Terkadang diri terasa amat rendah, kecil pada pandangan semua insan. Yalah, kejayaan yang diimpi, yang diidamkan tak kunjung tiba. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, ternyata usaha tak mendatangkan mimpi jadi kenyataan. Malu pada rakan-rakan, malu pada keluarga...
Putus asa? Bukan tidak pernah merasainya... Acap kali hati ini diduga dengan rasa putus asa...Teman baik sering menasihati-TIADA REZEKI-
Itu cerita lain. Dalam persahabatan, rupa paras, tinggi rendah darjat bukan ukuran. Erm...Fikir balik...Bukankah kita semua manusia biasa, mahukan kesempurnaan? Barangkali masih ada lahi insan yang ikhlas menjadikan ana sebagai sahabat mereka...
-"Teman ketawa di mana-mana, sahabat berduka sukar dicari...Entah ke mana menghilang diri apabila kesusahan kini melanda..."- lirik nasyid ketika ana berskolah dahulu...Ada benarnya...
Tapi syukur sahabat-sahabat ana semuanya baik...Terima kasih
Tutup cerita sedih...Ana ingin berkongsi cerita benar tentang diri ana yan berlaku ketika di makkah mukarramah...
-Ketika duduk-duduk di dalam masjidil haram, ana merasa takjub dengan seni bina masjid. Lalu berkata kepada kakak ana-"Ana ingin berjalan-jalan ke sana, dan naik ke tingkat atas"- sambil jari menunjuk ke arah utara masjid. Memandangkan mak sedang solat dan jam sudah menunjukkan ke angka 9, rasanya agak terlewat untuk kami berjalan-jalan sekitar masjid. Lagipun masjid sangat besar dan orang terlalu ramai. Setelah mak usai solat, bapak menuju ke arah kami... Tanpa disangka-sangka,bapak terus mengajak kami berjalan-jalan sekitar dalam masjid. Lebih mengejutkan lagi, bapak membawa kami ke arah yang ana tunjukkan sebelum itu.-
-Ketika menanti mak selesai solat sunat selepas isyak, ana merasa amat lapar sekali. Ya, lapar yang tak tertahan. Entah kenapa ana merasa sangat lapar. Sambil memegang perut, ana menyatakan kepada kakak bahawa ana sangat lapar. Tiba-tiba datanglah seorang hamba Allah berjubah hitam, berniqab(pakaian wanita arab) hendak lalu di hadapan kami. Ketika itu, mak sudah selesai solat dan sedang membaca quran. Tak semena-mena, dia menghulurkan sepotong kuih kepada saya. Tanpa lupa mengucapkan syukran, ana tetap hairan. Hairan kerana dia tidak memberikan kuih kepada mak, kakak atau orang di sekeliling. Lebih pelik, dia menghulurkan kuih itu dengan 'melangkahi' mak yang ternnyata duduk di hadapan saya.Rasa lapar hilang kerana terharu melihat kuih tersebut.-
-Ketika menanti isyak, ana berbual dengan seorang jemaah wanita.Kami berbicara tentang keajaiban Allah,kejadian pelik dalam masjidil haram. Salah satu ceritanya tentang tiba-tiba dia diberikan segelas air oleh hamba Allah yang lain. Kebetulan ketika itu kami berdua berasa haus. Tiba-tiba datang kanak-kanak lelaki menghulurkan dua gelas air zam-zam kepada kami. Kami sempat berkenalan dengan kanak-kanak tersebut. dia datang bersama keluarga dari mesir.-
-Musim panas di makkah...suhu sampai mencapai >40'C. Mengharapkan hujan bagai menanti bulan jatuh ke riba. Beberapa hari sebelum itu kakak ada memberitahu bahawa dia ada solat hajat dan memohon supaya diberi peluang merasai hujan di makkah. Dan ana sedikit menempelaknya dan menyatakan-'usah mimpi'-.
Petang itu sambil menanti azan maghrib, ana membaca sedikit mushaf. Duduk di tingkat atas masjid, di kawasan beranda membenarkan ana untuk memandang sekitar langit. Ada sedikit tompokan awan seperti hari-hari yang lain. Tetapi agak lain berbanding hari-hari yang lain kerana kelihatan kilat di sebalik awan. Masa terus berlalu. Ketika solat maghrib, hujan turun dengan lebatnya sehingga kami selesai isyak. Melihatkan hujan, seluruh kota makkah tak terkecuali yang berada di dalam masjid seolah-olah berpesta menyambut hujan yang turun.-
Sebenarnya ada banyak lagi cerita pelik tapi benar...
Kesimpulannya: Tak semestinya kejayaan datang setelah kita berusaha bermati-matian. Kadang kala kejayaan mahupun pertolongan datang dengan sendirinya tanpa di duga. Dan jangan sesekali berfikiran negatif. Walau tampak mustahil, ingatlah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah dan kita sebagai orang yang berpegang teguh pada prinsip Rukun Iman mestilah mempercayai bahawa tiada apa yang mustahil dengan izin Allah.
Berputus asa bukanlah cara yang terbaik untuk menzahirkan kekecewaan, sebaliknya berserah sahaja setelah berusaha walau tidak berjaya...
Ahad, 5 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan