~Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya daripada dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)." ~
Sedari dulu, aku harus sedar diri
Sudah banyak peringatan diberikan
Tapi aku tetap lupa dan alpa
Ujian demi ujian
Dugaan demi dugaan ditimpakan
Masih lagi kuimpikan segunung cita-cita
Selautan impian
Yang ku sedari itu hanya angan-angan
Pada akhirnya ku tersungkur
Di lembah gelap kedukaan yang ku ciptakan
Lagi, ku lupa, mengeluh
Menyalahkan dunia yang masih gagal
Memberikan kejayaan
Dan mengabulkan harapanku
Sedangkan ku sedar
Pada dasarnya dunia itu berputar
Ada kalanya di atas
Kemudia kembali ke bawah
Kenapa aku masih mengharapkan
Untuk berada di puncak
Yang pasti akan ku jatuh ke gaung semula
Aku benar-benar lupa
Benar-benar terleka
Itu dunia
Tapi itu semalam
Aku harus bangkit, harus sedar
Kembali kepada hakikat sebenar
Rupanya aku terlupa ada yang sedang melihat
Sengaja menguji keteguhan hati untuk ingat padaNya
Itu cuma cara untuk aku terus ingat dan terus bertaqwa padaNYa
Rupanya masih ada ruang antara aku dan Dia
Kerana aku bukan milik dunia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan