lah baju melayu.Sik bah, idup di semenanjung tok, payah menar mok nangga urang laki ke baju melayu.Raya first jak. Yapun sengan semayang jak. Jalan raya dah sik ke baju raya.Pa dama raya mun sik ke baju raya. Marak duit meli jak.Mena sik,deng?Bukan nak madah kita tok ngegeh beraya lamak2 gilak, alu make baju raya lamak2...Bukan!Yala, kita mhargai bah makna baju raya ya...
Sik pelu kita tok nak ngegeh2 k bju tshirt bjalan raya rah rumah urang.Sik smart orang tua madah...Iboh kita lamak2 diam sitok, alu ngekot gaya urang sitok beraya(sik make baju raya)Kita ada empun cara kita...

Ada gik...pasal konsep 1Malaysia tok...dah sik eran...sebab di serawak dah lamak pake konsep ya. Contohnya la...
KEK LAPIS nang pemes d serawak. Bukan raya jak make kek lapis.
Iboh kita tok sik tauk, bukan melayu beraya jak make kek lapis, taun baru cina, krismas, gawai...suma nektok ke kek lapis. Siap daknya empun polah...bab halal haram ya, kamek yakin halal...sebab, resipinya sama jak...urang melayu islam polah resipi...
mun kita raya, daknya pun datang rumah kita. Daknya begawai, btaun baru cina, bkrisma, kita pun bejarah ke rumah daknya...
Sarawak kan...Place like No Others....

Jadi, sementara kita tok gik ada budaya, ada warisan, ada keturunan...
Tunjuk jak ngan urang.
Iboh nak supan sik tentu...