Dengan keadaan matahari yang masih malu-malu untuk menunjukkan dirinya sekaligus menjadikan alam masih kelam. Dan tatkala sejuk masih menguasai pagi, aku menerima satu berita yang kurang enak di pendengaranku.
Kematian bapa kepada salah seorang kawanku sewaktu sekolah dulu menjadikan aku terdiam sebentar. Kali ini adalh kali keempat untuk tahun ini aku menerima berita kematian orang yang aku kenali. Pertama sekali adalah emak saudaraku sendiri apabila allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam komanya. januari 2010 menjadi saksi kami sekeluarga terkejut dan bersedih atas kematiannya yang tidak disangka.
Mengikut jejak langkahnya apabila kira-kira dua minggu kemudian, emak saudaraku sebelah emak pula yang pergi meninggalkan kami semua. Beliau merupakan sepupu emakku dan telah menghidap kanser.
Februari 2010 iaitu kira-kira seminggu selepas itu, sahabatku sendiri pergi mengadap ilahi. Beliau merupakan seorang lelaki yang baik hati dan aku senang sekalli berbual dengannya. Pemergiannya pada 12.20 pagi mengejutkan ramai pihak sementelah usianya yang masiih muda iaitu 21 tahun.
Dan aku masih dalam keadaan yang berdukacita memandangkan kematian demi kematian yang begitu dekat sekali jaraknya membuatkan aku tertanya-tanya bahawa bilakah waktu ku akan tiba? Adakah mungkin pada waktu yang terdekat ini atau mungkin lama lagi. Sedih dan takut bersatu. Dan aku terima takdir dengan hati terbuka. Atau mungkin juga aku sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan terjadi?
Ahad, 7 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan