Rabu, 15 September 2010

Panggilan Ajal

Semua yang hidup pasti akan mati. Bila, di mana, bagaimana? Itu rahsia Allah yang kita takkan tahu. Cumanya kita akan diberi petanda. Adapun tanda2 akan tibanya ajal kita berbeza-beza waktu dan ketika, modus operandinya tetap sama. So check it out:

The Countdown...

1.   100 hari sebelum mati
Sedar mahupun tidak sedar, kita diperingatkan oleh Allah atas kehendakNya. Dan tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2.      40 hari sebelum mati
Sma seperti 100 hari sebelum mati, tanda ini berlaku selepas asar. Dan symptomnya adalah: Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3.   7 Hari sebelum mati
Selalunya tanda ini diberikan kepada mereka yang sedang ditimpa musibah kesakitannya. Seperti hilang selera makan bagi pesakit. Kerana secara biologi sistem badan seolah-olah tahu dan faham akan ajal kian merapat. Maka, sesetangah daripada kita sudah mula berpuasa berharap agar matinya kelak dipermudahkan urusan seperti kapan, dan mandi jenazah. Tanda lain pula seperti menjadi pendiam kalu sebelumnya bukan pendiamm. Bahkan ada menjadi terlalu bermurah hati dan ada seperti 'buang tabiat'. Berbeza-beza tanda-tanda yang Allah berikan pada saat-saat akhir ini.

4.   3 hari sebelum mati
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5.   1 hari sebelum mati
Seperti tanda-tanda sebelum ini, simptom ajal sehari sebelum juga erlaku ketika sesudah asar. Kita merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

6.   Tanda akhir (Masanya tiba)...
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat


Wallahu 'alam...
Semoga sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Mohon dibetulkan sekiranya terdapat kesalahan.
Rujukan:Pelbagai artikel dari sumber internet, buku-buku, dan perbincangan bersama 'alim

Tiada ulasan: