Rabu, 6 April 2011

Saya Bukan Taksub

Lewat kebelakangan ini, saya sering tertarik untuk mengikuti kisah politik negara kita..Kenapa ya? Eh, bukan. Saya mahu tegaskan bahawa saya bukan peminat politik, lebih-lebih lagi bermain politik. Saya cuma ingin membicarakan perkara benar serta mengumpulkan kekarutan agar minda saya tidak bercelaru dengan yang fakta dan auta.

Sebagai warganegara yang prihatin saya tidak boleh memandang sebelah mata tentang apa-apa yang sedang terjadi di dalam negara saya. Waima saya seorang pelajar institusi tinggi negara, bukanlah menjadi alasan untuk saya terus-menerus membiarkan kebatilan bermaharaja lela. Allah telah mengurniakan mata untuk saya melihat, telinga untuk saya mendengar berita, akal untuk saya menganalisa data serta hati untuk saya jatuhkan hukum benar dan salahnya.

Ya, saya berhak membicarakan setiap perkara yang beredar di persekitaran saya kerana saya juga terlibat sama. Saya yang mendengar dan saya juga yang melihat. Undang-undang diadakan untuk kita patuhi bukan kuasai. Jadi, saya tidak gentar kalau ada siapa-siapa yang cuba merobohkan keberanian saya dan mencela bicara saya kalau ternyata benar. Kalau salah, saya terima dan perbaikinya.

Dan antara yang paling utama adalah saya rakyat Sarawak. Saya tertekan kerana negeri saya sering dipermainkan. Hanya kerana pilihanraya, barulah pemimpin sibuk mengambil tahu tentang negeri saya. Kalau bukan kerana pilihanraya, jangan haraplah batang hidung mereka nampak. Dan semasa kecil dahulu, saya tidak faham kenapa setiap kali pilihanraya, pasti ada beberapa orang lelaki mahupun wanita datang ke rumah menyerahkan sejumlah wang dan menasihati agar memangkah tanda *************. Dan paling menakutkan mereka ini pergi ke setiap rumah. Ingat lagi saya ketika itu, setiap rumah/ individu mereka bagi RM10. Bayagkan RM10 kira-kira 15tahun yang lepas. Betapa besar nilainya. Sekarang barulah saya faham, itulah yang dikatakan politik wang.

Makanya, dalam soal kecelaruan kebebasan politik, dan saya sebagai belia muda tonggak negara mestilah sentiasa peka dalam memilih pemimpin negara. Saya tidak mahu nasib anak-anak saya musnah pada masa hadapan. Cukuplah nasib saya dan seangkatan dengan saya sengsara dengan kebejatan politik negara. Sekarang ini, apabila saya sudah ada hak bahkan "dipaksa" untuk mengundi, mana-mana pihak mahupun kerajaan dan IPT tidak boleh melarang atau menghalang saya daripada memilih siapa-siapa sahaja yang saya mahu untuk menjadi pemimpin saya..

Siasat dahulu...

Panas...Panas...Panas...

Setelah berkali-kali menonton video yang didakwa sebagai video zina DSAI di laman youtube, akhirnya saya menemui satu rumusan..

BUKAN DSAI!

Kenapa?
1-Susuk badan: DSAI tidak seboroi itu. Kenapa saya begitu yakin? sbb setelah meneliti bentuk perut dan dada, saya melakar gambar tesebut dan menambah baju di luarnya lalu membandingkan susuk sebenar DSAI= Tidak Padan

2-Bentuk Muka: Tidak dinafikan video tersebut agak kabur. namun setelah menjalankan aktiviti "pause"dan "play" saya nampak bentuk muka lelaki tersebut di akhir video adalah lonjong dan bujur sedangkan DSAI sedikit petak dan tidak panjang

3-Janggut: Di akhir video, tiada janggut

4-Facebook: dikatakan tarikh 21 Februari 2011 adalah tarikh perlakuakan berjalan pada jam 10.40pm..sedangkan dalam lingkungan masa yang sama, DSAI sedang mengemaskini facebooknya...

5-Saksi: selidiki siapakah DAtuk T..apa yang saya faham tentang Datuk T adalah tiga individu bergelar datuk..Tiga Datuk/Trio Datuk=Datuk T di mana T adalah Trio/Tiga...Umum mengetahui mereka ini bukan sekutu DSAI, bahkan seteru DSAI. Apabila musuh melaungkan keburukan atau sesuatu cerita tentang musuhnya, secara lojiknya kita terus sahaja tahu ada udang di sebalik batu.

Sesungguhnya soal menuduh perlakuan zina adalah sangat berat. Bahkan saksi untuk perlakuan zina hendaklah empat orang lelaki, yang adil. yang fasik, hujahnya mesti diragui bahkan ditolak sama sekali kerana tiada integriti dalam kesaksian mereka...

Semoga kita semua selamat daripada fitnah.

Aduhai, Negaraku

Sekarang, di dada-dada akhbar dan media bising dengan kisah-kisah politik negara. Negara sekali lai dikejutkan dengan skandal video seks yang dipercayai "dilakonkan" oleh ketua pemimpin parti pembangkang.

Oh, sebelum itu, terlebih dahulu ingin saya tegaskan di sini bahawa bicara saya ini bukan atas dasar politik. kerana sesungguhnya saya sedar bahawa saya ini masih lagi seorang pelajar yang masih terikat dengan undang-undang dan akta yang melarang pelajar terlibat dengan sebarang permainan politik negara.

Namun, saya bercakap atas beberapa dasar.

Yang pertama sekali, tentulah atas dasar saya sebagai orang Islam. Saya faham makna saya sebagai penganut Islam. Sebagai Muslimah, saya bukan sahaja mentaati Rukun Islam dan Rukun Iman, bahkan lebih lagi daripada itu. Apa maknanya saya seorang Muslimah andai saya bukan seorang yang bersifat selamat, aman dan tenang? Bukankah Islam itu maksudnya selamat, aman dan damai? Nah, apakah saya boleh dilabel sebagai Muslimah sekiranya orang di sekililing saya merasa terancam, kotor dan jijik dengan saya?

Sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mempunyai penduduk Islam secara majoriti, saya terpanggil untuk meluahkan rasa tidak sukanya saya dengan permainan politik negara kita. Terutamanya mengenai video seks Ketua pemimpin pembangkang. Adalah tidak wajar sama sekali tindakan trio Datok T mendedahkan video seks tersebut. Lebih-lebih lagi kesahihan video tersebut diragui. Ya, memang negara sudah dicanangkan dengan kebenaran video tersebut, tetapi apakah benar pelakunya adalah KPP(ketua pemimpin pembangkang). Kerana apa saya meraguinya? Kerana setelah banyak kali fitnah seumpamanya disumbatkan ke halwa telinga ini... Sakit sudah telinga mendengar dengan cerita yang tidak benar. Sekiranya video tersebut bohong, maka fitnah sudah tersebar. Bukankah fitnah itu lebih buruk daripada membunuh?

Kedua, adalah kerana saya rakyat Malaysia. Apa untungnya video seks ini kepada rakyat Malaysia? bagi saya, skandal video ini hanya menguntungkan beberapa pihak sahaja. Bukan rakyat, bahkan meyusahkan hidup rakyat kerana rakyat telah "membuang" duit dengan berta karut marut ini. Dan sekiranya benar video ini dilakukan oleh KPP, kenapa tidak dari dulu lagi KPP ini disabitkan dengan kesalahan yang seumpamanya? KEnapa baru sekarang? Kenapa dan Mengapa?

Ketiga adalah kerana saya masih muda. Saya belia yang masih muda, begitu juga rakan-rakan saya yang lain. Begitu juga nasib anak-anak kami yang masih kecil. Apalah nasib kami pada masa hadapan dengan keadaan politik kotor dan lucah? Kalau beginilah keadaan negara ini, bagaimana harus kami hidup bahagia, rukun dan aman. Mereka orang tua tetapi masih lagi tak puas. Trio T dah tua, tak lama lagi nak mati, tapi buat keadaan huru-hara. Yelah, mereka tak rasa apa, kerana yang sengsara adalah kita, bukan mereka- golongan tua yang tak sedar-sedar.

Keempat, soal peradaban. Saya sedih, benar-benar kecewa. Tatkala media sibuk mencanang berita, tak tahu yang mana tipu dan mana benar, kami insan kerdil terus dilupa. Hilang sudah peradaban bangsa Malaysia kerana ketaksuban politik bahana nafsu pemimpin gila. Berita harga barang naik terus tenggelam, digantikan dengan video lucah hasil karya si putar alam. Berita derita rakyat yang punya harta terus lenyap, senyap dari arus perdana kononnya, skandal seks lebih utama...

Sedihnya saya...
Kecewanya saya...
Apakah negara saya masih punya deria
Merasa seksa kita yang juga rakyatnya
Yang sudah penat dengan cerita di media
Sarat dengan karut, fitnah, adu dan dombanya
Tidak tahu siapa pembela dan siapa pendusta