Khamis, 24 Mac 2011

Sabar, Sabar Dan Terus Bersabar

Sabar, bukankah sabar itu separuh daripada iman? Kerap kali saya mendengar ungkapan itu... Dan adakalanya saya sendiri mempersoalkan kata-kata tersebut. Benarkah sabar itu separuh daripada iman? Ada juga berkata kebersihan itu separuh daripada iman.

Nah, soalan menerjah ke ruang minda. Andai benar sabar itu separuh daripada iman dan kebersihan juga separuh daripada iman, makanya sempurnalah iman kita andainya keduanya sudah terlaksana.

Hati saya berbisik, 'sabar itu bukanlah separuh daripada iman. Akan tetapi sebahagian daripada iman. Dan kebersihan itu juga patutnya sebahagian daripada iman.,' Nah, barulah dapat saya menerimanya.

Ketika duduk di perpustakaan universiti, sata telah membaca sebuah majalah. Ada artikel menarik berkaitan sabar. "Bersabarlah, tapi biar berpada".

Walau apapun kata penulis mengenai kesabaran, itu hanya buah fikiran. Boleh jadi saya menerima dan boleh jadi saya menolaknya. Pandangan kita semua berbeza...

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, biar apapun isu yang diketengahkan oleh penulis, kita bebas untuk menerima mahupun menolak. Kerana landasan pemikiran kita tetap sama...Mencari kebenaran dan hidup dalam kebenaran

Tiada ulasan: