Baru-baru ini, ketika kebosanan saya telah melawat laman web YouTube untuk melihat video-video yang mungkin dapat menghilangkan kebosanan di hati saya. Ketika itu, saya terfikir tentang ilmu silat yang pernah saya pelajari dahulu ketika berusia 18 tahun sehingga 21 tahun. Tempoh selama 3 tahun mempelajari ilmu silat membuatkan diri saya menjadi seorang yang berdisiplin serta peka tentang keadaan sekeliling saya. Terutamanya ketika mengelak sesuatu.
Namun, itu dua tahun yang lepas. Sakit-sakit pada bahagian belakang sehingga ke bahagian kaki menukarkan saya untuk bergerak bebas dan tangkas seperti dahulu. Lantaran itu, saya berjumpa dengan doktor. Namun, saban hari kesakitan tidak juga berkuranngan. Setelah berjumpa dengan ramai doktor, akhirnya seorang doktor menemui jawapan untuk penyakit saya.
Menurut doktor tersebut, penyakit saya tidaklah bahaya cumanya akan akan menderitainya untuk sepannjang hayat saya. Tetapi, saya percaya dan yakin bahawa semua penyakit ada penawarnya. Hanya kepada Allah saya mengadu dan memohon keampunan. Moga-moga penyakit saya ini sembuh seperti sediakala. Barangkali, sakit yang ditimpakan kepada saya ini merupakan peringatan dan tanda kasih sayang Allah kepada saya, hambaNya.
Menurut doktor tersebut, saya mengalami radang saraf di bahagian belakang iaitu Sciatica. Begitu janggal seklai saya mendengar nama penyakit tersebut. Setelah membuat pelbagai pencarian, saya menemui bahawa penyakit yang saya deritai ini adalah perkara biasa bagi kebanyakan penduduk di seluruh dunia. Tanda-tandanya adalah sakit pada bahagian belakang bemula bawah punggung sehingga ke tapak kaki. Tetapi hanya membabitkan sebelah bahagian sahaja. Bagi mengelakkan kesakitan saya bertambah teruk dan membuatkan saraf saya bertambah teruk, doktor telah menyarakan agar sebarang aktiviti lasak saya tinggalkan. Termasuk silat. Lebih memburukkan keadaan, tulang belakang saya didapati tidak sesempurna orang lain membataskan ketangkasan pergerakan saya.
Selamat Tinggal DUnia Persilatan. Itulah ungkapan yang saya ucapkan kepada diri saya sendiri. Sedih dan pedih hati ini mengenangkan saat-saat berlatih. Dan yang lebih menyedihkan adalah saya mesti melupakan hasrat saya untuk mendalami ilmu silat dan seterusnya melupakan cta-cita saya untuk bergelar Pesilat Negara.
Begitu banyak buah-buah kunci, serangan serta jurus yang telah saya lupakan sementela tiga tahun meninggalkan dunia persilatan. Hanya bengkung (tali pinggang), dan baju silat yang saya simpan sehingga sekarang.
Bagi mengingati dan mengubat rindu saya terhadap Dunia Persilatan, saya sering dan akan pastikan agar diri saya selalu menonton silat melalui YouTube.
Terdetik di hati saya agar saya segera kembali sembuh seperti sediakala dan seterusnya dapat mempraktikkan ilmu silat yang pernah saya pelajari dahulu.
Rabu, 28 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan