Khamis, 18 Februari 2010

Liku Hari ku (5)

Peperiksaan akhir semester berakhir sudah. Lega dan aku bersyukur kerana kertas terakhir dapat aku jawab. Walaupun aku tidak seberapa yakin, tetapi cukuplah sudah berakhir. Esoknya aku akan balik ke rumah. Kali ini aku tidak balik bersendirian. Mamduh akan datang menjemputku pagi esok dan menghantarku ke lapangan terbang.

Memikirkan perihal Mamduh, hatiku terasa bengkak. Termasuk esok hari, baru dua kali aku bersua dengannya. Pertama sekali ketika memilih cincin pertunangan ditemani Hajah Naimah. Pada mulanya aku enggan untuk keluar dengannya. Namun setelah didesak emak aku bersetuju. Itu pun setelah aku meletakkan syarat agar Hajah Naimah ada bersama menemani kami.

Jadi, pertemuan pertama kami tiada apa-apa. Masing-masing berdiam diri. Hanya bersuara apabila Hajah Naimah sendiri yang bertanya. Apa yang aku kenal mengenai Mamduh ialah dia seorang yang serius. Lebih tinggi daripada Haji Latif. Aku agak ketinggian seperti Adam. Dan aku hanya separas dada dengannya. Berkulit agak gelap, boleh ku katakan hitam manis. Lebih mewarisi Haji Latif berbanding Hajah Naimah. Dari segi umur, aku dapat tahu umurnya tua tiga tahun dariku. Dan pendiam. Wajahnya pula, aku tak pasti kerana sepanjang kami keluar bersama aku jarang sekali melihat mukanya. Seboleh-bolehnya aku tunduk sahaja. Paling kurang, aku menatap wajah Hajah Naimah ketika bercakap dengannya.

Jam 9.30 pagi Mamduh datang menjemputku di rumah sewa. Seperti biasa kami hanya diam di dalam kereta. Hanya kedengaran DJ radio yang berceloteh. Sesekali ada juga dia bertanya kepada ku tentang pelajaran dan khabar. Seperti biasa sepatah yang ditanya, sepatah juga yang aku jawab. Selepas itu kami senyap seperti sedia kala.

Kami singgah di kedai makan terlebih dahulu. Aku pelik, bukankah sepatutnya kami terlebih dahulu pergi ke rumah Haji Latif untuk makan sebelum bertolak ke lapangan terbang memandangkan penerbanganku ke Kuching pada jam 5.15 petang nanti. Namun aku berdiam sahaja. Mungkin ada sesuatu yang uungun dibicarakannya sebelum kami sampai ke rumah ibu bapanya.

"Kenapa awak setuju untuk menerima lamaran daripada pihak ibu bapa saya?" Mula Mamduh. Satu permulaan bicara yang aku kira kurang baik. Senyap. Tak tahu nak jawab soalan Mamduh.

"Awak ada lagi dua tahun untuk habis belajar,kan? Sepatutnya awak menolak sahaja pinangan itu," tutur Mamduh tanpa memandang wajah aku.

"Kenapa abang tanya soalan tu?" Aku jawab soalannya dengan soalan juga. Dan aku juga memanggilnya abang memandangkan dia lebih tua daripada ku.

"Sebab...Terus terang saya katakan, saya belum sedia nak kahwin lebih-lebih lagi dengan awak. Kita masih muda dan..." dia tidak jadi meneruskan kata-katanya apabila pelayan kedai makan datang bertanyakan menu makanan.

"Nasi ayam steamed, dua. Air milo ais, dua," tanpa bertanya aku terlebih dahulu apa yang aku mahu makan, dia sudah memesan makanan untuk kami berdua. Aku malas untuk membalas katanya.

"Maryam, kita masih muda. Saya baru 23 tahun dan awak 21 tahun. Saya belum bersedia lagi untuk bergelar suami. Lagipun saya sudah ada kekasih. Dia berada dalam tahun akhir sekarang ni," panjang lebar kata Mamduh membuatkan aku terkejut. Kenapa dia tidak berterus terang sahaja dengan ibu bapanya? Kanapa sekarang?

"Jadi, abang nak saya buat apa?" Tanyaku, berani.

"Saya nak kita batalkan sahaja pertunangan dan pernikahan kita. Dan untuk itu, saya memohon supaya awak yang membatalkannya," bertambah terkejut aku dibuatnya. Dia yang nak batal, aku pulak yang kena batalkan.

"Kenapa bukan abang sendiri yang batalkan?" Tanyaku lagi.

"Saya tak sanggup,"pendek sahaja jawapannya.

"Saya pun tak sanggup, bang. Saya...

"Kalau begitu, awak sendiri yang akan menanggungnya,"pintas Mamduh, kasar.

Liku Hari ku (4)

Sakitnya kepala hari ini. Abah kata hari ini ada tetamu istemewa yang akan bertandang ke rumah. Jadi, aku tidak dibenarkan ke mana-mana. Katanya lagi, tetamu itu adalah tetamu ku. Apabila aku bertanya kembali, katanya nantilah aku akan tahu juga.

"Mar, ini Haji Latif dan isterinya, Hajah Naimah. Hari tu abah ada cakap yang kami pertama kali berjumpa sewaktu kami pergi haji dulu," aku menggangguk sahaja. Malas nak menambah kata-kata abah. Lagipun aku tak tahu nak cakap apa. Setelah bersalam dengan tetamu, aku menuju ke ruang dapur untuk menyediakan hidangan.

"Maryam sekarang buat apa?"Tanya Hajah Naimah ketika aku sedang menghidang juadah buat mereka.

Dengan sopannya aku menjawab, "Saya masih belajar lagi Mak Cik. Baru tahun pertama di UiTM dalam bidang kimia," kemudian aku menuju ke dapur lagi. Sengaja melarikan diri. Aku berasa tidak selesa berada bersama-sama mereka. Lagipun aku tidak tahu hendak berbual apa-apa dengan tetamu. Emak pun selalu mengingatkan aku untuk tidak sekali-kali menyampuk ketika orang tua sedang bercakap.

Kira-kira lima minit aku duduk di dapur, emak memanggil ku keluar. Katanya abah mahu membicarakan hal penting.

"Kita tanya dulu empunya badan. Saya tak berani nak memberi keputusan sendiri dalam hal ini. Maryam, apa pendapat kau nak tentang lamaran daripada keluarga Haji Latif," tanya abah sendiri setelah Haji Latif dan Hajah Naimah menerangkan tujuan kedatangan mereka.

Mamduh merupakan anak bongsu kepada Haji Latif dan Hajah Naimah. Dia baru sahaja menamatkan pelajarannya beberapa bulan yang lepas dan baru bekerja di Syarikat Hijau Green, sebuah syarikat yang memproses bahan buangan organik kepada tenaga alternatif. Syarikat ini adalah hasil titik peluh Haji Latif yang merupakan salah seorang saintis. Walaupun bergelaran doktor dan mendapat pengiktirafan sebagai profesor, ternyata Haji Latif sekeluarga orang yang rendah hati. Tidak hairan abah dapat berkawan rapat dengan Haji Latif sementelah abah merupakan salah seorang pekerjanya.

Aku menggaru kepala ku yang tidak gatal. Jawapan apakah yang harus aku berikan kepada mereka? Ku pandang wajah abah, ada sinar pengharapan untuk aku menerima lamaran. Ku tatap ke mata emak, ada cahaya yang memberitahu agar aku juga menrimanya. Aku buntu. Tetapi pada masa yang sama aku tidak mampu untuk menggelapkan sinar dan cahaya dari kedua-dua pasang mata abah dan emak.

Aku tuduk, lama. Sehinggalah ada suara menegur ku. Ake mengangkat muka dan ku kumpulkan tenaga. Namun hanya senyum yang terukir di bibir. Hati ku menjerit, 'Mar tak nak!'

Namun, yang terkeluar di mulutku menjerat diriku sendiri. ÄPa-apa yang emak dan abah fikirkan baik, maka baik jugalah buat Mar. Mar ikut segala keputusan Emak dan abah," Hendak gugur dan luruh jantungku selepas menuturkan kata-kata ku sendiri. Manakan tidak, hatiku beria-ia memberontak kerana ternyata abah dan emak bersetuju dengan lamaran itu.

"Kalau begitu, kita adakan majlis pertunangan bulan jun dan nikahnya bulan ogos tahun ni. Setuju?" Cadang Hajah Naimah. Aku masih seperti tadi. Masih senyum, tak terkutik dengan bualan mereka. Yang aku tahu, emak dan abah bersetuju dengan ujaran keluarga Mamduh.

Malamnya aku tidak dapat tidur lena. Aku berperang dengan perasaan sendiri. Selepas sahaja Haji Latif dan Hajah Naimah balik, emak dan abah berbicara denganku. Kata abah, dia gembira dengan keputusanku. Katanya lagi, hidupku akan lebih sempurna andai aku bernikah dengan Mamduh dan mempunyai emak dan bapa mertua seperti Haji Latif dan Hajah Naimah. Dan aku, masih tersenyum. Biarlah kedua-dua mereka gembira tentang hal ini.

Selasa, 16 Februari 2010

Bila Tiba Masa ku

Saat-saat yang berdetik
ku hitung hari-hari yang berlalu
sebuah irama menarik
tentang dia dan aku

Langkah kaki menuju
pulau cita dan harapan
semakin lama semakin laju
tapi apakah dapat ku gapai impian

Aku alpa dan terus terleka
dalam melangkah aku menyinggah
hingga lupa jalan yang mana
aku semakin layu dan termengah

Janji aku adakala dimungkiri
kata aku ada masa dibohongi
hati ini seakan mati
walau jasad masih berdiri

Utuh dan teguh bersama-sama
bukan makna untuk selamanya
tiba masa tak tahu bila
akan tamat kisah sang pujangga
kerana akulah pujangga
yang lupa dan leka
akan janji Tuhan nya
hanyutlah aku bersama cita

bila tiba masa itu
akankah aku mampu
melafazkan ikrarku dulu
atau mungkin aku
bersemadi bersama janji palsu
aku dan dulu

Masih Terkenang

Puisi indah ini adalah hasil karya Allahyarham Khairul Azizie Sidek yang telah kembali ke rahmatullah pada 11 Februari 2010 (12.20-12.30 am). Semoga apa yang cuba disampaikan allahyarham dapat kita kongsikan bersama.

maafkan aku teman

tika mula
kita bersama
dalam menempuh hidup penuh cabaran

tika setia
mula terlakar
kita berjaya
dalam dunia, indah semuanya

namun pabila daku sendiri
engkau juga menyendiri
melakar titik kehidupan

maafkan aku teman
tikaku melukakan dirimu
berikan aku peluang

maafkan aku teman
tika semua bukan milikmu
ku yakini takdir illahi

antara darjat diri
mimpi dan realiti
kita terus mencari kehidupan

siapa yang bersalah tika detik ini
kau dan aku mencari jawapan...

Sengaja Diduga (7) : Nikmatnya dan Kisah Nabi

Setelah mengambil antibiotik yang telah diberikan doktor tempoh hari, aku mendapati suatu perubahan berlaku ke atas diriku. Tekak ku semakin sihat, benjolan semakin kecil. Dan yang paling membuatkan aku teruja ialah, jerwatku semakin berkurang.

Setelah banyak menggunakan banyak produk penjagaan kulit, akhirnya inilah ubat yang Allah janjikan sebagai penawar bagiku.

Teringat puula aku tentang kisah seorang nabi Allah. Kisahnya begini. Nabi tersebut mengalami sakit perut. Lantaran kesakitan yang dialaminya, maka nabi as tersebut menadah doa, memohon agar Allah menghilangkan kesakitan yang dialami.

Usai berdoa, ALlah memakbulkan permintaan nabi yang maksum itu dengan mengarahkan nabi as tersebut menjadi sebatang pohon yang begini begitu sifatnya. Maka berusahalah nabi as itu mencari pohon yang dinyatakan mampu menjadi penawar sakit perut itu. Setelah berjumpa dengan pohon yang dikatakan, lantas nabi as itu mendapatkan daun dan memakan daun tersebut.Alhamdulillah, selepas makan daun pohon tersebut, maka hilanglah sakit perut yang dideritainya berkat daripada Allah swt.

Selang beberapa lama kemudian, nabi as yang tadinya sekian lama tidak menderitai sakit perut sekali lagi diuji Allah akan sakit perut lagi. Tanpa berlengah-lengah, nabi as tadi mencari pohon yang sama dengan tujuan untuk makan daun ubat tersebut. Alangkah hairannya apabila sakit perut itu tidak juga kebah.

Justeru itu, dengan rasa rendah hati nabi as tersebut bertanya kepada Tuhannya.
"Ya, Allah! Kenapakah perut ku ini masih lagi sakit sedangkan aku sudah makan ubat yang sebelum ini berkesan untuk mengubati sakit perutku? Apakah sudah tidak mujarab lagi daun ini?"

Setelah itu, Allah pun berkata, "Bukalah ubat itu yang tidak berkesan. Akan tetapi bukan kehendakKu yang membenarkan perkara tersebut terjadi,"

Maka sedarlah nabi as itu bahawa, bukan ubat itu yang menyembuhkan, tetapi Allah jualah yang membenarkan.

Moral yang dapat kita ceduk daripada kisah ini adalah, apa-apa yang terjadi semuanya datang daripada Allah.

Janganlah kita percaya ubat itu sendiri yang akan menyembuhkan penyakit. Akan tetapi Allah yang menyembuhkannya. Ubat sekadar jalan usaha yang Allah sediakan bagi kita untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketqwaan kita kepada.

InsyaAllah daripada kida itu, marilah kita bersama-sama berusaha disamping berdoa memohon keberkatan usaha kita agar beroleh kejayaan yang kita inginkan. Dan juga agar kita semua terhindar daripada hasutan syaitan nirrajim dan nafsu sendiri untuk melupakan Allah.

Kerana sesungguhnya cukuplah Allah bagi diriku dan juga dirimu.

InsyaAllah

Wallahualam

Hari Valentine Buatku

Assalamualaikum...

Jeng jeng jeng...

Apa makna hari valentine buat ku nok sik penah bergerek tok?

Ada orang madah haram hukumnya nyambut Valentine's Day.

Ada madah gik valentine tok sebenarnya hal Kristian vs Islam...Entahlah. Sik tauklah nak ni nak benar. Bukan apa, benda mun sik ada itam putih ngesah sesuatu cerita, mun kita cayak kelak ujung-ujung mewujudkan ketaksuban dalam diri...Lagipun Islam ngajar kita hanya mempercayai bukti yang sahih, sikda keraguan dalamnya. Macam kita di mahkamah juak eh. Waima salah taip nama pun, kes boleh meragukan. Defendan pun boleh menang tegal salah nak kecik ya.

Apa-apa pun tentang Hari Valentine tok, bagi aku...pasti ada sesuatu.

Sesuatu itu adalah HARI MEMBELAH BELAH! sik kesahlah ya ari apa pun. Benarlah kata nak madah, setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.

Walau ada nak anti-Valentines day, aku mok juak madah yang hari ya banyak nulong aku.

Walupun dah beberapa hari dah lalu, masih juak itok ngan mega sale ria. Sale sampe 80%, sapa nak sik nak geram! Lagipun orang nak sambut benda tok, bukannya shopping gilak pun. Nak shopping yang adalah orang nak sik sambut sebab nya gago mok shopping. Sikda masa nya nak nyambut sebab leka gik nak milih barang murah dan berjenama...Mena sik,yu?!

Selain ya, hari tok juak ditunggah Hari Kekasih.

Kelaka hal kekasih, lom penah gik koh ku merasa nak bercan ka tengah bercan. Sik minat. Cukuplah Allah bagiku untuk segalanya.

Bila kita dah madah cukup Allah, maka cukuplah segalanya...Mun terdetik di hati kita madah cinta kat sesuatu tanpa diselitkan bersama cinta Allah dan rasulNya, maka sikda makna nya cinta ya.

Camya la aku. Bila aku cinta kat sahabat-sahabatku melebihi cinta ku pada Allah dan rasul, maka aku akan cepat-cepat meninggalkan sahabatku ya.

Cinta aku pada makbapak. Cukup Allah mengetahui nya. Sebab aku percaya Allah akan menyampaikan cintaku kepada makbapak.

Cinta pada ahli keluarga gia juak.

Apa sebenarnya cinta buat aku?

Aku ada maksud tersendiri. Tapi bila mun nya dah masuk bab-bab nak bekeluarga tok, aku sik dapat nak madah apa-apa. Sebab aku sedar aku sik mampu gik dan aku langsung sik da ciri-ciri ke arah ya. Kiranya aku percaya hukum nikah atas diriku adalah makhruh. Iaitu aku belum mampu fizikal dan mental dan belum ada berkeinginan untuk berdamping dan didampingi sang lelaki bergelar suami. Mun aku maok juak nak nikah, boleh menimbulkan masalah pada kemudian hari. Sebabnya gik, aku masih pelajar, belom ada duit dirikpun. Aku masih gik bergelar anak yang terlalu manja, belum bersedia maok memanjakan orang lain. Dan yang penting mental aku tok nak belom sedia gik. Mun nak bahasa kasarnya, aku tok sik bernafsu ke arah ya. Sik da keinginan...Buat masa tok.

Dan aku pun sik maok miker benda-benda gitok. Bagus gik aku mike apa ku nak polah k nyuroh keluargaku suka terutamanya mak ngan bapak

Tahun Baru Cina

Datang agik taun baru cina. Kali tok macam sik semeriah taun ya. Sebab sik balit ke Serawak nun. Jadi, sik rumah nak diagak. Mun di sinun, lojik la juak nak bejarah ke rumah dak pensyarah.

Mun kedak taun lepas, siap dapat duit ang pau juak gik! Dapat makan limo banyak-banyak. Dahlah nyaman! Dapat nangga bunga api. Taun tok, sik meriah lah...

Haram atau Harus nyambut taun baru cina?

Baruk-baruk tok dalam kelas ria, ustazah ada madah hukum nyambut taun tok sik salah selagi nya bukan bersifat keaagamaan. Nya cuma bersifat kebudayaan. Aoklah, bena ya. Lagipun nya sama juak macam kita nyambut taun baru masihi dan hijrah.

Kelakar hal taun nak, ada urang madah afdal gik taun hijrah. Ada madah gik kita sik patut makei taun masihi. Mok diingatkan di sitok, keduak-duak taun tok sama penting dan sama betolnya. Sik da timbul soal taun hijrah untuk Islam jak, Taun masihi bukan Islamaik. Sik paham na ngan urang berfikiran gia.

Mun kita belajar mena-mena, pike mena-mena... Taun Masihi tok adalah perkiraan peredaraan bumi mengelilingi matahari yang lengkap. Iaitu mengambil kiraan selama 365 hari lebih. Nya silkah cun 365 hari. Nya ada lebih dikit. Sebab yalah setiap empat taun kita ada lebih sari.

Mun taun hijrah, nya make perkiraan peredaran bulan mengelilingi bumi yang lengkap. Nakka berbeza bendaya.

Sebab ya mun ngira musim, kita pake masihi mpun, ngira pasang surut air kita pake hijrah.

Manakala Taun Baru Cina tok kita nyambut taun baru berdasarkan..entahlah, lom belaja gik kenak. Tapi sik salah kita nyambutnya. Bagei kita nyambut taun baru nak duak ya juaklah. Cuma nya disambut oleh orang yang berbangsa cina.

My wish....

Happy Chinese New Year to:

Madam Liew Gee Moi
Madam Wong Mui Hung
Mr Ang Cung Huap
Miss Cindy Tan
Mr Kelvin Goh
Miss Lau Ung Huap
Mr Yap Don Kiang
Miss Carolyne Jong Pei Pei
Jee Kai Yen
Chai Min Wee
Jaclyn
Mr Lee Beng Yong
Mr Ho Boon Heong
Mr Robin Chang
Miss Constance Chin
Miss Voon Li Li
Mr Peter Lim
Mr Jhong
and their families

Not to forget, to all my chinese friends from SRK Matang, SRK Tan Sri Hj Mohammed, Sekolah SM Sains Kuching, Kolej Matrikulasi Labuan and UiTM Samarahan

Wish you all, happy prosperity and let this year be the best year ever and all dreams come true.

Isnin, 15 Februari 2010

Liku Hari ku (3)

Peningnya kepala ku hari ini. Tugasan yang diberikan masih belum siap. Bukan satu, tapi tiga kesemuanya. Nampaknya terbantutlah hasrat ku untuk balik bercuti selama seminggu. Alahai, alasan apalagi nak ku berikan pada emak dan abah kali ini? Yalah, aku hanya akan balik ketika cuti semester sahaja. Kalau setakat cuti hujung minggu dan seminggu, sah aku tak balik. Nak katakan rumah jauh, taklah jauh sangat. Tapi penat jugalah nak balik selalu. TEtapi kali ini abah beria-ria menyuruhku balik. Katanya ada hala penting yang hendak disampaikan.

Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan sebelum cuti bermula, akhirnya aku balik juga. Alahai, apalah sangat emak dan abah menyuruhku balik kali. Bukannya mereka tidak biasa aku tidak balik sekiranya cuti hanya singkat.

Setibanya aku dirumah, emak memulakan mukaddimah yang kurang aku senangi iaitu teman lelaki.

"Mak, Mar tak ada masalah nak bercinta masa ni. Mar sibuk. Lagipun tak ada orang yang nakkan Mar ni, mak", kataku apabila emak bertanya padaku perihal ku sekarang di kampus.

"Mak bukan apa,Mar. Mak tanya aja. Mar kan dah semester sekarang ni. Kalau tak ada teman lelaki, susahlah nak cari suami nanti. Dan kalau Mar tak ada, tu anak kawan abah kamu tu kan ada. Hari tu Haji Zaki datang bertanyakan kamu... Belum sempat emak menyudahkan kata-katanya aku terlebih dahulu memintas,

"Mak, bukan sekaranglah, mak. Mar tak sedia lagi. Belajar tak habis lagi. Fikir nak cari kerja lagi. Adik- adik kan masih sekolah. Tu, Adam dan Farhana baru lagi masuk universiti. Sufi dan Nabilah pun masih sekolah," panjang lebar aku menutur kata kepada emak.

Seperti biasa, emak akan menarik muka. Alahai, kecil hati pula emak ni. Perasaan bersalah melanda. Terus tanpa berfikr panjang,

"Mak, Mar miinta maaf. Mar tak maksudkan nak kecilkan hati mak. Baiklah, Mar ikut jer kata mak. Asal mak dan abah gembira,"sebaik aku menuturkan kata-kata emak, emak memeluk dan menciumku.

Liku Hari ku(2)

Emak melahirkan 5 orang adik untuk ku. Walaupun aku hanya sekadar anak angkat mereka, namun kasih yang mereka beri tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Adam muda dua tahun dari ku. Setelah abah dan emak mengambilku sebagai anak mereka, emak telah disahkan mengandung. Emak dan abah sudah lama berkahwin. Hanya setelah aku hadir dalam hidup mereka, barulah mereka dapat mendakap anak sendiri.

Adam seorang anak yang sangat baik, rajin dan bijak. Baik di rumah mahupun di sekolah, Adam sering kali mendapat pujian. Aku sebagai kakak sangat berbangga dengan Adam. Namun, Adam juga punyai kekurangan. Dilahirkan dengan masalah penglihatan membuatkan Adam kadang-kala merasa rendah diri. Akulah tempat dia meluahkan perasaan.

Farhana, adikku yang kini sudah berusia 16 tahun. Dia muda setahun dari Adam. Farhana seorang gadis yang ceria. Sesuai dengan namanya, Farhana lah yang sering menyakat adik-adik yang lain. Berbeza dengan Syafiq yang pendiam. Bezanya 3 tahun berbanding Farhana dan sering kali diambil oleh oleh Farhana. Walaupun begitu, Syafiq paling mesra dengan Farhana. Apa-apa sahaja yang dipinta kakaknya itu, pasti akan ditunaikannya.

Sufi, anak kandung emak dan abah yang ke empat. Paling nakal antara kami. Tapi kalah kalau diusik oleh Farhana. Baru dalam darjah 4 dan merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Tetapi kurang menyerlah dalam pelajaran. Hal ini menyebabkan aku terpaksa bertegas dengannya. Dalam banyak-banyak adikku, dengan Sufi sahaja aku garang. Dan Sufi paling takut dengan aku dan Farhana.

Manakala si bongsu kami baru berusia 5 tahun. Nabilah namanya. Manja dan pendiam. Mungkin serigkali dibuli oleh Sufi. Yalah, Sufi kalah dengan kakak dan abangnya. Jadi, dengan Nabilah sahaja tempat untuk dia berlagak hero.

Manakala aku, baru sahaja menamatkan pengajian peringkat diploma dan sedang menanti kemasukan awal di universiti untuk peringkat ijazah. Bidang kimia memang sinonim buatku. Jadi, tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kimia gunaan, aku terima dengan syukur dan berbesar hati.

Liku Hari ku (1)

Biarlah aku memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Namaku Maryam. Maryam Binti Ali. Menurut abah, orang yang memeliharaku dari kecil namaku bersempena dengan nama wanita agung yang bernama Maryam. Beliau merupakan wanita soleh yang telah melahirkan Nabi Isa as.

Menurut abah lagi, ayahku yang bernama Ali Bin Harun merupakan lelaki yang sangat budiman ketika hayatnya. Ketika usianya menjejak ke tahun 45, dia telah bertemu jodoh dengan seorang wanita di kampungnya yang bernama Habsyah Binti Karim. Dari situ lahirnya aku. Namun, kisah bahagia kami sebentar cuma. Allah lebih mengasihi hambaNya menandingi kasih hambaNya sesama manusia.

Ketika usiaku menginjak 5 bulan, aku telah kehilangan ibu dan ayah dalam satu kebakaran akibat litar pintas di rumah kami. Aku pada ketika itu yang sedang berada di kampung kerana dijaga oleh datuk dan nenek sementara menanti hujung minggu untuk bersama ibu dan ayahku.

Kasih sayang yang datuk dan nenek curahkan untuk diriku nampaknya seketika cuma. 3 bulan kemudian mereka dijemput Ilahi. Datuk kemalangan jalan raya ketika memandu motosikal dari kebun getahnya. Sementara nenek meninggalkan aku kerana mendapat serangan jantung setelah mendengar pengkhabaran peninggalan datuk. Maka tinggallah aku keseorangan. Pada ketika itulah, aku diserahkan ke rumah kebajikan masyarakat.

Aku ditempatkan di rumah kanak-kanak yatim. Di sanalah abah dan isterinya, emak mengambilku sebagai anak angkat. Terlebih dahulu, abah telah mendapatkan serba sedikit tentang sejarah ku sebelum bertekad mengambilku sebagai anak angkat mereka.

Bersambung...