Isnin, 27 Oktober 2008

Budaya menipu

Kalau ada yang kata tak pernah menipu, mungkin dia sedang berbohong. Buktinya amat sukar untuk menemui orang yang tak pernah menipu terutama di kalangan anak muda masa sekarang. Waima nampak macam baik2 tu pun ada jugak yang menipu. Mungkin dalam hasil tulisan ni juga ada unsur2 penipuan...Mungkin?
Sebagai contoh, rata2 anak-anak muda mahupun yang dah tua mempunyai friendster. Kalau dah kata friendster tu, memang jelas lagi nyata ramailah suka menipu. Hatta sahabat yang pernah kita kenali sebagai "budak baik" sudah pandai menipu. Ini bukan omongan kosong. Cuba perhatikanlah sahaja status mereka. Yang belum bekahwin dikata sudah berkahwin. Yang dah berkahwin dikata pula belum berkahwin. Di mana nilai kejujuran antara kita? Kita hendaklah merahsiakan apa-apa yang ada pada diri kita bagi mengelakkan kita teraniaya terutaama dalam alam maya. Ya, benar! tapi menipu tetap menipu. Bukankah Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud
Daripada Ibn Mas'ud ra, Nabi saw bersabda:
"Berwaspadalah kamu dengan penipuan. Sesungguhnya penipuan membawa kepada maksiat. Maksiat membawa ke neraka. Seseorang itu akan berterusan dan bersungguh-sungguh menipu sehinggalah ia dicatatkan sebagai penipu."~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~
Dan bukankah menipu itu juga menrupakan ciri orang munafik seperti yang diriwayatkan di dalam Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang membawa maksud
Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:
"Tiga petanda orang: Apabila bercakap ia berbohong, apabila ia berjanji ia memungkirinya, apabila diberi amanah is mengkhianatinya."
Balasan bagi orang menipu pula adalah neraka seperti yang pernah dinyatakan dalam Hadis Bukhari dan Muslim
Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansari ra, Nabi saw bersabda:
"Sesiapa yang menipu kami bukanlah daripada golongan; dan balasan bagi perancangan jahat dan tipu-daya adalah menipu."
Nah, begitu banyak dalil yang mengharamkan kita daripada menipu. Dan untuk apa kita menipu?
Jikalau yapun nak rahsiakan status diri atau apa2 perkara mengenai diri atauppun tak nak orang kacau kita baik tak payah buat friendster kalau itulah sebab kita nak menipu usia, status perkahwinan-bujang atau bercinta-
Menipu juga meletakkan sesuatu bukan pada tempatnyya. Maknanya individu yang menipu itu telah melakukan kezaliman. Dan ingatlah balasan bagi orang yang menipu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Ada dinyatakan dalam sabda Nabi Muhammad saw bermaksud
Daripada Abdullah bin Umar ra, Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat."
~Riwayat al-Bukhari dan Muslim~
Apa2 ana bukan nak menghakimi mana-mana pihak. Cumaterkilan budaya menipu semakin berleluasa. Tak malukah kita pada teman2 dengan menyatakan diri sudah berkahwin walhal masih bujang lagi. Seolah2 gersang sangat nak status kahwin. Orang yang dah kahwin lagi sanggup kata masih bujang. Lagi malu kalau mak ayah kita buka friendster, myspace,hi5,facebook,tagged atau lain2...Lagi malu pada Allah...

Khamis, 9 Oktober 2008

Kerana Aku Bukan Milik Dunia

~Daripada Qatadah bin Nu'man, Nabi s.a.w bersabda: "Apabila Allah mengasihi seorang hamba, Allah mengawasinya daripada dunia (daripada tipu daya dan syahwat dunia) sepertimana seseorang daripada kamu berterusan mengawasi sakitnya daripada terkena air (jika sakit itu merbahaya sekiranya terkena air)." ~
Sedari dulu, aku harus sedar diri
Sudah banyak peringatan diberikan
Tapi aku tetap lupa dan alpa
Ujian demi ujian
Dugaan demi dugaan ditimpakan
Masih lagi kuimpikan segunung cita-cita
Selautan impian
Yang ku sedari itu hanya angan-angan
Pada akhirnya ku tersungkur
Di lembah gelap kedukaan yang ku ciptakan
Lagi, ku lupa, mengeluh
Menyalahkan dunia yang masih gagal
Memberikan kejayaan
Dan mengabulkan harapanku
Sedangkan ku sedar
Pada dasarnya dunia itu berputar
Ada kalanya di atas
Kemudia kembali ke bawah
Kenapa aku masih mengharapkan
Untuk berada di puncak
Yang pasti akan ku jatuh ke gaung semula
Aku benar-benar lupa
Benar-benar terleka
Itu dunia
Tapi itu semalam
Aku harus bangkit, harus sedar
Kembali kepada hakikat sebenar
Rupanya aku terlupa ada yang sedang melihat
Sengaja menguji keteguhan hati untuk ingat padaNya
Itu cuma cara untuk aku terus ingat dan terus bertaqwa padaNYa
Rupanya masih ada ruang antara aku dan Dia
Kerana aku bukan milik dunia...

Ahad, 5 Oktober 2008

Sarawak: Bahasa atau sekadar Loghat?

Umum mengetahui bahawa Sarawak merupakan sebuah negeri yang unik sama ada dari segi etniknya, budaya serta bahasa. Namun ada yang menyatakan bahawa bahasa-bahasa yang terdapat dalam semua negeri di Malaysia merupakan loghat tidak termasuk mengikut bangsa masing-masing.
Persoalannya sekarang ialah adakah Sarawak mempunyai bahasa atau loghat sahaja?
Jadi, di sini ana akan mengemukakan beberapa perkataan dan ayat yang jelas menunjukkan Sarawak mempunyai bahasanya yang tersendiri atau loghat sahaj. Antum semua yang akan menghakiminya...

Kamek=Saya Tangga=Tengok/Lihat
Kitak=Awak Gago=Sibuk
Kita=Kami Sekoh=Sangat sibuk
Nya=Dia Japey=Capai
Daknya/Sidak/Dak=Mereka Jamek=Pinjam
Nisik/Sik=Tidak/Tak Anok=Kutuk/marah
Endak=Tidak/Tak nak Jaik=Hodoh/jahat/(semua yang -ve)
Iboh=Jangan ghasok=pakaikan/sarungkan
Sumpin=Anting2 Mansu=Alis
Keghek=Kiri Burit=Punggung
Ceghidak=Pengotor Lawa=Sombong
Gadong=Hijau Engkodok/kodok=Ungu
Kalas=Merah jambu Asuk=Anjing
Manok=Ayam Pusak=Kucing
Cekeleigh=Kelkatu Kelonteit=Pepatung
Beghu=Kumbang Dekik=Daki
Bikik=Baiki Ngeigeih=Mengada-ngada
Kuar=Gaul Majoh=Meratah(untuk makan sahaja)
Can/Gerek=Kekasih Ghumbu=Semak
Uras=Sampah Jemari=Almari
Penjan=Tingkap Tapaq=Pinggan
Ghabong=Atap Api=api/lampi
ninek=nenek/atok Datok/atok=Moyang
wa=pak-mak long Amie=Pak cik
Ibuk=Makcik Tunggal=Sepupu
Begheiqot=Beerlari Ugak-ugak/Tuguk-tuguk=Terang lagi bersuluh
Gugok=Jatuh Pengilan=Kenduri
Bekaul=Berpesta/Berkumpul Gumpol=Kumpul
Bisak=Koyak belulut=Acara bertukar2 baju ketika bersanding
Entingal=Tak dengar cakap Mancal=Nakal

Contoh ayat:

Anak: Mak, nei bapak nei?
Mak : Nakkah bapak dah pegi mesejid tadik.Kitak sik ngan bapak tek ka?
Anak: Aie, nya madah nya pegi sia kol 6 kelak. Ya kamek mandik lok kejap tek. Aokla mun camya, kastok kamek g empun.

Maksud ayat:

Anak: Mak, di mana bapa?
Mak : Bukankah bapa sudah pergi ke masjid? Bukankah anak bersama dengan bapa tadi?
Anak: Eh,tadi bapa cakap yang dia akan pergi ke sana pukul 6 nanti. Sebab itulah anak mandi dahulu sekejap. Baikla kalau macam itu, Lepas ni anak sendiri akan ke sana.

Susah bukan?Adakan dalam Bahasa Sarawak, kita terlebih dahulu mempelajari tatabahasa seperti kata kerja, kata nama, kata sifat dll.

Banyak lagi perkataan-perkataan dalam bahasa Sarawak yang mungkin anda semua tidak ketahui...Nantikan episaod seterusnya...

Sahabat...

Dalam bersahabat
Ada duka ada suka
Ada rahsia menjadi bualan
Ada cinta yang tersimpan
Ada kata tak terluah
Ada sayang yang terpendam
Namun semua jadi terasa
Andai sahabat mentaksir jiwa
Memahami bicara
Itulah sahabat
Sejati dan setia

Dlah,kita bertemu jadi musuhan
bertahun kita tetap bersama
Nyata kaulah sahabat, kaulah teman

Fizah(pijot),Sarina,Nani,Flori dan juga Akma
Salam ditegur, tangan dihulur
Kita sekawan suka duka kita rasai sentiasa

Nono,An,Afni,Eist,Leha,YatiLen,YatiZul,
Asal kenalan jadi close fren
Masa berputar tak terasa
Ku rindu nakalmu sentiasa

Amie,Agurl,Qur
Macam ragam aneka citarasa
Akhirnya kita bertemu dan bertaut

Mizan kaulah teman
kala bersedih bahumu kau hulurkan
duka menjelma katamu jadi mutiara
tangis bertamu hatimu kau kongsikan
susah bertandang akalmu jadi sandaran
gurauanmu ku dambakan

Elly,cuitmu melucukan
lagakmu mempesonakan
Misterimu jadi soalan

Jihah kaulah sahabat
Jiwamu lembut tingkahmu lurus
Menarik hati untuk bertaut
Harap selamanya kita jadi teman

kak fai hadirmu mambahagiakan
tiap tazkirah, ilmu kau kongsikan
tiap suka kita raikan
tiap duka kita luahkan
moga kita kekal bersahabat hingga akhirnya

Skulmet,klasmet
lagu kita sering berkumandang
Angan kita jadi taruhan
Haluan kita jadi berbeza
Namun kita tetap senada seirama
Silap dan salah jadi mainan
Ampun dan maaf jadi kebiasaan

Yang tak dinyatakan
Jangan terasa
Bukan maksud dah dilupa
Cuma kata-kata tak dapat menggambar
Betapa kalian berharga buat ana

Jangan Putus Harapan

Terkadang diri terasa amat rendah, kecil pada pandangan semua insan. Yalah, kejayaan yang diimpi, yang diidamkan tak kunjung tiba. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, ternyata usaha tak mendatangkan mimpi jadi kenyataan. Malu pada rakan-rakan, malu pada keluarga...
Putus asa? Bukan tidak pernah merasainya... Acap kali hati ini diduga dengan rasa putus asa...Teman baik sering menasihati-TIADA REZEKI-
Itu cerita lain. Dalam persahabatan, rupa paras, tinggi rendah darjat bukan ukuran. Erm...Fikir balik...Bukankah kita semua manusia biasa, mahukan kesempurnaan? Barangkali masih ada lahi insan yang ikhlas menjadikan ana sebagai sahabat mereka...
-"Teman ketawa di mana-mana, sahabat berduka sukar dicari...Entah ke mana menghilang diri apabila kesusahan kini melanda..."- lirik nasyid ketika ana berskolah dahulu...Ada benarnya...
Tapi syukur sahabat-sahabat ana semuanya baik...Terima kasih
Tutup cerita sedih...Ana ingin berkongsi cerita benar tentang diri ana yan berlaku ketika di makkah mukarramah...

-Ketika duduk-duduk di dalam masjidil haram, ana merasa takjub dengan seni bina masjid. Lalu berkata kepada kakak ana-"Ana ingin berjalan-jalan ke sana, dan naik ke tingkat atas"- sambil jari menunjuk ke arah utara masjid. Memandangkan mak sedang solat dan jam sudah menunjukkan ke angka 9, rasanya agak terlewat untuk kami berjalan-jalan sekitar masjid. Lagipun masjid sangat besar dan orang terlalu ramai. Setelah mak usai solat, bapak menuju ke arah kami... Tanpa disangka-sangka,bapak terus mengajak kami berjalan-jalan sekitar dalam masjid. Lebih mengejutkan lagi, bapak membawa kami ke arah yang ana tunjukkan sebelum itu.-

-Ketika menanti mak selesai solat sunat selepas isyak, ana merasa amat lapar sekali. Ya, lapar yang tak tertahan. Entah kenapa ana merasa sangat lapar. Sambil memegang perut, ana menyatakan kepada kakak bahawa ana sangat lapar. Tiba-tiba datanglah seorang hamba Allah berjubah hitam, berniqab(pakaian wanita arab) hendak lalu di hadapan kami. Ketika itu, mak sudah selesai solat dan sedang membaca quran. Tak semena-mena, dia menghulurkan sepotong kuih kepada saya. Tanpa lupa mengucapkan syukran, ana tetap hairan. Hairan kerana dia tidak memberikan kuih kepada mak, kakak atau orang di sekeliling. Lebih pelik, dia menghulurkan kuih itu dengan 'melangkahi' mak yang ternnyata duduk di hadapan saya.Rasa lapar hilang kerana terharu melihat kuih tersebut.-

-Ketika menanti isyak, ana berbual dengan seorang jemaah wanita.Kami berbicara tentang keajaiban Allah,kejadian pelik dalam masjidil haram. Salah satu ceritanya tentang tiba-tiba dia diberikan segelas air oleh hamba Allah yang lain. Kebetulan ketika itu kami berdua berasa haus. Tiba-tiba datang kanak-kanak lelaki menghulurkan dua gelas air zam-zam kepada kami. Kami sempat berkenalan dengan kanak-kanak tersebut. dia datang bersama keluarga dari mesir.-

-Musim panas di makkah...suhu sampai mencapai >40'C. Mengharapkan hujan bagai menanti bulan jatuh ke riba. Beberapa hari sebelum itu kakak ada memberitahu bahawa dia ada solat hajat dan memohon supaya diberi peluang merasai hujan di makkah. Dan ana sedikit menempelaknya dan menyatakan-'usah mimpi'-.
Petang itu sambil menanti azan maghrib, ana membaca sedikit mushaf. Duduk di tingkat atas masjid, di kawasan beranda membenarkan ana untuk memandang sekitar langit. Ada sedikit tompokan awan seperti hari-hari yang lain. Tetapi agak lain berbanding hari-hari yang lain kerana kelihatan kilat di sebalik awan. Masa terus berlalu. Ketika solat maghrib, hujan turun dengan lebatnya sehingga kami selesai isyak. Melihatkan hujan, seluruh kota makkah tak terkecuali yang berada di dalam masjid seolah-olah berpesta menyambut hujan yang turun.-

Sebenarnya ada banyak lagi cerita pelik tapi benar...
Kesimpulannya: Tak semestinya kejayaan datang setelah kita berusaha bermati-matian. Kadang kala kejayaan mahupun pertolongan datang dengan sendirinya tanpa di duga. Dan jangan sesekali berfikiran negatif. Walau tampak mustahil, ingatlah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah dan kita sebagai orang yang berpegang teguh pada prinsip Rukun Iman mestilah mempercayai bahawa tiada apa yang mustahil dengan izin Allah.
Berputus asa bukanlah cara yang terbaik untuk menzahirkan kekecewaan, sebaliknya berserah sahaja setelah berusaha walau tidak berjaya...