Isnin, 15 Februari 2010

Liku Hari ku (1)

Biarlah aku memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Namaku Maryam. Maryam Binti Ali. Menurut abah, orang yang memeliharaku dari kecil namaku bersempena dengan nama wanita agung yang bernama Maryam. Beliau merupakan wanita soleh yang telah melahirkan Nabi Isa as.

Menurut abah lagi, ayahku yang bernama Ali Bin Harun merupakan lelaki yang sangat budiman ketika hayatnya. Ketika usianya menjejak ke tahun 45, dia telah bertemu jodoh dengan seorang wanita di kampungnya yang bernama Habsyah Binti Karim. Dari situ lahirnya aku. Namun, kisah bahagia kami sebentar cuma. Allah lebih mengasihi hambaNya menandingi kasih hambaNya sesama manusia.

Ketika usiaku menginjak 5 bulan, aku telah kehilangan ibu dan ayah dalam satu kebakaran akibat litar pintas di rumah kami. Aku pada ketika itu yang sedang berada di kampung kerana dijaga oleh datuk dan nenek sementara menanti hujung minggu untuk bersama ibu dan ayahku.

Kasih sayang yang datuk dan nenek curahkan untuk diriku nampaknya seketika cuma. 3 bulan kemudian mereka dijemput Ilahi. Datuk kemalangan jalan raya ketika memandu motosikal dari kebun getahnya. Sementara nenek meninggalkan aku kerana mendapat serangan jantung setelah mendengar pengkhabaran peninggalan datuk. Maka tinggallah aku keseorangan. Pada ketika itulah, aku diserahkan ke rumah kebajikan masyarakat.

Aku ditempatkan di rumah kanak-kanak yatim. Di sanalah abah dan isterinya, emak mengambilku sebagai anak angkat. Terlebih dahulu, abah telah mendapatkan serba sedikit tentang sejarah ku sebelum bertekad mengambilku sebagai anak angkat mereka.

Bersambung...

Tiada ulasan: