Rabu, 6 April 2011

Aduhai, Negaraku

Sekarang, di dada-dada akhbar dan media bising dengan kisah-kisah politik negara. Negara sekali lai dikejutkan dengan skandal video seks yang dipercayai "dilakonkan" oleh ketua pemimpin parti pembangkang.

Oh, sebelum itu, terlebih dahulu ingin saya tegaskan di sini bahawa bicara saya ini bukan atas dasar politik. kerana sesungguhnya saya sedar bahawa saya ini masih lagi seorang pelajar yang masih terikat dengan undang-undang dan akta yang melarang pelajar terlibat dengan sebarang permainan politik negara.

Namun, saya bercakap atas beberapa dasar.

Yang pertama sekali, tentulah atas dasar saya sebagai orang Islam. Saya faham makna saya sebagai penganut Islam. Sebagai Muslimah, saya bukan sahaja mentaati Rukun Islam dan Rukun Iman, bahkan lebih lagi daripada itu. Apa maknanya saya seorang Muslimah andai saya bukan seorang yang bersifat selamat, aman dan tenang? Bukankah Islam itu maksudnya selamat, aman dan damai? Nah, apakah saya boleh dilabel sebagai Muslimah sekiranya orang di sekililing saya merasa terancam, kotor dan jijik dengan saya?

Sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mempunyai penduduk Islam secara majoriti, saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak sukanya saya dengan permainan politik negara kita. Terutamanya mengenai video seks Ketua pemimpin pembangkang. Adalah tidak wajar sama sekali tindakan trio Datok T mendedahkan video seks tersebut. Lebih-lebih lagi kesahihan video tersebut diragui. Ya, memang negara sudah dicanangkan dengan kebenaran video tersebut, tetapi apakah benar pelakunya adalah KPP(ketua pemimpin pembangkang). Kerana apa saya meraguinya? Kerana setelah banyak kali fitnah seumpamanya disumbatkan ke halwa telinga ini... Sakit sudah telinga mendengar dengan cerita yang tidak benar. Sekiranya video tersebut bohong, maka fitnah sudah tersebar. Bukankah fitnah itu lebih buruk daripada membunuh?

Kedua, adalah kerana saya rakyat Malaysia. Apa untungnya video seks ini kepada rakyat Malaysia? bagi saya, skandal video ini hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja. Bukan rakyat, bahkan meyusahkan hidup rakyat kerana rakyat telah "membuang" duit dengan berta karut marut ini. Dan sekiranya benar video ini dilakukan oleh KPP, kenapa tidak dari dulu lagi KPP ini disabitkan dengan kesalahan yang seumpamanya? KEnapa baru sekarang? Kenapa dan Mengapa?

Ketiga adalah kerana saya masih muda. Saya belia yang masih muda, begitu juga rakan-rakan saya yang lain. Begitu juga nasib anak-anak kami yang masih kecil. Apalah nasib kami pada masa hadapan dengan keadaan politik kotor dan lucah? Kalau beginilah keadaan negara ini, bagaimana harus kami hidup bahagia, rukun dan aman. Mereka orang tua tetapi masih lagi tak puas. Trio T dah tua, tak lama lagi nak mati, tapi buat keadaan huru-hara. Yelah, mereka tak rasa apa, kerana yang sengsara adalah kita, bukan mereka- golongan tua yang tak sedar-sedar.

Keempat, soal peradaban. Saya sedih, benar-benar kecewa. Tatkala media sibuk mencanang berita, tak tahu yang mana tipu dan mana benar, kami insan kerdil terus dilupa. Hilang sudah peradaban bangsa Malaysia kerana ketaksuban politik bahana nafsu pemimpin gila. Berita harga barang naik terus tenggelam, digantikan dengan video lucah hasil karya si putar alam. Berita derita rakyat yang punya harta terus lenyap, senyap dari arus perdana kononnya, skandal seks lebih utama...

Sedihnya saya...
Kecewanya saya...
Apakah negara saya masih punya deria
Merasa seksa kita yang juga rakyatnya
Yang sudah penat dengan cerita di media
Sarat dengan karut, fitnah, adu dan dombanya
Tidak tahu siapa pembela dan siapa pendusta

Tiada ulasan: